FLIGHT REVIEW – RAYANI AIR
KBR-KUL RN163
27 Dec 2015
ETD 1120
KELAS PERNIAGAAN

1.Permulaan yang cemerlang dan sememangnya layak dipuji.
2.Rayani Air merupakan pemain baru dalam lapangan penerbangan , yang usia nya baru lebih kurang seminggu telah melakukan penerbangan sulong ke Langkawi dan Kota Bharu pada 20 Dec . Rayani Air merupakan syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang mewajibkan staff beragama islam menutup aurat.
3.Check in- Untuk penumpang kelas bisness, terdapat kaunter check in yang khas. Check in mengambil masa yang lama berbanding biasa. Mungkin staff baru bendak menyesuaikan diri dengan sistem.
4.Boarding- Penumpang kelas bisnes, warga emas dan kanak kanak diberikan priority boarding.
ohkembara.com_Rayani-Air-Bussiness-Class-Seat
5.Keselesaan dalam pesawat – RN menggunakan pesawat 734 exMAS. Pesawat masih berada di dalam kondisi yang baik. Kelebihan 734 adalah seatnya yang berwarna warni. Di pintu, FA mengucap selamat datang. 734 mempunyai kelebihan dari segi kelebaran tempat duduk yang lebih berbanding 738.
ohkembara.com_Rayani-Air-Hot-Towel
6.Lanyanan kelas bisness- di sediakan tuala panas untuk keselesaaan pengguna. Yang menariknya, tuala panas disediakan sebanyak 2 kali ( sebelum berlepas dan mendarat) untuk penerbangan yang hanya 60 minit. Welcome drink disediakan , pilihan antara jua oren, epal atau airmineral
ohkembara.com_Rayani-Air-Bussiness-Class-Food
7.Makanan- untuk penerbangan 60 minit, makanan yang disediakan akan berpatutan iaitu sandwish, kek dan pilihan minuman.Selepas disediakan hidangan utama, diberikan kacang walnut yang paket yang agak besar.
8.Ontime- penerbangan terlewat 10 minit kerana kelewatan penerbangan sebelum.
9.Doa – doa dibacakan sebelum berlepas merupakan trade mark RN . Walaubagaimana pun MH 738 juga ada dipaparkan doa di skrin.
ohkembara.com_Rayani-Air-In-Flight-Salesohkembara.com_Rayani-Air-In-Flight-Sales-2
10.Jualan didalam kapal- walaupun masih di peringkat bayi, RN mampu menyediakan perkhidmatan jualan makanan dan juga barangan.
11.FA – untuk kelas bisness, 2 FA di khaskan untuk kelas bisness. Secara keseluruhan, layanan yang diberikan amat memuaskan. Tetapi di sebabkan kurang pengalaman, dapat dilihat dengan jelas pergerakan FA agak kaku seperti robot. Tetapi ini boleh di perbaiki kerana apabila semakin senior, pengalaman juga semakin banyak.

REVIEW OVERVIEW
Check-In
6
Boarding
9
Seat Comfort
10
In-flight Meal
10
Cabin Crew
9
VIAKhairul Naeim Z
SHARE