1. TIPS JIMAT

Selesai sudah perjalanan di HCM. Untuk sesiapa yang merancang nak ke sini , ini ada sedikit tips tambahan selain daripada yang banyak dalam blogs (bole rujuk blog-blog lain juga, kami pun rujuk di situ sebelum datang). Sila lihat penjelasan di setiap gambar

  1. Bas di sini ok. Ok sangat. Rasanya semua tempat dalam bandar HCM ni harga standard 1 way 5000vnd aka RM1. Jadi baik bas. Adventure sikit hehe. Sblm naik tu tanya dulu pemandu bas atau tunjuk sahaja gambar tempat kita nak pergi tu. Lepas ni kalau datang HCM lg, akan naik bas sahaja pergi mana-mana.
  2. Tak tahu jalan, sila rajin bertanya. Tapi untuk selamat, tanya orang-orang pekedai daripada orang2 tepi jalan.
  3. Satu sahaja perkataan Vietnam yang kami hafal masa di sana. Terima kasih = cam on. Atau sebutan dia carmen. Teringat kat you Tan Carmen bila sebut tu haha 😉😉.
  4. Bila cakap tu senyum je makcik-makcik kedai walaupun tak beli apa-apa. Tapi di Ben Thanh mungkin tak boleh guna cara ini.
  5. Nak melintas jalan, tak payah pandang kiri kanan pun takpe tapi sila pandang depan untuk pastikan anda tak terlanggar orang-orang lain yang sedang melintas jalan.
  6. Kalau kena tarik oleh jurujual, cuma cakap no dengan firm dan terus blah. Kawasan Benh Thanh sangat ramai guna modus operandi ni. Sebab tu kami lebih suka shopping kat Bin Thay market sebab lebih selesa nak jalan-jalan. Tiada rasa macam ramai peminat sangat.
  7. Bandar HCM ni selamat untuk solo. Kami tiada masalah sepanjang masa di sini, siap ada seorang pakcik tolong nak lintas jalan tadi sebab dia nampak banyak motor padahal dia tak tahu kami dah mahir mellintas jalan di HCM.
  8. Wifi berlambak-lambak di sana. Tak payah beli data plan sana. Masuk je mana-mana restoran atau kedai kain, minta password wifi dengan mereka.
  9. Kami tak pergi ke kawasan-kawasan tarikan pelancong seperti Chu Chi tunnel atau Mekong sebab tak sempat. Jadi jangan tanya kami haha.
  10. Kebanyakan kedai-kedai terima RM hanya di sekitar Ben Thanh. Selain daripada tu, semua hanya terima VND.

2. AIRPORT TRANSFER KE BEN THANH

  1. Ini stesen bas dpn Benh Thanh.
  2. Sila ambik bas no 152 dari airport ke Ben Thanh main bus station. Bas tu kat depan domestic airport bahagian sebelah kanan bila keluar dari pintu ketibaan. Kalau tak jumpa sila jangan malu bertanya orang-orang kedai. Tiket bayar di dalam bas. Sila guna Dong ye hehe. Perjalanan dalam 30 – 40 minit, bas selesa, harga 5000 vnd aka RM1 per person.
  3. Setiap bag akan dicaj 5000vnd satu bag, kami siap tawar menawar supaya konduktor bas tak charge untuk handbag (additional 5000vnd utk 1 bag) dan dia bagi hehe. Bila kira-kira balik, 5000vnd baru RM1.

3. RESTORAN MAKAN MURAH DAN HALAL

  1. Setakat kami survey makanan kat area Benh Thanh ni, 2 kedai ni paling murah. Ni kat Malaysian street. Sup Pho dalam 50k vnd aka RM10, kopi ais 25k vnd aka RM5, Ban Mi 40k vnd aka RM8. Kebanyakan makanan biasa Viet dalam 2 restoran ni dalam lingkungan harga itu.
  2. FYI, dua-dua kedai tu sedap giler untuk makanan tempatan Viet.
  3. Rujukan = harga Pho utk local (non halal) paling murah ternampak kat kedai sana adalah 29k vnd aka RM6.

4. HARGA TIKET BAS DI BIN THAY MARKET

  1. Stesen bas di Bin Thay market. Naik bas no 1 utk pergi dari Benh Thanh ke Bin Thay. Selepas itu seberang jalan sebelah kiri stesen bas dan jalan kaki sikit untuk sampai. Jangan malu bertanya orang-orang kedai di mana Bin Thay market.
  2. Tiket bas 1 way Benh Thanh – Bin Thay = 5000vnd aka RM1. Nak balik Benh Thanh, naik bas ni juga dan bayar 5000vnd.

5. BELI BORONG DI PASAR BIN THAY

Ini bahagian hadapan pasar Bin Thay. Kebanyakannya jual borong (kena beli byk) tapi ada juga kedai jual skit2. Kami rasa sini lebih murah daripada Ben Thanh dan kami beli suma kain-kain dari sini sahaja.

6. CONTOH HARGA KAIN DI PASAR BIN THAY

Belian di Bin Thay market: kami  tak beli banyak, ni je beli tapi bole dibuat rujukan sebagai perbandingan harga dengan Benh Thanh. Tapi biasala kena tepuk-tepuk,pujuk-pujuk dan urut bahu awek Vietnam kedai kain tu dulu untuk minta murah.

Contoh :

1) Kain atas = cotton. RM25 utk 4 meter.
2) Kain bwh = viet silk. RM30 utk 4 meter.

7. KOPI TRUNG NGUYEN

Sebagai contoh coffee Trung Nguyen yang kami beli di convenience store 7 tu. 1 kotak 21k vnd sebelum diskaun 5%. Cuba minta diskaun kad dari pekerja di situ.

8. KOPI TRUNG NGUYEN UNTUK CENDERAHATI

Kalau nak beli Trung Nguyen coffee utk souvenior atau bawa balik Malaysia, boleh beli di convenience store ni (2 blok daripada Malaysian street).

*hanya terima VND

Kopi Trung Nguyen saiz kecil tu 21k vnd di sini. Beli 7 percuma 1. Dan ada kupon 5% kalu beli lebih. Kami dah tanya banyak kedai di dlm Benh Thanh dan luar Benh Thanh, semua jual minimum 25k vnd satu kotak. Sini paling murah la setakat ni. Kat official Trung Nguyen coffee cafe pun jual 21500 vnd.

9. PENAPIS KOPI

Penapis kopi ni memang popular sebagai souvenior. Kebanyakan dalam Benh Thanh market, dorg jual dalam RM5 satu. Kalau nak beli murah, beli di kedai makan Musa Kariem, boleh dapat 1 RM2.