1. LATAR BELAKANG

Group Traveller
27th Jan 2016- 2nd Feb 2016
7 hari 6 malam
Macau | Manila | Cebu
RM1800 Per Pax

Noorihan Noorudin|Hijratul Minalia|Diyanah Ismail|Adila Rahized|Zaimah Athira

2. MACAU

HARI PERTAMA

  • Fisherman’s Wharf
  • Senado Square
  • Ruins of St Paul
  • Mount Fortress
  • Water Fountain @ Wynn Hotel

HARI KEDUA

  • The Venetian
  • Fly ke Manila

INFO MACAU

  1. Kalau nak jimat tak perlu beli sim card. Dekat Macau ni banyak tempat yang boleh dapat wifi free. Shuttle bus hotel mostly semua ada wifi. lobby hotel, senado square. Kadang-kadang kita tengah jalan-jalan pun tiba-tiba dapat wifi. Kalau setakat nak duduk 2,3 hari tak perlu beli sim card, jimat.
  2. Transportation dari satu tempat ke satu tempat kalau nak jimat, naik shuttle bus hotel. Hotel yang besar-besar mostly semua ada shuttle bus sendiri. Even tak stay dekat hotel tu pun, kita boleh naik for free. Tapi kena jalan sikit sebab bus akan ambil & drop kita dekat hotel. Ada jugak taxi & public bus.
  3. Tempat yang best untuk dilawati yang boleh pergi naik shuttle bus ; Fisherman’s Wharf, The Venetian, Macau Tower, Water Fountain @ Wynn Macau, Senado Square, Ruin’s of St. Paul, Museu De Macau, Mount Fortress.
  4. Nak beli souvenir yang harga affordable dekat senado square, pergi satu kedai pakcik ni dekat lorong kecil lepas kedai Koi Kei Bakery yang jual egg tart tu. Sampai je senado square, tengok belah kiri. Tak jauh dari tourism centre.
  5. Restoran halal dekat Macau tak banyak. Salah satu yang paling senang nak cari, Indian Spice Express dekat Food Court dalam The Venetian. Harga 1 meal dalam 80HKD.
  6. Hotel dekat Macau semua mahal-mahal. Budget hotel yang paling selesa, Ole London Hotel dekat area Senado Square. Harga dalam RM300 per night untuk 2 single bed/1 queen bed. Deposit kena bayar 500HKD, tapi kalau hotel 4/5star macam The Venetian atau Holiday Inn kena bayar deposit 1000HKD waktu check in. Nanti waktu check out dia akan pulangkan balik deposit tu kalau takde apa2 damage dekat bilik yang korang buat. Deposit boleh bayar guna cash atau credit card.
  7. Nutella tak boleh bawa masuk dalam kabin flight. Kena rampas masa dekat imigresen.

3. MANILA

HARI KETIGA

  • Taal Volcano
    • Dari Makati – Tagaytay (Boat Station Taal Volcano) 2 jam perjalanan naik kereta
    • Package Taal Volcano dah include coconut juice, mineral water, horse ride, boat ride, driver & kereta dari hostel-taal volcano-hostel. Driver akan pick up dari mana-mana hotel area Metro Manila & akan drop kita dekat hotel balik. Driver (Robert) & guide tersangatlah baik. RECOMMENDED.
    • Dekat Taal Volcano ni memang terkenal dengan tips. Lepas naik kuda, horseman tu akan minta tips. Kehidupan dorang ni sangat daif, kalau tengok rumah & pakaian dorang sedih je. So bagilah tips seikhlas hati. Andddd get ready to get wet sebab time balik naik bot confirm akan basah. Bawak rain coat in case kalau hujan and taknak basah sebab kat sana kalau nak beli harga 100 PESO. Tapi kitorang tak pakai rain coat pn. Hehe.Contact : Bryan – Taal Volcano Crater Tour Package
  • Mall of Asia
    • Halal restaurant dalam Mall of AsiaMartabak Cafe (Ground Floor – South Wing). Harga 1 meal dalam 200 PESO. Nak shopping souvenir dalam Mall of Asia– kedai nama Kultura (Ground Floor – North Wing)

INFO MANILA

  1. Traffic sangat-sangat teruk. 3km jarak perjalanan boleh jadi sejam. Kalau nk pegi airport dari Makati City, keluar awal 3,4 jam untuk elak stuck dlm traffic jam & terlepas flight.
  2. Our Awesome Hostel, Makati, Manila ni sangat best sebab ada roofdeck dekat tingkat paling atas – Tingkat 10. Boleh nampak view Makati City waktu malam. Nearest halal restaurantPersian Grill dekat Bonifacio Global City. Jalan kaki dalam 15 minit je.
  3. Setiap kali nak masuk mall kena buka bag, akan ada security yg check bag & ada censor dekat pintu.
  4. Sim card kitorang beli 2 sebab 1 sim card boleh guna 3 hari je. 1 sim card dia kasi free 30MB. Pandai-pandai lah berjimat guna data internet tu. Upload gambar lepastu off data. Nak scroll, scroll dekat hostel nanti guna wifi. Haha! Beli sim card dekat airport atau dalam Mall of Asia dekat customer service counter.

 

4. CEBU

HARI KEEMPAT

  • Fly to Cebu

HARI KELIMA

  • Swimming with whaleshark @ Oslob, Tumalog Falls, Osmena Peak

HARI KEENAM

  • Canyoneering @ Kawasan Falls
    • Ambil package dengan Kawasan Canyoneering. 5600 PESO untuk 4 attraction places dalam 2 hari. Whaleshark, Tumalog Falls, Osmena Peak, Canyoneering @ Kawasan Falls. Sekali dengan van & driver. Kalau nak pegi sendiri naik bas pn boleh, total cost boleh cut dalam RM50-100. Tapi kalau nak senang, tak penat sangat & malas nak fikir, better ambil package ni. Service tip top. Layanan bak puteri raja. Guide baik-baik belaka. Accommodation dia kasi chalet dekat Matutinao Beach Resort, which is depan je dgn starting point nak ke Kawasan Falls. Chalet betul-betul depan pantai.Contact : Kawasan Cebu Canyoneering / e-mail : kawasancanyoneering@gmail.com
    • To be safe, waktu canyoneering sila pakai double pants. Takut seluar terkoyak nanti sebab akan ada banyak slide atas batu.
    • Lepas canyoneering dia bagi lunch, korang request la halal food. Macam kitorang haritu dia kasi ayam tapi kitorang tak makan. Minta tukar dengan ikan.

INFO CEBU

  1. Travelbee Guesthouse tak sesuai untuk solo woman traveller. Sebab kawasan dia macam dalam perkampungan yang sunyi dan banyak anjing. Kalau ramai-ramai ok je. Hostel selesa, & dekat dengan mango square mall which is ada restaurant halal Persian Palate.
  2. Souvenir boleh beli dekat Island Souvenirs. Mahal sikit tapi cantik. Ada kedai kecik tepi jalan sebelah je dengan Island Souvenirs tu jual souvenir yang harga affordable. Tshirt paling murah boleh dapat sehelai 150PESO. Nak lagi murah & cantik, better beli souvenir dekat kedai-kedai area whaleshark point.
  3. Waktu nak balik malaysia, kena bayar terminal fee dekat airport 750 PESO. Make sure asingkan duit tu siap-siap, takut nanti terguna.
  4. Wayar extension tak boleh bawa masuk kabin. Kena rampas dengan imigresen.

HARI KETUJUH

  • Fly balik Malaysia

5. PERBELANJAAN

FLIGHT TICKET

  • KLIA2 – Macau (AirAsia – Inc. Meal,Insurance&seat) RM 161.00
  • Macau – Manila (Air Asia – Inc.Insurance) RM 214.45
  • Manila – Cebu (Philippine Airlines – Inc. Snack & luggage 10kg) RM 110.00
  • Cebu – KLIA2 (Air Asia – Inc. Meal ) RM 196.50

ACCOMMODATION

  • Macau – Holiday Inn Macao Cotai Central (1 Night) RM107.80
  • Manila – Our Awesome Hostel (2 nights) RM 86.30
  • Cebu – 1 night in Matutinao Beach Resort (Inc. in Cebu Package)
  • 1 night in Travelbee Guesthouse RM 32.75

PACKAGE

  • Manila – Taal Volcano day trip 2100 PESO
  • Cebu – Swimming with Whaleshark @ Oslob, Tumalog Falls, Osmena Peak, Canyoneering at Kawasan Falls 5600 PESO
  • Bamboo raft @ Kawasan Falls (300 peso / 5 ) 60 PESO

FOOD & BEVERAGES

  • Macau – Indian Spice Express, The Venetian 50HKD
  • Manila – Martabak Cafe, Mall of Asia 189 PESO. Persia Grill, Makati 250 PESO
  • Cebu – Lunch after canyoneering @ Matutinao Beach Resort (Inc in Cebu Package).
  • KFC Cebu City 104 PESO. Persian Palate, Mango Square Mall 220 PESO

TRANSPORTATION

  • Taxi – Manila Airport Terminal 3 > Our Awesome Hostel 100 PESO
  • Taxi – Our Awesome Hostel > Manila Airport Terminal 2 140 PESO
  • Taxi – Mango Square Mall >Mactan Cebu Airport 84 PESO

TIPS/UPAH

Manila

  • Horseman @ Taal Volcano 100 PESO
  • Beli air untuk horseman dekat Taal Volcano 50 PESO
  • BoatmanGuide @ Taal Volcano 18 PESO
  • Driver from Mall of Asia > Our Awesome Hostel 50 PES

Cebu

  • Driver & Guide Canyoneering at Kawasan Falls 180 PESO

SIM CARD

  • Smart – 50 Peso with free 30MB for 3 days x 2 100 PESO
    (Untuk internet sahaja, kalau nak call kena reload) Reload 20 Peso

TRAVEL INSURANCE

  • AXA Smart Traveller – 7 days coverage RM 39.00

OTHER EXPENSES

  • Luggage storage @ The Venetian 10HKD/backpack

GRAND TOTAL 

RM = 947.80
PESO = 9365
HKD = 60
After convert : RM 1791.81 (ALL IN EXC. SOUVENIR)

6. LAIN-LAIN TIPS

  1. Kitorang pergi berlima. So semuanya base on sharing basis of 5 person. Lagi ramai, lagi murah package.
  2. Tips dekat Philippines tu ikut diri masing-masing nak bagi ke tak. Kalau tak bagi tips, lagi murah bajet. Kalau guide/driver korang tu baik, kasi la tips seikhlas hati.
  3. Bawa makanan dari Malaysia macam maggi, biskut, roti. Average price utk sekali makan dkt Philippines dlm 200-250 PESO. Makan sehari sekali dekat luar pn dah ok.
  4. Book hotel macau dekat official website Holiday Inn Macao Cotai Central, hostel Manila & cebu dekat Agoda.