Nota editor

Berikut adalah perkongsian pengalaman ditipu pengayuh beca sewaktu melancong ke Ho Chi Minh City,Vietnam oleh Muhamad Hazim Bin Hassan yang dikongsikan di laman sesawang facebook.Semoga dapat dijadikan panduan kepada pengembara-pengembara lain agar ia tidak berlaku kepada anda.


Okay!!! Ini scam vietnam!!!

Sementara nak tunggu solat jumaat kat Masjid td, kami didatangi sorg pakcik ajak naik beca dy suruh ke hong kong market..asalnya kami refuse sbb kami nk gi china market..memandangkan kami berlima kami ingat nak ambil taxi je dlm 300,000 dong je/trip..lgpun dah tya abang kedai makan smlm xla dekat sgt china town tu dr situ..dy yg suggest naik taxi..

Tapi yg pakcik ni beria-ria la pujuk naik beca dy hantar ke china market dengan harga “fifteen” dong..xmasuk akal kot..xkan transport sama harga kopi?? siap ajak naik 4 beca sekali setiap sorg satu lg 2 org share..

ohkembara.com_scam-beca-ho-chi-minh-city-vietnam

Tapi yang trickynya dy bawa keluar satu buku ni ada review ramai orang yang naik beca dy..ada yg dr denmark, england, malaysia, semua cakap good service, good ride, murah gila, very CHEAP etc. yang mana akhirnya mempengaruhi kitorg utk naik beca dy..

Lepas solat dy standby 5beca utk kitorg 5 org..bermulalah perjalanan naik beca tu..jauh kot dari situ..berpeluh2 dorg kayuh, berpeluh2 jugak kitorg sebagai penumpng..dalam hati terfikir kesiannya dan bersyukur at least dorg cari rezeki yang halal..dah la sepanjang perjalanan dorg xminum pun dh sampai baru minum..kitorg siap sedekah duit minum lg..

Sampai china town, kitorg pun jalan jalan la..xbeli apa pun..tu gedung wholesale..dan pakcik tu setuju utk tunggu..pelik jugak..takkan sehari sale dy “fifteen”k dong je..xnak amik penumpang lain ke?

ohkembara.com_scam-beca-ho-chi-minh-city-vietnam-2

Tapi dy masih bg service baik,time nak balik ke hotel..tujuk itu ini, siap berhenti suh amik gmbr masjid..tapi tiba-tiba xjauh dr situ semua stop kat satu kedai ni..alasan nak minum dorg penat..kedai tu terpencil la jugak..xda org..

Dorg suh kitorg minum..tp sbb was was dgn kehalalan kedai tu kitorg kata dah minum..kat situ sweet sgt dorg suh kami review service dorg..tulis dlm buku tu..setiap sorg tulis kot..kitorg pun tulis la good service, so cheap, highly recommended..

Finally, lepas kitaorg tulis review tu. Dia minta byrn..kitaorg pun byr la 100000 dengan niat balance sedekah..skali dia keluarkan kad harga dia 500000 sorg!!! Beza jauhhhh kot 15000 ngn 500000!!!

Lepas gaduh2 lama gak okla byr gak
1000 000 dong…tp dia kata pulakkk dekat harga situ 500 000 per hour sorg…!!! Giler koooo…naik beca nak byr rm800 utk 5org…

Duit kitaorg da bg dekat dia rm400 masa tu dan dia minta lg rm400…aku da tengking2 da..siap suh keluar duit dekat Atm sbb kitaorg ckp duit abis..akhir kata bila sebut kita g balai polis settle terus dia takut.

ohkembara.com_scam-beca-ho-chi-minh-city-vietnam-3

Last2 diaorg balik tinggalkan kami dekat situ…kitaorg jalan kaki 2.7km ke hotel sbb duit da abis dan xpercaya lg beca dia tu..takut dia bawak tah memana rompak kitaorg naya jer…yg aku kesian mak ayah aku pun kena jalan kaki jejauh…sapa yg da g china town dr ben thanh tahu betapa jauh nya kitaorg jalan…huhu

Setelah kejadian ni berlaku baru perasan knp diaorg xbg amik gmbr semasa naik beca sbb xnak ada gmbr dia!!! Cis!!! Tahu dia bg alasan apa??? Takut kena ragut!!! Tp bila gmbr masjid dia siap benti suh amik gambar.

  • ni gambar diaorg sembunyi sbb kitaorg degil amik gambar jugak
  • naik taxi pun kena hati2 sbb ada gak kena mcm ni
  • waktu ni muka happy lg sbb xsedar kena tipu
  • kalau kena jugak ckp jom ke balai haha
  • tq bc sampai abis keluhan sy