1.Perbelanjaan

Perbelanjaan yang saya belanjakan bukanlah backpacker friendly sebab perbelanjaan berkaitan seperti hotel yang mempunyai private bathroom agak mahal di New Zealand (demi untuk jaga aurat isteri saya).

2.Aktiviti Di New Zealand

Bungee Jumping New Zealand
Kos skali terjun menjangkau $120 namun boleh dapat offer diskaun di bookme.co.nz

Aktiviti di New Zealand agak mahal contohnya bungy jump harganya lebih kurang NZD120 tetapi kalau beli di www.bookme.co.nz boleh dapat murah. Kadang-kadang ada tawaran serendah NZD1, good luck guys!

3.Late Check In

Kalau lambat check in call dulu hotel korang, kebanyakan hotel ada prosedur after hours punya check in. Jangan malu nak speaking london.

4.Tiket Penerbangan

jetstar auckland to christchurch
p/s:jangan amik gambar camni ya.saya kena tegur dengan security,nasib baik x kena saman,huhuhu (bawak lagi perangai malaysia)

Tiket Auckland ke Christchurch pergi balik boleh didapati serendah RM200. Kena book awal sebab tiket cepat habis lagi-lagi jumaat dan hujung minggu. Pernah terlambat beli keesokan pagi harinya dah naik sebanyak RM150 walaupun guna browser private. Risiko?flight boleh cancel. Nak secure amik air new zealand

5.Declare Barang Di Bawa

auckland international airport custom declaration

Sila declare barang makanan dan ubat-ubatan yang anda bawa. Kegagalan membuat demikian kena saman on the spot NZD400 tanpa rasa belas kasihan. Jangan tanya saya apa boleh bawa dan tak boleh bawa sebab itu bergantung kepada rezeki dan  budi bicara pegawai yang memeriksa. Saya dapat lelaki, jadi dia belek-belek macam nak tak nak tengok. Semua barang lepas. Disini punya azab kena tunggu sorang-sorang punya giliran,expect delay dlm 1 jam-2 jam disini.

6.Memandu

Sebelum memandu kereta di New Zealand, sila buat test di website www.drivingtests.co.nz
Walaupun di new zealand masih right hand drive, tapi ada beberapa undang-undang jalan yang berbeza dari malaysia. Yang paling penting, jangan bawak perangai driving korang dekat malaysia ke sini. Sini drive memang berhemah.

7.Sewa Kereta

car rental go rental new zealand

Saya tiada pengalaman memandu caravan, saya sewa dengan Go rental . Sangat reliable. Kereta paling murah NZD60 per day (rate summer dan double dari waktu lain). Hyundai Getz yang dah cecah 120000km. Masih dalam keadaan baik.

8.Sewa GPS

WAJIB sewa GPS jangan mengada guna phone,karang takda line ternganga menangis tepi jalan.

9.Lesen Memandu

Lesen Malaysia baru yang dah ada translation english (bukan laminate) boleh digunakan untuk memandu di sini.

10.Peraturan Had Laju

Ikut had laju yang ditetapkan kalau 20kmj tu ikut je. Ada je polis tengah skodeng nak perangkap korang. Sabar jela drive kat sini, macam dalam kawasan pekan drive 50kmj. Ikut je. Jangan gatal-gatal nak lebih sket. Kena tahan polis, polis tetap saman tanpa budi bicara. Dan rakyat mereka pun boleh report polis jika korang langar undang-undang, polis akan cari korang lepas dapat report. Kalau tak nak ikut pun takpe, sediakanlah duit NZD150.

11.Pejalan Kaki

Pejalan kaki adalah raja . Mereka akan melintas (zebra crossing) tanpa tengok korang. Saya hampir 2 kali nak terlanggar mereka

12.Rehat Dengan Cukup Jika Memandu

Perjalanan agak jauh dari satu tempat ke satu tempat. Pastikan rehat secukupnya . Extra driver sgt digalakkan. Total driving 8 hari 2600km. Ada berani?

13.Minyak Kereta

Minyak berbeza setiap stesen. Paling murah untuk ron 91 NZD1.60 dan diesel NZD0.60. Nak kata murah kat bandar besar tak jugak sebab dekat Queenstown saya dapat NZD1.79 tapi time ke Te Anau dalam perjalanan ada je lagi murah di pekan kecil. Entahlah no komen.

14.Parking

Parking ni korang kena tengok website tu , ada parking free dan diberi tempoh, ada yang kena bayar macam di Malaysia, kena bayar kat mesin sebiji kat Malaysia. Jangan tak bayar , kang tak pasal kereta melenyapkan diri.

15.Kambing

new zealand sheep

Banyak kambing-kambing kat sini dan jika terjadi macam ni. Sila berhenti serta merta dan ikut arahan si pengembala kambing tu.

16.Makanan Halal

halal food new zealand

Makan halal senang. Guna website zabihah.com untuk search restoran halal di New Zealand. Kalau ada duit lebih boleh pergi restoran. Satu meal lebih kurang NZD10-30. Saya budget skit, so saya pergi ke supermarket nama “Pak n save” dan beli jenama ayam “brinks” yg dijamin halal. Masak la kat hotel dan bekal untuk tengahari sekali.

P/s:bawak la sos cili dari malaysia,kebab dorang takda sos cili,menangis makan dgn tomato

17.Surau

auckland international airport musolla

Dekat Auckland airport ada surau tak silap saya ada 3 tapi dekat Christchurch airport saya tak jumpa. Sepanjang berjalan driving berhenti je mana-mana dan solat sambil tengok keindahan alam.

Oh ya,nape aku amik gambar ni?
Ni gambar tempat nak amik wudhuk.
Mimpi la nak ada tempat wudhuk bagai selesa macam kat malaysia. Kena la amik dekat tempat shower. Tengok tu siap ada timer lagi berapa jam lagi shower tu due for cleaning. Punya advance mereka.

18.Simkad

new zealand sim card two degree

Sim card yang saya beli di Auckland Airport jenama 2 degrees NZD32, top up NZD30, sim kad NZD2.

Lepas dah follow instruction activate semua, ada beberapa pakej yang korang boleh beli ,ada la pakej call,idd ,msg n internet. Memandangkan saya pengguna tegar internet maka saya hanya beli pakej internet 1gb NZD20 kemudian malam tu dapat offer dari dorang untuk tambah lagi NZD5 untuk lagi 1gb, so total NZD25 yang lebih NZD5 tu buat call hotel atau apa-apa kat sini. Boleh follow saya di instagram untuk perkara2 lain “Nazmi Farid”

VIANazmi Farid
SHARE