Artikel yang dikongsikan oleh Bie Mohd mengenai syarikat-syarikat keretapi di Osaka yang menawarkan traveller pass.Beliau juga berkongsi traveller pass mana yang berbaloi untuk dibeli dan menjimatkan jika mahu ke satu-satu tempat.


Syarikat Train Jepun yang offer Traveler Pass (sedikit makluman) :

Kalau turun Osaka :

ohkembara.com_Osaka-train-map
Kredit gambar: japan-guide.com

1. JR West : suggest kalau nak pergi maner2 dalam Kansai ataupun luar dari Kansai (jarak jauh) secara cepat menggunakan pass yang ada. Efisyen? bergantung pada acara. Tapi mahal skit tuk Kansai tapi kalau luar Kansai tu ader jah yang berbaloi!. Lagi luas kawasan jauh yng cover berbanding Kansai Thru Pass.
https://www.westjr.co.jp/global/en/travel-information/

2. Nankai : Ni pilihan kedua dari Kansai International Airport kalau x nak pilih JR line. Banyak pass yang gabung ngn Nankai especially non-JR or JR. Jualan popular mestilah Kansai Thru Pass which covers most line non-JR termasuk train,subway & bus (hanya tertakluk pada line yang disediakan) dalam Kansai dengan harga yang cukup berbaloi!
http://www.surutto.com/tickets/kansai_thru_english.html
http://www.howto-osaka.com/en/ticket/ticket/

3.Osaka Subway & Tram: biase bnyak yang ambik sekali ngan Osaka Amazing Pass yang banyak attractions yang free covered dalam bandar Osaka, kan? Hehhehe..
https://www.osaka-info.jp/osp/en/index.html

4. Kintetsu : Pass dier cover sebahagian Kansai, tapi amat berbaloi kalau nak pergi Nagoya berbanding guna JR line (tapi cm biasala, kalau murah maybe makan masa skit). Kalau musim sakura tu, train ni direct ke Yoshino, pergunungan Sakura yang amat popular.
http://www.kintetsu.co.jp/foreign/english/ticket/krp.html

5. Hankyu : Pass yang dikeluarkan memang terbaik sebab cover perjalanan dari bandar Osaka (Umeda Station) ke Kobe dan Rokko & Kyoto (Arashiyama & Gion) dengan price 750 yen (RM27++) tuk sehari.
http://www.hankyu.co.jp/…/en/tickets/information/index.html…

6. Hanshin : Especially untuk pergi Kobe dari bandar Osaka (Osaka-Namba / Umeda) ! Pass dier pun kira dalam 500 yen (RM18++) sehari untuk unlimited perjalanan train.
http://www.hanshin.co.jp/global/en/tourist/

7. Keihan : Sesuai untuk pergi Kyoto (Fushimi Inari & Gion) dari bandar Osaka (Kyobashi Station). Hanya 700 yen (RM25++) tuk sehari perjalanan train secara tidak terbatas (tetapi ambik masa skit berbanding train-train company yang lain)
http://www.keihan.co.jp/travel/en/discountticket.html

Setiap Syarikat Railway dalam Jepun ada railway line dier masing2. Atas pilihan kita nak gunakan yang mana satu sesuai pada tempat destinasi yang nak dituju serta bajet.

Untuk maklumat lanjut, leh refer sendiri link & pass yang dikeluarkan pada setiap syarikat2 tersebut.