https://www.instagram.com/p/BDcmk6yyz2GTnOXZhdfLW2PXbV8Fc7JG3ypWY00/

Gadis ini telah kehilangan pasport semasa berada di luar negara, berikut adalah 6 perkara yang anda boleh pelajari daripada beliau.

  1. Pihak kedutaan tidak boleh mengeluarkan pasport baru. Pihak kedutaan hanya boleh mengeluarkan Perakuan Kecemasan yang bersifat sementara.
  2. Perakuan Kecemasan hanya untuk perjalanan pulang ke negara asal. Sebagai Pemegang Perakuan Kecemasan anda tidak boleh meninggalkan kawasan lapangan terbang.
  3. Kecurian pasport boleh membawa kepada isu yang lebih serius iaitu kecurian identiti. Hukuman dikenakan kepada rakyat Malaysia yang kehilangan pasportnya.
  4. Pasport Malaysia adalah antara pasport yang dikehendaki oleh penjenayah antarabangsa kerana pemegang pasport Malaysia boleh memasuki lebih daripada 160 negara tanpa memerlukan visa.
  5. Kes kehilangan pasport gadis ini hanya dikategorikan sebagai kes cuai. Oleh kerana ianya adalah kesalahan pertama beliau hanya amaran diberikan oleh pihak imigresen Malaysia semasa proses menggantikan pasport baru.
  6. Pasport anda tidak seharusnya dibawa bersama dengan anda melainkan pada waktu diperlukan. bagaimana pun anda boleh membawa salianan pasport, kad pengenalan atau lesen memandu sudah cukup sebagai dokumen pengenalan diri anda selain daripada di lapangan terbang.