Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Ahmad Fahmi dan Mohamed Fitri Joewaini selepas pulang daripada mengelilingi eropah selama 2 minggu. Pada masa yang sama kami juga menambah beberapa tip untuk anda yang mahu backpack mengelilingi eropah. Jika anda mempunyai tip-tip backpack lain yang mahu dikongsikan boleh tinggalkan komen anda di ruang komen.

1.Visa

Kena apply visa tak kalau nak pergi europe? TIDAK PERLU, sebab kita memasuki Schengen Area adalah kawasan yang terdiri daripada 26 negara2 Eropah yang telah dimansuhkan passport dan apa2 jenis kawalan sempadan di sempadan bersama mereka , juga dirujuk sebagai sempadan dalaman.

Ia kebanyakannya berfungsi sebagai sebuah negara untuk tujuan perjalanan antarabangsa. Google la negara apa yang  tak kena visa.

Tip ohkembara :Boleh rujuk di sini untuk senarai negara yang memerlukan visa untuk pemegang pasport Malaysia.

2.Kos luggage penerbangan tambang murah

Tentang Luggage easyjet, harga tiket €15 sememangnya murah, sebab itu hanyalah kos untuk hand carry luggage sahaja. Kiranya kalau ada beg yang hendak disimpan di bahagian kargo kapal, ada caj tambahan dikenakan. Kalau anda memang jenis bawa beg yang bersaiz kecil memang ok sangat. Kalau beg yang anda bawa bersaiz besar ada baiknya booked untuk luggage semasa pembelian tiket online kerana caj yang dikenakan jauh lebih murah.

Caj yang dikenakan untuk satu luggage adalah sekitar €15 jika ditempah bersama sewaktu pembelian tiket online. Kalau nak tahu beg lepas ke tidak lepas Easyjet akan sediakan satu kotak untuk meletakkan beg. Kalau beg tu muat dalam ruang tu tak perlu beli extra luggage, kalau tak lepas dari kotak tu akan dikenakan caj tambahan.

Caj sekitar €50 (tak digalakkan untuk adhoc punya style) membazir sangat. Jadi, saiz beg yg semaksima yg boleh digunakan ialah  56 x 45 x 25cm,lebih baik isi barang siap-siap di dalam beg dan cuba ukur saiz beg tu. Kalau lepas,bersyukurlah. Kalau tidak, beli extra luggage siap-siap, anggaran size beg tu dalam 50L, nak selamat beli yang kecil sedikit.

Tip ohkembara : Pilih penerbangan anda dengan teliti, pastikan anda menyedari caj-caj tersembunyi yang mungkin dikenakan.

3.Pengangkutan dari satu negara ke negara yang lain

Pengangkutan dari negara ke negara kami naik bas sahaja. Apabila kami nak ke bandar,tempat lawatanatau ke tempat penginapan kami menggunakan pengangkutan awam,selain itu kami berjalan kaki. Bila sudah sampai ke sesuatu tempat cari map train terlebih dahulu supaya perjalanan anda lebih mudah, saya cadangkan naik train bila ke eropah tapi kalau ada duit lebih bolehlah menyewa kereta.

Tip ohkembara:Menggunakan pengangkutan awam semasa mengembara sememangnya menjimatkan tetapi jika anda mahukan fleksibiliti dalam jadual perjalanan anda, anda bolehlah menyewa kenderaan. Sememangnya berbaloi dengan modal yang dilaburkan jika anda memandu sendiri di Great Ocean Road,Australia atau di New Zealand.

4.Makanan

Untuk menjimatkan duit, pagi dan malam kami makan maggi saja, tengah hari makan di kedai, kedai-kedai halal kebanyakkannya kedai kebab yang kami jumpa harganya pun tidaklah begitu mahal. Rata-rata harga dia €4-5 kami guna kalau convert ringgit malaysia dalam RM 16 (klu kat Malaysia mahai la jgak,tpi klu kira duit depa tu la yg pling murah), makan skali dh kenyang sbb kuantiti isi yang banyak.

Kat London mungkin mahal sikit sebab rata-rata harganya €6-7 diconvert duit malaysia RM 36 (mahai betuii) sbb tu di London kami stay 2 hari 1 Malam ja. Dalam sehari tu ada la kami guna €4-5, kalau rajin nk save duit p la supermarket sna gila murah bakhang segala makanan,coklat,susu,roti dll yang renyahnya nak kena tgk label halal ka x,jgn expect ada logo jakim plak,kena bkak la apa nama kod2 halal & haram dlam Internet tu.

Tip ohkembara : Jika berada di Eropah, untuk sekali makan €5-10 adalah biasa. Tetapi untuk harga ini adalah sangat berbaloi kerana kebiasannya portion makanan orang eropah adalah lebih besar berbanding di asia jadi anda boleh berkongsi bersama kawan anda untuk lebih penjimatan. Ataupun anda boleh membeli sendiri dan simpan di dalam bekas makanan jika tidak habis.

5.Tip keselamatan dan kewangan

Safety tips, saya bawa 3 beg dompet, 1 dompet emergency, 1 dompet refill dan 1 lagi dompet kegunaan.

Dompet kegunaan inilah yang saya bawa ketika berjalan, untuk kegunaan harian selalunya ada dalam €10-15 macam tu. Kalau ditakdirkan hilang, cuma banyak tu sahaja yang hilang dan tak perlu takut sebab ada 2lagi dompet yang saya akan terangkan di bawah.

Dompet Refill ni saya buat untuk topup duit, diantara ketiga-tiga dompet saya, saya rasa dompet inilah paling banyak duit sebab kita akan topup ke dompet kegunaan kan? Jadi dompet ini kena jaga elok-elok dan kalau boleh elakkan guna dompet emergency ,kalau betul-betul terdesak baru keluarkan dompet emergency ni.

Dompet emergency ni dompet yang kita guna di malaysia seperti ic, lesen, duit RM, tetapi saya letak €200 dan USD100 di dalam beg dompet ni untuk kegunaan kecemasan dan sembunyikan di tmpat yang selamat. Kalau boleh dompet ni jangan keluarkan sampai kita berada di Malaysia.

Tip ohkembara : Anda boleh menggunakan chest wallet untuk menyimpan duit atau pasport anda untuk lebih selamat. Ataupun boleh gunakan beg kamera keluaran Lowepro seperti Lowepro Flipside 300 untuk lebih selamat. Kebanyakan siri flipside mempunyai zip yang tidak terdedah kerana ruang bukaan beg yang rapat dengan bahagian belakang badan anda.