Scam Di India-5 Sindiket Penipuan Di India Yang Anda Perlu Tahu

Untuk yang akan melancong ke India bahan bacaan hasil tulisan Travphy adalah antara yang mesti dibaca oleh anda untuk mengelakkan ditipu sindiket penipuan di India.Ditipu di negara asing jauh dari tanah air bukanlah pengalaman yang menyeronokkan tetapi jika anda pernah ditipu di luar negara anda boleh kongsikan pengalaman anda di ruang komen untuk menjadi panduan kepada pengembara-pengembara lain.

Boleh ikuti Travphy di media sosial di bawah untuk lebih banyak tips
https://www.instagram.com/travphy/
https://www.facebook.com/travphy

2Upah Jadi ‘Kawan’

Kadang kadang, ada juga penduduk India yang akan mengambil kesempatan pada pelancong. Lagaknya sangat friendly. Kononnya, mereka nak bantu kita, nak jadi kawan kita. Sebaliknya, ada udang disebalik batu!

Pengalaman ini kami kena di Varanasi. Pada mulanya kami sesat untuk cari jalan ke Sungai Ganges. Tiba tiba ada sorang pemuda muncul dan cakap dia boleh tolong tunjukkan jalan. Tak jauh pun katanya. Sepanjang perjalanan, he keep saying “we are friends right. Friends help each other”, dalam pada itu, dia selitkan cerita, kawan dia ada bukak business, dan pujuk kami untuk pergi ke kedai kawan dia. Bila kami dengan tegasnya cakap kami tak berminat, dia redha dan terus tunjukkan jalan ‘shortcut’.

Mengikut google map, sepatutnya dua minit boleh sampai ke sungai ganges, tapi sebab terikut mamat tu, dah jadi 30 minit perjalanan kami! Memang dia saja nak bawak jalan jauh. Last last, sebab dia tak berjaya bawa kami ke kedai kawan dia, dia minta pula upah yang agak lumayan dari kami sebab dah penat ‘tolong’ tunjukkan jalan.