Nota editor : Pengembara mengembara secara solo kerana pelbagai sebab, ada yang kerana mahukan kelainan dan ada juga sekadar cabaran untuk diri sendiri. Di sini kami kongsikan artikel tulisan Tatie Ghafur seorang solo traveller mengenai apa yang beliau dapat dari pengalaman pengembaraan solo beliau. Kisah pengembaraan beliau boleh diikuti di blog beliau http://www.kisahtatie.com


1. SURVIVAL SKILL

Travel solo mengajar saya survive. How to survive dalam banyak situation. How to survive di negara orang. Sedikit sebanyak memberi kekuatan dalam hidup. Kita akan jadi lebih berani. Memang hidup di negara orang tidak sama di negeri sendiri. Memerlukan banyak berfikir apatah lagi jenis yang main redah macam saya.

2. BERDIKARI

Dah reti survive mesti reti berdikari. Bukan senang untuk travel seorang di negara yang tak pernah kita jejak. Kadang2 bila ditimpa masalah, macam nak menangis pun ada. Bila travel sorang ni semua kena buat sorang. Manage masa sorang, makan sorang, pergi sorang dan nak ambil gambar diri sendiri pun kena pandai camana nak amek.

3. MENGHAYATI

Bila kita travel seorang, kita lebih banyak menghayati ciptaanNya… kita lebih menghargai alam semulajadi ni. Duduk di satu sudut hanya kita, alam semulajadi dan Tuhan. Perasaan ini sukar diungkap dengan kata-kata.. Pergilah tempat banyak nature. Seperti saya, saya suka pergi tempat di mana banyak ciptaanNYA seperti di Bosnia. Begitu indah sekali gunung-ganang, sungai, lake, air terjun, orangnya pun cantik dan macam macam lagi. Subhanallah, indah sangat perasaan tu. Anda akan rasa betapa kerdilnya anda dan betapa besarnya kuasaNYA.

4. JIMAT

Kalau travel berdua, maka berdualah bajetnya which is double bajet. Alhamdulillah, saya travel tidak menggunakan sesen pun duit suami. I use my own money. Duit rumah sewa, duit dari blog, duit yg arwah abah tinggalkan n mummy bagi. Even i use that money untuk belanja suami jalan-jalan pula (for me his money untuk bayar duit rumah, kereta dan perbelanjaan rumah). Travel seorang ni mood berbelanja kurang. Paling tidak pun hanya beli souvenir. Paling save bab pengangkutan dan tempat tinggal. Jimatlah kalau travel sorang. Haha. Lagi satu, nak tidur tempat murah pun takde hal lah kalau seorang.

5. TAMBAH KAWAN

Jangan takut untuk travel sorang. Anda takkan keseorangan sebenarnya. Rajin-rajinla menegur orang. Anda akan dapat kawan baru dari pelosok dunia. Kadang2 kawan baru tu dtg tak dijangka. Kat cafe lah, kat tourist spotlah.

6. FREEDOM

Travel solo ni freedom. Boleh ke mana-mana ikut suka. Nak pergi lewat ke apa ke suka hati. Saya memang jenis suka tukar plan sesuka hati. Kalau taknak pergi, tetiba je boleh tukar. Ikut mood! Itu yang bahaya bila travel dengan orang lain. Saya ingat lagi mat salleh yg travel setahun masa saya jumpa on the way to Kotor beberapa hari lepas. Dia kata travel ni memerlukan kita seorang diri. Barulah kita boleh explore macam-macam tempat.. Celah-celah lorong dan sebagainya.

7. RINDU

Ini paling saya dan suami suka. Kami suka berjauhan buat seketika. Hahaha. Pelik? Taklah! Biar berjauhan kejap, pendam rindu kejap.. Then bila jumpa mesti timbul rasa excited dan mulalah tukar cerita masing-masing.

Travel solo ni memerlukan mentaliti yang kuat, hati yang kuat dan berfikir secara luas. Tak boleh duduk terperuk dan berat mulut. Mengembaralah! Jangan takut… Bumi ini luas dan diciptakan untuk kita semua. Lihatlah apa yang DIA cipta dan anda akan lebih menghargaiNYA selepas itu.