Sedikit panduan untuk masuk ke Jerusalem Palestin. Cara yang paling mudah untuk masuk ialah melalui Jordan (King Hussien Bridge) dan melalui Allenby border Israil. Walaupun Palestin merupakan sebuah negara, tetapi border dikawal oleh askar Israil Zionis. Pelik kan!

Berikut beberapa nota penting dan tip untuk ke Jerusalem :

  1. Tak perlu Mahram bagi wanita untuk ke Jerusalem (Masjid Al-Aqsa)
  2. Perlu dapatkan visa daripada Israil
  3. Visa perlu mohon sebaiknya 45 hari awal, sebab proses ambil masa yang agak lama untuk siap
  4. Untuk mohon visa Israil perlu melalui mana2 agensi di Jordan, boleh mohon via emel sahaja.
  5. Bayaran visa ke Jerusalem dikenakan sebanyak USD15
  6. Bayaran departure tax dekat border Israil sebanyak USD55, untung Israil ni, dah la ceroboh tanah orang, dia paw lagi duit orang..haha
  7. Dicadangkan minima 3 hari di Palestin, selain dari Jerusalem boleh pergi ke Hebron, Jericho dan Bethlehem.
  8. Bagi kaum lelaki, jangan pakai kopiah semasa berada di border Israil, nanti banyak soal askar zionis, urusan pun akan jadi rumit dan lambat. Tunggu lepas masuk ke Jerusalem baru pakai.
  9. Walaupun Israil membenarkan kita duduk maksima 3 bulan, tetapi kita tidak boleh duduk lebih dari sebulan, bergantung pada tempoh visa Jordan, maknanya sebelum tamat visa Jordan kita wajib keluar dari Palestin. Visa Jordan boleh mohon masa sampai, dapat 30 hari.
  10. Bila masuk melalui Allenby border, masa balik pun mesti melalui border yang sama, tidak boleh untuk kita keluar melalui border lain seperti Eillat ataupun Tel Aviv
  11. Dah alang2 masuk melalui Jordan, boleh terus jalan2 Jordan, banyak tempat2 menarik di sana.
  12. Dicadangkan 10 hari untuk lawatan ke Palestin dan Jordan.

Untuk ke Gaza lain pula caranya, percubaan saya utk ke Gaza dah beberapa kali digagalkan oleh Israil Zionis..geram sungguh! Mungkin bukan rezeki lagi.

ohkembara.com_pasport-malaysia-ke-palestin-israel
Walaupun dalam paspot Malaysia tidak dibenarkan untuk memasuki Israil, usah khuatir, Israil takkan cop dlm paspot kita.Ni contoh border pass yang di cop Israil, gambar kenangan pada tahun 2010.