Menara Condong Pisa adalah bukti bahawa manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan juga membuktikan tidak semua kesilapan itu akan menjadi keburukan sahaja.Di sini kami kongsikan 10 fakta tentang Menara Condong Pisa yang mungkin anda tidak tahu.

1.Awal pembinaan

pisa tower photo

Dibina sebagai menara loceng, pembinaan dimulakan pada tahun 1173 sebelum mula condong pada tahun 1178 selepas tingkat ketiga menara itu siap dibina.

2.Terbantut

Pembinaan menara condong pisa ini telah dihentikan selama 100 tahun dengan harapan tanah di sekeliling menara itu cukup mampat dan kuat untuk menampung beban menara itu.

3.Pembinaan disambung semula

Pada tahun 1272, pembinaan diteruskan dengan menambah lagi 4 tingkat menara menjadikannya menara 7 tingkat. Arkitek cuba untuk membina sebelah bahagian tingkat paling atas menara itu lebih tinggi daripada bahagian yang lagi satu dengan harapan dapat mengimbangkan bahagian yang telah condong. Tetapi tidak Berjaya, malah lebih teruk lagi menara itu menjadi semakin condong.

4.400 tahun dibiarkan dalam keadaan condong

pisa tower photo

Menara condong pisa telah dibiarkan dengan keadaanya yang tidak stabil selama 400 tahun selepas tingkat ke 8 menara itu siap dibina pada tahun 1319 dan siap sepenuhnya dengan penambahan kamar loceng pada tahun 1372.

5.Kesilapan lagi

Pada tahun 1838 seorang arkitek mahu mengkaji struktur menara malang itu dengan menggali tanah sekitar dasar menara itu menjadikan menara itu lebih condong!

6.Perang dunia kedua

Hampir sahaja menara ini dirobohkan oleh tentera amerika yang menyerang Itali pada perang dunia kedua kerana arahan untuk mengurangkan lokasi persembunyian untuk penembak tepat.

7.Usaha menstabilkan menara

Pada tahun 1964, Itali telah meminta bantuan jurutera dan ahli sejarah dari luar untuk menstabilkan menara condong pisa. Oleh kerana kerajaan Itali mahukan menara itu kekal condong, pemberat seberat 800 tan diletakkan pada dasar menara itu untuk mengelakkan ianya lebih condong dan roboh.

8.Tapak warisan dunia

Diwartakan sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1987 bersama-sama Piazza Del Duomo

9.Ditutup untuk lawatan orang awam

Menara condong pisa telah ditutup untuk lawatan orang awam pada tahun 1990 dan hanya dibuka 11 tahun selepas itu iaitu pada tahun 2011.

10.Dibuka semula

Telah dibuka semula pada tahun 2011 selepas usaha menstabilkan dan menaiktaraf keselamatan menara condong berusia 800 tahun itu selesai.