Nota editor:Bagi yang telah berkeluarga ada yang lebih prefer memilih servis ajen pelancongan berbanding merancang percutian sendiri. Tetapi bagi wanita ini Nadiah Mohammad, beliau lebih suka merancang percutiannya bersama keluarga sendiri secara DIY. Berikut adalah antara 7 panduan bagaimana beliau merancang itinerari percutian untuk keluarganya. Beliau boleh diikuti di laman blog beliau https://jalan2cucimata.wordpress.com.


Travel Trip DIY

Aku rasa antara part paling best (but at the same time renyah) adalah masa nak planning for travel trip and of course la masa execution of the plan itself. So far aku memang plan sendiri travel trip aku, sebabnya aku suka flexibility, kebebasan dari segi pemilihan tempat dan financial dan juga sebab aku ni agak cerewet so rare la kalo nak jumpe travel agent yang dapat provide semua benda yg aku nak.

Jadi aku nak share macam mana aku plan for my own travel trip. Tak kira la domestic ataupun international.

1. Kenal pasti destinasi, jenis trip, bile nak pergi dan untuk berapa lama

Destinasi, masa dan duration – Ini penting sebab ade destinasi tak sesuai dilawat pada masa tertentu. Contohnya; China masa CNY, or Philipines masa musim monsoon/typhoon. Aku tak nak lah end up menghadapi predicament yang memang sepatutnya boleh dijangka. But kalo korang sukekan cabaran, by all means silakan.

Jenis trip – Samada nak naik keta all the way ke or nak pusing naik tren ke or turun naik subway ke or cruise ke.

2. Plan ahead (maybe one or two years ahead)

Merancang lebih awal. Either beli tiket awal or book accommodation awal or merancang tarikh cuti lebih awal. Ini penting untuk org makan gaji mcm aku. Identify bile ada cuti bersambung yg boleh menjimatkan annual leave dan fit in destinasi yang nak pergi. So nanti tinggal nak cari tiket murah aje.

Di samping itu, agak berguna bile nak wat dept planning nnt, sebab kite boleh bagi heads up dekat boss/colleagues bile kita nak pergi bercuti. Anyway, bila plan ahead, korang boleh buat financial budget year ahead jugak kan? Kill two birds with one stone namanya.

3. Merancang perjalanan – Phase 1

Ni namanya buat itinerary. Tapi masa awal-awal before beli tiket, aku tak start buat detail itinerary lagi. Itinerary phase 1 ni biasanya untuk rough idea nak pergi mana for durasi masa yang aku rancang. Contohnye masa aku pergi Melbourne+Sydney trip, aku list down tempat-tempat aku nak pergi kat Melbourne n Sydney to determine berapa hari kat Melbourne and berapa hari kat Sydney. Lepas tu, baru aku start cari tiket kapal terbang ke keretapi ke bas ke dan penginapan.

Tips: I love festival! Jadi biasanya first thing aku check out destinasti tu adalah any upcoming festival time aku pergi tu. Haruslah tanak jadi kes, dah balik Malaysia ada orang tanya, weh ko tak pegi ke Tesselar tulip Festival tu..and ko plak macam..eh ada Tulip Festival ke..kena plak ko tu hantu bunga..haruslah lepas tu ko lap airmata dengan bucu tudung naelofar ko nnt.

4. Beli tiket transportation

Biasanya aku beli tiket kapal terbang awal setahun. Memang aku jenis tunggu promo. Walaupun aku tau kadang-kadang promo tak murah mane pun (tapi still murah banyaklaaa daripada nak beli tiket 2-3 minggu before fly) Tapi lepas dah beli tiket, aku rasa macam dah ada komitmen untuk dipenuhi and will start to work for it.

Kalo korang rasa susahnya lah nak cari tiket dengan harga munasabah, bolehlaa try cari guna http://www.skyscanner.com . Korang just masukkan destinasi dan tarikh, nanti akan keluar paparan senarai harga tiket dari pelbagai airline provider.

Tips: bagi pengguna credit card, ini hanya cadangan utk mengurangkan beban bayar tiket at one lump sum. Sebab biasanya aku akan beli awal setahun (or awal 7-9 bulan) , aku akan tengok instalment plan yang ada, n then pas bayar, aku akan convertkan into instalment. Justification aku pakai: sebab tiket tu akan pakai lambat lagi. Tapi amaran kalo korang tak disiplin sila bayar cash basis je.

5. Tempah penginapan

Biasanya aku book penginapan around 6 bulan before trip. Sebab aku rasa lagi lambat book lagi mahal nanti and pilihan pun akan terhad. So not good value for money spend la kan. Website2 yang aku gune/surf utk cari accommodation:

i. Airbnb – Nie untuk book satu unit rumah terus. MO die, ko cari rumah yang ko berkenan within bajet ko and then ko berborak2 la dengan Host rumah tu sampai korang capai kata sepakat. Payment term gune CC (in USD or Euro) and diorg mmg akan deduct terus dari credit card. Tapi Airbnb akan hold dulu payment. Bile dah check out n semua okay baru release payment kat Host. So far so good. Rumah-rumah aku dapat memang best. Aku tak janji, tapi kalo sempat aku akan update satu entry pasal aku n Airbnb experience.

ii. Hostelworld – Nie kalo nak cari backpackers hostel or guesthouse. Mostly takde booking fees and akan retain deposit around 5-12%. So far aku book hostel thru Hostelworld mmg okay je.

iii. Trivago – Nie mcm skyscanner. Website ni akan paparkan best prices daripada hotel listing website yang lain. Contohnya, kalo ko search Marriot Putrajaya, nnt akan adelah harga daripada Agoda, Booking.com, Expedia etc.

iv. Booking.com – Tp selalunya aku akan end up book hotel through booking.com. Sebab most of the time ratenye mmg termurah and sebab aku jarang menghadapi masalah bile gune booking.com

6. Merancang Perjalanan – Phase 2

Nielah masanye kena start wat detail route. Xdelah detail mana pun. Tapi at least, kenalah ada alamat tempat and contact no n kalo korang drive, at least ada coordinate.

Biasanya detail itinerary akan ada: Hari/Tarikh/Aktiviti/Lokasi/Durasi Masa/ Kos/Lain2. All in. Senang nak refer nanti.

Benda lain yang korang kena check masa phase ni adelah:

  • Masjid, surau dan sumber makanan halal.
  • Keperluan visa atau surat lawatan
  • Keperluan mengambil sebarang imunisasi
  • Tourist pass/ buku voucher
  • Sistem komunikasi : Sim card, Wifi

7. Lain-lain senarai semak

Selain daripada benda2 kat atas, ini adalah antara senarai semak yang aku go through before finalizing planning trip aku:

  • Matawang asing telah ditukar
  • Bg pengguna credit card atau atm card, dah update bank mengenai penggunaan di luar Negara
  • Passport masih sah laku (Tempoh sahlaku passport adelah sekurang2nya 6 bulan sebelum expiry date dalam passport)
  • Dah double confirm dengan tempat penginapan. Pastikan diorg tau waktu ketibaan aku.
  • Check in, purchase luggage and meal telah dilakukan sebelum tempoh masa yang diberikan tamat.
  • Segala pengesahan tempahan telah diprint dan dibawa sekali.

Basically, itulah caranya aku plan trip aku sendiri. Lagi satu tips aku nak bagi, subscribe laa dengan pelbagai travel related services. Supaya korang dapat update kalo ade special promo or discount and rajin2kanlah diri pegi Matta Fair or travel fair untuk kutip brochure n buku voucher kalo ade. Insya Allah, nanti aku akan tambah lagi kalo ade yg tertinggal.