LATAR BELAKANG

ohkembara.com_Tadom-hill-resort-lake

Group Traveller
17th Feb 2016- 18th Feb 2016
2 hari 1 malam
Manjung-Tadom Hill Resort-Manjung
RM170 per pax

ITINERARI

Perjalanan dari Manjung, Perak start jam 9pg ikut jalan Kuala Selangor tapi sebab banyak menyinggah dan sesat nak cari jalan masuk Tadom Hill maka dalam 3.45ptg baru sampai.

ohkembara.com_tadom-hill-resort-room (2)

Check In 3ptg
Check Out 12tgh hari
Tadom Hill tutup hari Isnin

Kami sesat sebab terlepas dia punya jalan masuk. Yang mana nak pergi tu nanti bila waze cakap dah nak sampai..belah kiri korang ada car wash tau,, kena masuk ikut laluan tepi car wash tu. Agak tak perasan dengan buluh warna ungu,hijau yang diorang letak tepi jalan tu sebenarnya. Slow slow okay, Good Luck!

ohkembara.com_tadom-hill-resort-lake (3)

Masa kami sampai tu dah ada group yang nak balik dah tapi still ramai yang berendam dalam tasik.

Day Pass (untuk weekday,weekend punya aku tak tau)
Orang luar – RM20 sehari
Orang Banting – RM10 (tapi kena bagi deposit RM20 mas masuk)
Tasik Tutup jam 6.30ptg

ohkembara.com_tadom-hill-resort-breakfast

Lepas simpan barang terus pakai life jacket (wajib) dan debush masuk air!!! kitorang tak reti berenang jadi mula-mula tu macam segan-segan nak masuk air. Tasik ni kalau tak silap kedalaman dia 20 kaki lepas dengar abang yang jaga tu cerita..Ada rakit diorang sediakan tapi kena share-share sebab tak banyak.

ohkembara.com_tadom-hill-resort-lake (2)

Ada tempat terjun yang macam platform (ketinggian dia 10m tak silap) dan yang bergayut tu..aku pikir bila lagi nak cuba kan? aku redah je dua-dua tu sampai 4-5 kali terjun, aku syak otak aku tak berfungsi sangat masa tu..hahahaha

Video
https://www.instagram.com/p/BB4WXuAqsFT/

Video terjun platform
https://www.instagram.com/p/BB4n51CqsLg/?taken-by=nadirahpzr

Video gayut
https://www.instagram.com/p/BB2dk0WKsDK/

Video naik ATV
https://www.instagram.com/p/BB4Drh9qsEc/

Video masa senja
https://www.instagram.com/p/BB7anVUqsNq/?taken-by=nadirahpzr

KEMUDAHAN

ohkembara.com_tadom-hill-resort-garden-tent

Tempat dia sangat chill, bersih, beautiful landskap dan dekat dengan alam. Banyak elemen buluh. Ada beberapa jenis tempat menginap dekat sini :-

1. Gendui Chalet (yang aku pilih)
2. Hammock (macam buaian)
3. Khemah (boleh pilih tepi tasik ATAU dalam taman dan harga BERBEZA)
4. Bamboo Hut (macam konsep dorm)

ohkembara.com_tadom-hill-resort-bamboo-hut

Ada beberapa kemudahan yang disediakan macam

1. Locker (untuk yang balik hari)
2. Hall
3. Cafe
4. BBQ pit
5. Sewa tikar

ohkembara.com_tadom-hill-resort-facilities

Environment dia sangat friendly, staff dia kebanyakan budak muda (orang asli aku rasa) dan sangatlah friendly! Siap tolong ambik gambar, ambik video..diorang layan je..sambil buat lawak sengal. hahaha.

ohkembara.com_tadom-hill-resort-room-price

Korang kena refer website dia untuk rate harga sebab harga dia berbeza ikut tempat penginapan dan masa. Weekend dan Public Holiday rate tinggi sikit berbanding weekday. Aku book hari tu pun kat website je lepas tu diorang reply thru email. Fast respond!

ohkembara.com_tadom-hill-resort-orchid-gendol-chalet

Dan aku sangat galakkan kalau korang datang pada WEEKDAY untuk privacy 🙂
Personally aku suka semua benda!!

Details lain ada pada gambar. Link video ada kat atas kalau nak layan.

PERBELANJAAN

ohkembara.com_tadom-hill-resort-toilet

  1. Minyak (Viva Auto)=RM80 pergi balik

Dari Manjung-Setia Alam-Kelana Jaya-Damansara-Banting
Balik Banting-Kelana Jaya-Setia Alam-Manjung

2.Tol=RM20

3.Penginapan di Gendui Chalet (max 1 chalet 4 pax)=RM80/pax

RM200 + RM120 (extra 2 tilam.. yang ni wajib sebab kami kongsi 4pax)

4.Sarapan (buffet)=RM15/pax

5.Tadom Base activity (ATV)=RM38

ohkembara.com_tadom-hill-resort-shower-room

TIPS JIMAT

1. Kalau stay area KL memang dah boleh jimat minyak kat situ
2. Bawa bekal makanan sendiri (kitorang bawak spagethi/keropok lekor/nugget)
3. Share 4 orang kalau nak stay chalet
4. Pilih tempat tido yang murah macam hammock atau khemah

ohkembara.com_tadom-hill-resort-hammock

Extra:-
Kalau korang menginap lama dan tak tau nak buat apa lagi, area banting ni sebenarnya banyak juga tempat best macam

1. Paya indah wetland (boleh tengok badak/buaya dan binatang lain..masuk percuma)
2. Kilang Ros kerepek (ni memang syurga wey)
3. Bukit Jugra (ni macam jauh sikit)

ohkembara.com_tadom-hill-resort-outdoor-activities-price

ohkembara.com_ATV-tadom-hill-resort

Aku plan nak tido 1 malam dekat Tadom dan 1 malam dalam Paya Indah Wetland tapi keadaan masa tak mengizinkan. Next time insyaAllah