Jika anda tidak mempunyai insuran peribadi yang melindungi anda sewaktu mengembara, kami cadangkan anda menggunakan perkhidmatan insuran ini.Dengan beberapa langkah mudah anda boleh melindungi diri anda dan keluarga sewaktu melancong ke luar negara.Walaubagaimana pun tidak semua negara termasuk dalam pelan perlindungan insuran ini.

Anda boleh mendapatkan khidmat insuran ini melalui beberapa cara,samada ke syarikat insuran itu sendiri,melalui ajen-ajen syarikat insuran ataupun yang paling mudah melalui permohonan atas talian.Berikut adalah beberapa langkah mudah bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan ini melalui atas talian.

1.Sila keĀ https://digital.axa.com.my/travel-insurance-malaysia

2.Anda mempunyai pilihan seperti berikut

ohkembara.com_AXA-travel-insurance

  • Single/Trip-single merangkumi sekali perjalanan sahaja dan trip adalah untuk yuran tahunan bagi yang selalu ke luar negara berkali-kali dalam setahun.
  • Departure/return date-untuk single sila nyatakan berapa lama anda mahu dilindungi dengan insuran sepanjang di luar negara.Bagi trip pula borang ini akan secara automatik meletakkan tempoh setahun di ruangan ini
  • Type of plan-anda boleh memilih samada untuk individu atau keluarga.
  • Destination-sesetengah negara tidak termasuk,boleh rujuk di sini untuk senarai negara yang termasuk dalam pelan perlindungan insuran ini.
  • Langkah terakhir tekan Get Quote

3.Mengikut pilihan anda dari langkah sebelum ini,AXA akan menawarkan pakej dan harga mereka.Anda mempunyai dua pilihan samada untuk memilih Smart Traveller VIP atau Smart Traveller Classic.

ohkembara.com_AXA-insuran-perjalanan

4.Baca dengan teliti sebelum anda membuat pilihan.Pastikan anda memahami apa yang termasuk dalam pelan perlindungan insuran ini dan apa yang tidak.

5.Selepas membuat pilihan anda akan diminta mengisi butir-butir peribadi anda.

ohkembara.com_AXA-insuran-perjalanan-isikan-details-anda

6.Kemudian membuat bayaran.

7.Terma dan syarat atau kontrak insuran akan dihantar ke email peribadi anda.Sila baca dan cetak untuk simpanan sendiri dan dibawa sewaktu mengembara nanti.Pastikan juga anda memberitahu waris terdekat tentang insuran ini supaya apabila apa-apa terjadi kepada anda,waris terdekat boleh membuat tuntutan.

ohkembara.com_AXA-travel-insurance-2

8.Dari pembacaan kami,insuran daripada AXA ini menawarkan perlindungan maksimum (jika berlaku kematian,lain-lain sila rujuk di laman sesawang AXA)sehingga RM900,000 untuk pelan VIP dan RM300,000 untuk pelan classic.

ohkembara.com_AXA-travel-insurance-list-of-coverage

ohkembara.com_AXA-insuran-perjalanan-2