1.Bajet rendah

Travnik old city
Travnik old city

Negara ini sesuai untuk backpack dengan budget yang sangat rendah. Mungkin termurah di eropah.

2.Hostel murah

Old Town Mostar
Old Town Mostar

Hostel mudah didapati dimana-mana dengan harga yang murah . Dorm dari 5€ ke atas ketika summer. Pengalaman saya , saya tidak booking online hostel, hanya walk in. Kadang-kadang di stesen bas akan ada mereka yg datang menawarkan bilik , pengalaman saya pernah dapat private room dgn harga 10€ semalaman , free breakfast .

3.Pilih tinggal di homestay

Private room 10€ di Jajce
Private room 10€ di Jajce

Anda akan dapat pengalaman yg menarik jika tiggal di hostel yang dibuat di rumah mereka sendiri . Akan dapat rasa budaya mereka . Private room begini lebih berbaloi berbanding dorm hostel walaupun murah. Pengalaman bersama orang tempatan lebih berharga berbanding dgn traveller lain yang tiggal sedorm dengan kita.

4.Makanan

Bosnian coffee dan Baklava
Bosnian coffee dan Baklava

Yang istimewa di bosnia adalah makanan yg lazat dan murah. Lebih murah dari Turki . Walaupun restoran-restoran yang kelihatan hipster dan punya view yang cantik harganya sama seperti restoran biasa. Wajib try Cevapi, Bosnian Coffee dan Bosnian Baklava .

5.Negara untuk pencinta sejarah

Stari Most Bosnia
Stari Most, jambatan tua yg menjadi Tarikan di Mostar . Hancur ketika perang dan dibina kembali.

Bosnia sangat sesuai untuk mereka yang minat Sejarah. Di Negara ini bermulanya perang dunia pertama , juga perang besar Yugoslavia Bosnia-Serbia 1992-1995 yang menyaksikan genocide yang teruk dalam sejarah dunia. Negara ini juga pernah berada di bawah empayar ottoman , yang terawal dikeluarkan dari Ottoman secara paksa, boleh dilihat seni bina ottoman yg menghiasi bandar-bandar ini.

6.Muzium perang

Pemandangan dari Fortress di Travnik
Pemandangan dari Fortress di Travnik

Di sini juga banyak terdapat muzium-muzium perang yang banyak, juga pameran peperangan seperti genocide di Sebrenica yang sungguh menyayat hati . Di bandar sarajevo terdapat ketiga-tiga masjid, cathadral, synagogue yg bersejarah .

7.Pengangkutan murah

train scenery sarajevo mostar
Perjalanan melalui train Sarajevo – Mostar . Sangat cantik dikatakan perjalanan train yg paling sceneric di Europe

Pengangkutan juga amat murah, seperti tram yg tertua di dunia juga masih digunakan di Sarjevo. Ada keretapi utk ke croatia dan bersambung ke bandar-bandar sekitar . Bas juga amat murah .

8.Pemandangan alam semulajadi

Vodopad Jace
Vodopad Jace

Kehijauan alam amat terpelihara di sini . Anda akan terpesona bila melalui jalan lereng-lereng bukit yang diiringi bukit pokok pain, tasik hijau dan air terjun.

9.Negara yang dibina semula pasca perang

Old town Barcarsija
Old town Barcarsija

Kebanyakan bangunan bersejarah di sini telah hancur ketika perang 1992 . Semuanya dibina kembali 100% seperti mana ia dulu.