1. KOS

Anda boleh travel dengan bajet keseluruhan RM3000-3500 seorang termasuk tiket pergi balik Saudi Airlines sewaktu promosi.

2. WANG

Wang Tunisia tidak laku di negara lain. Tiada perkhidmatan wifi juga di mana-mana. Maka, sesampainya anda di airport Tunisia:
– tukar wang yang ada (euro, USD, saudi riyal etc) kepada Tunisian Dinar.
– beli simkad (kami ambil Tunisian Telekom) plan untuk pelancong unlimited data untuk seminggu.
– kalau mahu sewa kereta buat terus di airport banyak pilihan (kami pilih camelcar)

3. SEWA KERETA

Sewa kereta kecil murah seminggu sudah cukup untuk membawa anda pusing tempat utama Tunisia. Di sebelah utaranya iklim Mediterranean dan budaya Perancis lebih berpengaruh. Di sebelah selatannya iklim gurun dan budaya Arab bedwin lebih berpengaruh. Jalanraya di Tunisia diturap dan dijaga dengan baik. Tapi perlu banyak sabar memandu di Tunisia, arab ni depa main tawakkal ja bila lintas atau pintas laluan. Macam setan 😂😂😂

4. MACAM DI NEGARA LAIN

Macam Santorini – Sidi Bou Said ada pengaruh Kepulauan Greece, bangunan putih, pintu tingkapnya biru di kawasan tepi pantai dihiasi bunga liar yang lebat warnanya dan rimbunan pohon zaitun.

5. TAPAK WARISAN UNESCO

Dougga UNESCO world heritage site ada pengaruh binaan Roman Empire. Antara tempat UNESCO lain yang kami sempat jejaki dan saya cadangkan awak pergi juga ialah:
– Tunis Medina (senibina arab islamik)
– Ribat di Sousse (masjid sebagai kubu pertahanan)
– Amphiteater El-Jem (sebijik macam Rome nasib baik ada unta!)
– Tapak arkeologi Carthage (Roman Empire)

6. LOKASI PENGAMBARAN STAR WARS

Tak pernah tengok Star Wars pun boleh terus minat. Mos Espa kini menjadi lokasi terbiar bekas perfileman Star Wars The Phantom Menace yg diarahkan oleh George Lucas pada 1997. Walau bagaimanapun tempat ini masih lagi dihantui kecantikan senibina planet fiksyen Tatooine dan pasir beralun gurun Sahara.

ohkembara.com_Tunisia-Star-Wars - Ksour-Hadada-Oulad-Soltan-Matmata-Medenin-2

Beberapa lokasi PERCUMA bekas perfileman Star Wars menyerupai planet Tatooine ialah
– Ksar Hadada
– Ksar Ouled Soltane
– Naftah di tasik Chott El-Jerid
– Medenine
Kesemua tempat ini tidak terjaga maka lawatannya PERCUMA dan tidak ramai orang (senang bergambar). Satu tempat saja Star Wars yg perlu dibayar RM2 saja iaitu di Matmata.

7. MACAM DI MARIKH?

Bagaikan permukaan luar bumi – Anda WAJIB memandu sekurangnya sekali seumur hidup melalui tasik Chott El-Jerid yang indah bagai planet marikh ini. Saya cadangkan laluan Tozeur dan Douz.

8. SAKURA DI SAHARA

Ada sakura di Sahara! Jangan terkejut mungkin hanya bulan Februari sahaja. Kawasan selatan Tunisia ada padang pasir Sahara yang sunyi, senyap dan selamat. Pencinta gurun tidak akan dapat lupakan pesona kecantikan dalam kekosongan gurun yang maha luas ini. Namun, dalam kekosongan itu ada juga kehidupan seperti Oasis Village Chebika, Tamerza dan Mides yang mempunyai Grand Canyon tersendiri.

9. HOTEL

Boleh redah saja penginapan. Tak ramai pelancong pun di Tunisia. Tak perlu booking awal atau booking online, mereka tiada internet pun. Jangan letak harapan terlalu tinggi pada bilik, harapkan perkhidmatan asas seperti katil, selimut, lampu, suis dan tandas cukuplah. Tiada wifi.

10. BAHASA

Kebanyakan warga Tunisia tidak tahu berbahasa Inggeris. Maka cakap ayam itik saja pun takpa, mereka ramah dan boleh membantu. Tak pun pakai google translate guna data simkad unlimited itu ke bahasa Arab atau Perancis.

11. KESELAMATAN

Disebabkan ancaman pengganas di Tunisia hujung tahun lepas, polis memperketatkan sekuriti. Setiap kali pandu masuk dan keluar bandar akan ada pemeriksaan polis atau askar.
– Jangan bimbang – berhenti, senyum dan angkat tangan saja. Mereka tahan orang Arab mereka sendiri kebanyakannya, muka cina saya depa tak tahan sangat.
– Kalau tahan pun, depa cek lesen memandu Malaysia dan pendaftaran kereta saja, kemudian jalan.
– Kalau mereka tanya, cakap saja “english please”, terus depa bagi jalan.
– Pernah ada polis minta saya tumpangkannya ke bandar lain, cakap “tak boleh” saja. Mereka ok.

12. RESERVE DUIT

Wajib simpan 30 DINAR seorang sebelum berlepas pulang, anda akan gunakan itu untuk bayar solidarity stamp sebelum berlepas pulang di airport (dahulunya dikenali dengan departure tax).

Sekarang anda sudah tahu. Apa lagi,jom Tunisia!