Saya telah menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari acerentals yang saya tempah melalui laman sesawang mereka acerentals.co.nz. Berikut adalah review saya berkenaan perkhidmatan yang telah diberikan.

Nilai

Kadar nilai sewa yang saya boleh katakan dalam range sederhana. Tidak terlalu mahal dan tidak murah tetapi berbaloi dengan nilai duit yang dibelanjakan. Sewa asas untuk kereta Nissan Tiida (di Malaysia Nissan Latio) ialah NZD35 selepas diskaun daripada harga asal NZD50 untuk penyewaan 4 hari dan ke atas. Jika ditukar nilai ke dalam ringgit Malaysia adalah lebih kurang RM100 sehari.

Kakitangan

Saya berurusan dengan empat orang kakitangan, seorang melalui telefon, seorang lagi ketika mengambil kami di lapangan terbang dan dua orang lagi ketika penyerahan dan pemulangan kereta. Masing-masing mahir dengan tugas masing-masing dan boleh menjawab setiap soalan yang diutarakan dengan spontan tanpa merujuk kepada supervisor. Mesra dan banyak membantu.

Komunikasi

Acerentals mempunyai sistem live chat di laman sesawang mereka. Anda boleh bertanya terus disitu tetapi perlu menunggu masa yang agak lama untuk menunggu balasan. Selain dari itu saya sendiri pernah menghantar e-mail kepada mereka dan dibalas dalam tempoh kurang dari dua jam (dalam masa waktu pejabat di sana). Di akhir proses penempahan,mereka meminta waktu ketibaan anda di lapangan terbang tetapi pada pendapat saya ianya sekadar untuk rekod kerana anda perlu memaklumkan mereka sendiri melalui telefon bahawa anda telah tiba dan memerlukan shuttle bus untuk di bawa ke tempat meletak kereta.

Kemudahan

Pusat pengambilan dan pemulangan kereta sewa acerentals terletak luar dari kawasan lapangan terbang. Anda perlu menelefon mereka untuk menjemput anda di lapangan terbang melalui panggilan bebas tol (percuma). Operator telefon akan memberitahu anda untuk menunggu di pick up point dan jenis shuttle bus yang akan menjemput anda. Perjalanan ke tempat pengambilan kereta mengambil masa 10 minit didalam van yang berhawa dingin,barang-barang anda akan dimasukkan didalam treler kecil yang ditarik di belakang van tersebut. Oleh itu anda tidak perlu risau dengan ruang tempat duduk yang dipenuhi dengan beg-beg besar.

Keadaan Kereta

Kereta yang saya sewa telah melalui perjalan sejauh 400000km yang mana pada pendapat saya agak rendah untuk sebuah kereta sewa berusia 7 tahun. Keadaan luar kereta yang saya kategorikan masih baik,hanya terdapat beberapa kesan calar kecil pada badan kereta. Keadaan tayar yang masih bagus,ruang dalaman yang bersih dan tidak mempunyai bau yang kurang menyenangkan.Yang tidak memuaskan hanya stereng yang tidak dikalibrasi dengan baik,walaupun roda berada dalam keadaan tegak tetapi stereng di dalam kereta sedikit off degree ke arah kiri. Agak memenatkan dan susah untuk mengetahui sama ada kereta sedang bergerak lurus atau tidak semasa kereta bergerak. Selain dari itu memang tip top!

REVIEW OVERVIEW
Nilai
9
Kakitangan
9
Komunikasi
10
Kemudahan
7
Keadaan Kereta
7

2 COMMENTS

    • Salam, buat pengetahuan anda saya telah menggunakan kad kredit untuk melakukan pembayaran kepada acerentals. Mungkin anda boleh menghubungi pihak acerentals untuk pertanyaan. Buat pengetahuan saudara juga kad kredit juga digunakan sebagai cagaran deposit yang mana akan dipulangkan jika tiada sebarang tuntutan dari acerentals. Jika anda tidak mempunyai kad kredit kemungkinan besar anda terpaksa membayar dengan cash atau debit kad (jika boleh). Harap membantu.