Nota Editor:Iceland adalah antara negara yang berada dalam bucket list kami. Sebelum kami boleh berkongsi pengalaman kami sendiri ke sana, mari ikuti pengalaman Zahira Hanafi mengelilingi Iceland selama 13 hari.


Iceland mungkin baru dikenali di Negara kita gara-gara filem Dilwale yang memaparkan keindahan Negara yang jauh di ufuk utara bumi ini. Kalau tidak, kebanyakan beranggapan hanya penguin dan polar bear yang menghuni pulau ini. Tapi saya mula bercita-cita untuk menjelajahi Iceland setelah menonton filem The Secret Life of Walter Mitty pada tahun 2013. I knew it was an epic place on earth.

Plan perjalanan pada permulaan hanya untuk 7 hari. Namun saya diyakinkan untuk melanjutkan masa sehingga hampir 2 minggu untuk meneroka bahagian selatan, tenggara dan barat Iceland. Segala jadual perjalanan dan penginapan disiapkan dari rumah untuk memaksimumkan masa perjalanan memandangkan dalam musim sejuk tempoh sinar matahari adalah agak singkat. Kemungkinan lain yang patut diambil kira sekiranya berlaku perubahan cuaca yang tiba-tiba yang akan mengganggu kelancaran plan. In Iceland, if you don’t like the weather, wait 5 minutes.

Berikut adalah kisah perjalanan dan tips jika anda mahu meneroka Iceland dengan memandu dan menginap di beberapa tempat di sepanjang perjalanan di musim sejuk dan bersalji.

Hari Pertama

blue car rental iceland
Nampaknya inilah loading penuh for 4 travellers. We were lucky to get a free upgrade to this Toyota Land Cruiser 4×4. Thanks, Blue Car Rental!

Flight dengan Qatar Airways dari KLIA jam 0925 memakan masa selama 7.5 jam perjalanan ke Doha. 6.5 jam perjalanan ke Copenhagen. 3.15 jam ke Reykjavik. Jumlah jam termasuk layover: 22 jam.

Kami sampai di Keflavik International Airport pada jam 2230 waktu sana. Kami menginap di Bed and Breakfast Keflavik hanya bersebelahan dengan airport (free shuttle). Malam itu juga kami mengambil kereta Toyota Land Cruiser 4×4 (with studded tyres) dengan Blue Car Rental yang juga berdekatan.

Hari Ke-2

Seljalandsfoss waterfall
Seljalandsfoss waterfall

Kami memulakan perjalanan memandu ke selatan Iceland. Tempat pertama yang dituju ialah Hveragerdi. Kami singgah di Geothermal Park and Hot Spring. Namun, restoran Earth Cooking ditutup pada waktu winter (hanya dibuka untuk tempahan minimum 1 bas). Tapi kami ambil kesempatan untuk memanaskan kari ayam Yeo’s dan hangatkan roti dalam earth oven yang sentiasa panas dari kerak bumi. It was a fun and unique experience.

Seterusnya kami berhenti di tempat air terjun yang popular, Seljalandsfoss. Kawasan diseliputi salji manakala tangga sangat berais dan licin. Tak dapat meneroka di sebalik air terjun seperti SRK dan Kajol.

Kami tiba di Borg Rooms & Apartments, Hvolsvollir. Sangat selesa dan luas dan dapur adalah lengkap untuk memasak. Ini sangat penting kerana kami bawa segala makanan dari KL untuk menjimatkan belanja (sepinggan lunch berharga RM150-200 seorang di sini).

Hari Ke-3

Skogafoss waterfall Iceland
Skogafoss juga dikenali dengan nama rainbow waterfall, seperti dalam videoklip Gerua tu. Tetapi masa ni masih awal pagi dan matahari belum mahu keluar.

Perjalanan diteruskan dan air terjun popular seterusnya yang kami singgah ialah Skogafoss. Kami gigih memanjat anak tangga untuk sampai ke puncak air terjun. Di tengah2 perjalanan bebola salji turun dengan lebat beserta angin dan ia menampar2 muka. Sakit but it was worth it, the view was spectacular.

black sand beach iceland
Black Sand Beach

Seterusnya, Black Sand Beach. Waktu ini, angin adalah sangat kuat dan ombak sangat tinggi. Masing-masing kutip beberapa batu hitam untuk dibuat kenang-kenangan.

Kami tiba di penginapan seterusnya, Fosshotel Nupar. Salji menutupi hotel ini separuh pintu. What..! Di hotel ini kami ambil 2 bilik (normal hotel room).

Saya meneliti beberapa aurora forecast apps yang saya download di iPhone dan juga di website meteorologi Iceland (en.vedur.is). Berpandukan tips yang saya baca dan bercakap dengan staff hotel, saya keluar mendongak ke arah utara (it’s northen light, as the name say) sambil membidik kamera DSLR (long exposure) dan dapat menangkap weak aurora (yang berwarna kelabu and you could easily confused it with clouds). Tetapi dalam gambar, ia berwarna hijau!

So, I quickly ran back into hotel and rushed everybody out. In a couple of minute, the northen lights mula menghasilkan cahaya hijau yang terang-benderang dan menari-nari di depan mata. It was a full moon tetapi sangat jelas. Menakjubkan.

Mencabar sungguh untuk memetik butang kamera, dials dan membawa batang tripod yang sejuk beku dalam salji yang tebal. Jari kaki dan tangan numb. It was -8 C that night. Kena berdiri keras selama 8-10 saat demi mendapatkan long exposure shots dan gambar yang cantik. Mujur tak keras terus di situ. Gambar tak berapa sharp sebab gelap gelita, susah cari objek to focus. But we think those pictures are still cantik and one of a kind!

Tidur dalam senyuman dan hati yang gembira.

Hari Ke-4

Vatnajokul National Park Iceland
Vatnajokul National Park. Tak dapat trekking ke Skaftafel waterfall, trek licin

Kami singgah di Vatnajokul National Park. Tapi tidak dapat meneruskan perjalanan untuk sampai ke air terjun Skaftafell kerana trekking conditions were bad.

Jokulsarlon glaciers lagoon
Jokulsarlon glaciers lagoon. Tak terungkap dalam gambar. You just have to be here.

Keajaiban Iceland yang seterusnya ialah Jokulsarlon Glasier Lagoon. In winter like this, kami dapat menatap glasier yang biru kehijauan dari jauh sahaja kerana tasik membeku dan ais pecah. Terdapat beberapa icebergs di depan mata yang berwarna hijau kryptonite.

Diamond Rocks beach
Diamond Rocks Beach

Di seberang jalan adalah pantai yang dinamakan Diamond Rocks Beach. Ini kerana ia dipenuhi dengan ais2 kecil yang dipanggil ‘calving’ ice. Ia berwarna jernih dan bersinar seperti batu permata.

ice caving Iceland
Ice caving

Pada sebelah petang, kami mengikut tour Ice Caving. Kami menaiki kereta pacuan 4 roda gergasi dan menyelusuri di atas tasik yang membeku dan dilitupi sajli. The ride was very bumpy, lopak air paras pinggang, angin pun kuat. Priceless experience.

Ice cave hanya boleh dimasuki waktu winter. Menjelang summer, ais akan mencair. In the next winter, new ice caves will formed. Pengalaman berada di dalam gua ais yang membiru amat menakjubkan. Suhu agak hangat di dalam. Seriously! That’s why Eskimo can live in an igloo.

Hari Ke-5

Fjadrárgljúfur canyon Iceland
Merentasi bukit dan angin kencang untuk sampai ke Fjadrárgljúfur canyon. Cuba Google gambar waktu summer. Macam dalam GoT.

Wind Alert: Yellow warning. Tiupan angin kencang hari ni. Kami terpaksa tunggu di hotel dan berharap windstorm akan reda. Dan tiba-tiba, cuaca cerah dan baik sekali. Ribut sudah berhenti, angin masih kuat but it was safe to drive.

Kami singgah di satu tempat yang sangat cantik iaitu Fjadargljufur canyon. Trekking distance was about 5km across the hills. Angin kencang hampir menerbangkan kami semua. I didn’t wear any crampons so I felt like skidding off the icy trails. Mencabar mental sungguh.

crashed aircraft black sand beach Iceland
Mission accomplished! Crashed aircraft at the Black Sand Beach.

Kemudian kami mencari lokasi tapak crashed aircraft di tepi pantai yang sungguh menakjubkan dalam videoklip Gerua. Agak tricky untuk ke sini, some people just couldn’t find it!. In winter hanya 4×4 dibenarkan masuk. Sekali lagi kami hampir terbang kerana angin sangat kencang. Susahnya nak pose maut seperti Kajol!

secret lagoon Hvammsvegur Iceland
Secret Lagoon. Kolam geothermal biasa bersuhu 40C. Suhu diluar -4C jadi buka baju dan terus berlari terjun kolam.

Singgah sebentar mandi dalam geothermal hotspring pool di Secret Lagoon, Hvammsvegur, Flúðir. Ada Litli Geysir di sini yang meletus sekali-sekala.

Kami akhirnya menginap di Golden Circle Apartments. Luas dan selesa dan kami masak beriya di sini.

Laugarvatn Fontana Iceland
Ini rupa doh roti. Bawah dia air menggelegak. Gali bawah tu dan tanam bekas roti. Tutup elok2 supaya air tak masuk ke dalam bekas. Baking time is 20-24 hours.

Berhadapan dengan apartment ini ialah tasik air panas dan Fontana Geothermal Cafe, di mana kami memasak rye bread dalam tanah yang panas di bawah air tasik yang menggelegak. Tempoh memasak ialah 20-24 jam. Rasa roti rye ini padat dan enak. Jadilah bekal untuk sepanjang perjalanan.

Hari Ke-6

Geysir Strokkur
Geysir Strokkur. Simply amazing.

Kami ingin mencari air terjun seterusnya iaitu Bruarfoss tapi sekali lagi, jalan ditutup. So, kami teruskan perjalanan ke Geysir Stokkur. It was a marvelous geothermal show by mother earth.

Kami ada singgah di market untuk meninjau produk2 di Iceland, menengok harga dan membeli sedikit barang2 tambahan.

Hari Ke-7

Gulfoss Waterfall
Gulfoss waterfall. Actually ‘foss’ bermaksud waterfall. Dari atas kita tengok air terjun jatuh dan mengalir di antara canyons.

Air terjun seterusnya ialah Gulfoss waterfall. Tempat ini juga adalah meeting point untuk snowmobile excursion. Well, the trip was sempoi sahaja. Just riding in one line with others.

Kemudian kami meneruskan perjalanan yang panjang ke barat Iceland iaitu Olafsvik. Perjalanan dihiasi dengan angin kuat, kemudian kabus, kemudian salji, kemudian seperti tiada apa berlaku.

Kami sampai di Vid Hafid Apartments pada waktu malam. Bau masin laut dan ikan (harbor) sememangnya menyegarkan. I love this fishing town!

Hari Ke-8

Malarrif Lighthouse
Malarrif Lighthouse

Kami ke Shark Museum (Bjarnarhofn Museum). Pemandangan di sepanjang perjalanan adalah menakjubkan. Memang kami stop berkali2 untuk mengambil gambar. Kami mencuba fermented shark meat. I actually watched this on NatGeo and I was so glad I found it. It has been on my dream to actually be on a NatGeo Quest!

Kemudian kami meyelusuri semenanjung Snaefellsnes dan singgah di Arnarstapi beach., Malarrif light house, dan kembali ke harbor untuk tengok nelayan Icelandic balik dari laut. Rezeki kami dapat 3 ekor haddocks yang besar2. Kami masak dengan perapan sambal mee udang dan rasa dia seolah2 masak asam pedas di dalam oven!

Kami ingin mengikuti Lava Tube Excursion: A Journey to the Centre of the Earth (doesn’t it sound like a movie!) di Snaefellsjoekul National Park tetapi masa tidak mencukupi.

Hari Ke-9

Blue Lagoon Iceland
The blue lagoon spa is located in a lava field. It’s rich in mineral like silica and sulphur.

Kami bertolak balik ke Reykjavik town. Lebih 350KM jaraknya dan kami melalui terowong yang sangat panjang (6KM) dan dikenakan tol kR1000 (satu-satunya tol di Iceland). Terowong ini agak berdebu dan nampak seperti ditarah begitu sahaja ibarat menyelusuri gua. Au naturel, yes?

Destinasi seterusnya ialah Blue Lagoon. Tempat yang overrated. Sangat bersilika hinggakan cover GoPro kami berkarat jadinya. Jangan pakai barang kemas juga. Still a nice place to check out.

Check in di Hafnarfjodur Hotel. Malang, hotel ini tak semegah hotel2 awesome yang kami tinggal sebelum ini. Hotel lama. Huhu. Tapi masih ada kitchenette so kami dapat masak dengan jayanya so it was fine.

Hari Ke-10

snorkeling iceland
The snorkelers are coming. Visibility 100m. Water temperature 1C.

Pagi2 kami memandu ke Thingvellir (jarak dalam 40KM) for our snorkeling trip. Proses memakai drysuit dalam salji dan kondisi sejuk adalah mencabar. The tight latex around your next might make you feel like choking. All in all, pengalaman berada di antara dua tektonik plat North America and Eurasia was at par with catching the northen lights. The water was so clear. Walaupun sejuk menggigil, kami masih enjoy minum bercawan2 air glacier Silfra yang sangat sedap.

Kami sudahi hari yang indah ini dengan bermain salji.
Kemudian, kami makan malam di Reykjavik Fish and Chips. Kena juga merasa makan di luar, ok.

Hari ke-11

mosque in Iceland
No mosque in Iceland. Just this surau on the second floor. They call it mosque juga lah.

Hari-hari terakhir ini kami habiskan dengan melawat beberapa museums, jalan2 di flea market (ada jual durian, harga hampir RM300 sebiji!), pusat expo, pusat membeli belah, monumen2, church, mosque, membeli souvenirs, mencari elves dsb. Jadi ini tip saya, sehari pon bole cover satu Reykjavik. Luangkan lebih masa di kampung2 yang lain.

Hari Ke-12

Viking village Iceland
Made-up mini Viking village with nice design and deco in Hafnarfjordur.

Sarapan dan berkemas untuk balik. Kami singgah di Harpa untuk menyaksikan persembahan visual dalam kotak sebelum bertolak ke airport. Last pitstop ialah di Viking Village berdekatan Hafnarfjordur. Masa selebihnya dihabiskan untuk memulangkan kereta, menebus VAT tax, dan shopping tax free di airport.

Perjalanan balik

Itinerari 13 Hari Mengelilingi Iceland Flight jam 1625 dari Reykjavik mengambil masa 3 jam perjalanan ke Stockhom. 6 jam ke Doha. 7 jam ke KLIA. Sampai KL pada jam 2020. Total hours including layover: 21 jam.

Jetlagged: NONE. (ask me for the secret hihi).

 

4 COMMENTS

    • Saya pakai jam ikut waktu Malaysia. Jadi jika saya terpaksa tidur waktu Iceland, saya akan fikir saya tidur di siang hari (saiko). Terutama waktu terbang balik, saya akan mula tidur dalam flight ikut waktu Malaysia supaya badan sudah bersedia.