Babyzen Yoyo Review

Kami membeli Babyzen Yoyo 6+ ketika melancong ke Amsterdam, Belanda kerana tertarik dengan ciri-ciri rekaan yang dimiliki oleh syarikat berpangkalan di Perancis. Antara sebab kami memilih Babyzen Yoyo 6+ berbanding jenama stroller lain di pasaran adalah atas sebab-sebab berikut:

  • BOLEH DIBAWA MASUK KE DALAM PESAWAT
    • Ini mungkin adalah sebab utama kami membeli stroller Babyzen Yoyo. Seperti yang anda sedia maklum barang-barang yang dimasukkan ke dalam ruang kargo kapal kebiasaannya diletakkan secara kasar, senang cerita kadang-kadang stroller yang anda letak sebelum dan selepas penerbangan boleh berubah bentuk. Tentu ada yang bertanya, betul ke boleh masuk dalam kabin kapal terbang? Jawapannya sememangnya YA! Anda boleh meletakkan Babyzen Yoyo di atas ruang penyimpanan di atas anda. Antara destinasi yang kami berjaya membawa masuk¬†Babyzen Yoyo 6+ adalah KUL-AMS, AMS-KUL, KUL-IST, IST-KUL, KUL-BKI dan BKI-KUL. Sampai ada stewards dan stewardess tak perasan kami bawa masuk stroller ke dalam kabin pesawat.
  • MUDAH DISIMPAN DAN DILIPAT
    • Pernah menghadapi masalah stroller tidak boleh dibawa naik eskalator? Ataupun ruang di dalam lif telah dipenuhi dengan stroller bersaiz besar yang lain?Atau sukar untuk mengemudi di tangga-tangga stesen keretapi? Hanya dengan 2 langkah Babyzen Yoyo boleh dilipat dan anda boleh meminta suami anda menyangkutkan Babyzen Yoyo di bahu.
  • RINGAN
    • Dengan berat yang hanya 5.9kg,Babyzen Yoyo 6+ sememangnya ideal untuk ibu bapa yang kaki travel.
  • MUDAH DIBASUH
    • Kebanyakan sambungan fabrik pada Babyzen Yoyo adalah dengan velcro,itu memudahkan sarung stroller tersebut dibuka untuk dicuci.
  • TAHAN LASAK
    • Anda tahu keadaan jalan di Amsterdam dan Istanbul yang berbatu-batu dan kadangkala berbukit. Yes,Babyzen Yoyo 6+ survived it!Ermmm…maybe with few scratchessssss.

 

YANG KAMI TAK SUKA

  • SAIZ TAYAR
    • Saiz tayar yang kecil kadangkala menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi anda terutamanya ketika melalui jalan yang tidak rata. Walaupun mempunyai sistem suspension di bahagian tayar hadapan tetapi tidak mencukupi.
  • TEMPAT DUDUK MENGHALA KE SATU ARAH
    • Tidak seperti Quinny Zap Xtra yang kami gunakan sebelum ini (parent facing or road facing), tempat duduk Babyzen Yoyo 6+ hanya boleh menghadap ke bahagian hadapan (road facing) sahaja.Jika anda berjalan sewaktu panas terik dan matahari menghadap anda,shade yang disediakan tidak dapat melindungi separuh bahagian badan bayi anda dari sinaran cahaya matahari.Jika anda hanya melakukan aktiviti indoor sahaja, ini bukan masalah untuk anda.
  • HARGA
    • Dengan harga yang kami boleh kategorikan dalam kelas premium,RM1399 (harga runcit)¬†adalah harga yang overpriced untuk sebuah stroller.Walaupun ianya overpriced tetapi memang berbaloi untuk dimiliki.
REVIEW OVERVIEW
Keselesaan
7
Keselamatan
10
Mesra Pengguna
10
Tahan Lasak
9
Harga
7