Antara tips yang mungkin dapat membantu para pengunjung yang ingin ke Pulau Perhentian Kecil, terutamanya kepada Backpackers:

1.Ketahui masa yang sesuai

Antara bulan Oktober hingga Februari, mereka akan tutup semua chalet sebab musim tengkujuh. Jadi, janganlah gatal-gatal plan nak datang waktu ni.

Nelayan pun takut nak turun laut waktu ni.

2.Bawa makanan/minuman sendiri

Harga makanan kat sini mahal sebab kawasan pulau, kalau nak jimat, bawa makanan sendiri.

3.Tidak tinggal terlalu lama

3 hari 2 malam dah cukup puas sebab kawasannya tak besar sangat untuk diterokai.

4.Elakkan waktu cuti persekolahan

Dinasihatkan agar pergi ke sini sewaktu bukan hari cuti sekolah atau cuti umum, kerana terlalu dan tersangatlah ramai manusia yang akan datang ke Pulau ini pada ketika itu.

Waktu saya datang tu pertengahan bulan Ogos, jadi bukan waktu cuti sekolah dan bukan hari Jumaat, Sabtu atau Ahad. Waktu saya datang juga masa tu, pelancong Malaysia boleh kira dengan jari tapi pelancong Arab, Jepun, Korea, China, Taiwan, Hong Kong, Eropah, Amerika Selatan, Australia..memang ramai lah, Dah tak nampak macam negara Malaysia dah, rasa macam pergi negara lain pulak. Hahahaaa.

5.Buat aktiviti pantai

Aktiviti pantai memang terbaiklah kat sini dan yang paling best pakej snorkeling RM 40 boleh pergi melawat 4 buah pulau berhampiran dan menyelam dengan jerung (jerung jinak ye, bukan jerung yang makan orang dalam TV tu) menyelam dengan penyu dan bagi makan ikan (yang ni paling best sebab bila kita menyelam bagi roti, semua ikan-ikan kecil dan cantik-cantik akan datang kepada kita).

6.Jika memilih pengangkutan udara ke sana

Kalau naik flight, boleh turun di Airport Kuala Terengganu atau Airport Kota Bharu, Kelantan, kemudian ambil teksi untuk ke Jeti Kuala Besut.

Sebab hanya Jeti Kuala Besut sahaja yang menyediakan feri atau bot untuk ke Pulau Perhentian.

7.Pengangkutan dari jeti

Kalau ada kawan di kawasan Kuala Besut, boleh minta tolong mereka hantar dan tolong ambilkan dan hantarkan kita dari Jeti Kuala Besut ke Airport Kuala Terengganu atau Airport Kota Bharu, hanya perlu bayar duit minyak kepada mereka (kalau boleh, bagi lebih sedikit sebab letih kawan tu tolong drive ulang-alik).

Cara macam ni lebih jimat berbanding naik teksi.


Diingatkan bahawa kebiasaanya kos untuk melancong atau melawat kawasan-kawasan berpulau, sememangnya agak mahal. Jadi, jangan terkejut sangatlah bila terlebih budget. Kalau dapat datang berdua dengan kawan, boleh jimat sikit duit.

Itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Selamat mengembara.