Gambar utama pada artikel ini mungkin membuatkan anda tertanya-tanya mana mungkin gambar ini diambil di Perlis, sebuah negeri di dalam Malaysia yang tidak mempunyai 4 musim. Realitinya gambar ini sememangnya telah diambil di Perlis, negeri yang terletak paling utara di Malaysia tetapi ianya bukan kerana kesan musim luruh tetapi akibat kebakaran yang terjadi di kawasan hutan negeri itu.

Kebakaran yang berlaku di ladang getah Kampung Ulu Pauh telah meninggalkan kesan seolah-olah kawasan itu sedang mengalami musim luruh. Jurugambar dari Perlis Nature And Wildlife telah berkongsi beberapa gambar di facebook page mereka sewaktu berada di sana. Tak dinafikan gambar yang mereka ambil memang menarik.

[srizonfbalbum id=2]