1. Latar Belakang

Group Traveller
7th Feb 2016- 15th Feb 2016
Johor Bahru-Kuala Lumpur–Hatyai-Bangkok-Lopburi-Chiang Mai-Ayuthhaya-Nakhon Ratchahima-Bangkok-Kuala Lumpur
RM860 All-in

2. Kos Pengangkutan

Keretapi

Johor Bahru – Hatyai = RM 76 (Katil)/13 jam
Hatyai – Bangkok 2nd Class = 455BTH/16 jam
Bangkok – Lopburi 3rd Class = 50BTH/3 jam
Lopburi – Chiang Mai 3rd Class = 252BTH/13 jam
Chiang Mai – Ayuthhaya 3rd Class= 271BTH/12 jam
Ayuthhaya – Nakhoon Ratchahima 3rd Class= 89BTH/3 jam
Nakhoon Ratchahima  – Bangkok 3rd Class =100BTH/5 jam

Kapal Terbang

BANGKOK – KL AirAsia = RM150

Kadar Tukaran : RM1 = 11.9BTH

Jumlah Kos Pengangkutan = RM46 + RM144.8 +RM 150 = RM 340.8

Pengangkutan Lain

Tuk tuk

1. Hatyyai to Shongkla (800bth 8pax) tuk tuk – return 40 minit one way
2. Bangkok to khosan road (50bth perpax) tuk tuk
3. Station to old city Chiang Mai (50bth perpax) tuk tuk
4. Ayuthhaya station to 3 lokasi pelancongan (500bth 5pax) tuk tuk

Van

1. Lopburi to sunflower farm (600bth 7 pax) van- return 40 minit one way

Teksi

1. Khosan to airport (500bth 4 pax )taksi

Nota

  1. Semua tiket keretapi di Thailand saya beli secara walk in, pada hari berlepas.

2. Kelas ke 3 sentiasa ada kosong, Namun perjalanan menggunakan kelas ke 3 memerlukan ketabahan yang tinggi.

3. Keretapi murah hanya menggunakan kipas, tiada penghawa dingin.

4. Sila bawak sesuatu yang boleh menahan diri anda dari kesejukan perjalanan malam, kerana percayalah sejuknya sampai ke tulang kering terutama perjalanan ke Chiang Mai.

5.Pengangkutan lain seperti Tuktuk dan teksi banyak terdapat di hadapan station. Buat pilihan dgn banyak bertanya kerana setiap satu menawarkan harga berlainan.

3. Penginapan

HATYAI

SORASILP GUESTHOUSE = RM30 pernight/per head (Agoda)

  • 10 minit jalan kaki dari hatyai station
  • 5 minit jalan kaki ke Hatyai Lee Garden plaza (hatyai walking street)
  • berhadapan dgn Talad Sod Market
  • berhampiran dgn Masjid
  • Makanan Halal mudah
  • pengankutan awam mudah.
  • berhampiran dgn pasar basah.

CHIANG MAI

CHANAPLACE=RM70 2night/per head (Agoda)

  • Yang nie tak sesuai untuk perjalan kaki sbb jauh walau pon berada di old city.
  • Di Chiang Mai saya mencadangkan untuk bermalam di “EAST GATE Guesthouse” sbb semuanya dlm walking distance.

Jumlah 3 malam = rm100 (malam malam selebihnya tidur dalam keretapi)

4. Lain-lain Perbelanjaan

Hari Pertama
Johor Bahru – Hatyai

  • Roti KTMB = RM3
  • SarapanKTMB=RM6
  • Makan Tenghari Padang Besar = RM7
  • Air Mineral =7BTH
  • Simkad Data= 200BTH unlimited 7day
  • Tuk Tuk Songkhla 400BTH return Kalau ramai lagi murah
  • Makan Malam = 100BTH
    TOTAL = RM16 + 623BTH (RM74.1) = RM90.10

Hari Kedua
Hatyai – Bangkok

  • Breakfast 50BTH
    TOTAL = (50 BTH) RM6

Hari Ketiga
Bangkok – Lopburi

  • Breakfast – 20 BTH
  • Mandi – 10BTH
  • Makan Tenghari – 50BTH
  • Pengangkutan ke Sun Flower = 150BTH kalau ramai lagi murah
  • Makan Malam– 100BTH
    TOTAL = (330BTH) RM39.20

Hari Keempat
Chiang Mai

Sarapan -30BTH
Stesen Tuk tuk ke guest house -50BTH
Sewa Motosikal 24 Jam  – 200BTH
Makan Malam – 80BTH
TOTAL= (1460BTH) RM173.70

Hari Kelima
Chiang Rai Tour

  • TOUR CHIANG RAI – 1100BTH
  • Saya memilih untuk membuat day tirp ke Chiang rai kerana masa yg terhad untuk bermalam di sana.
  • Jangka masa perjalanan ke chiang rai adalah 3 jam menggunakan van.
  • BILLY TOUR menawarkan pakej yang paling murah 1100BTH untuk one day tour . Sebaik sahaja tiba di Chiang Mai terus ke Billy tour book walk in untuk tour esok harinya.
  • Billy tour terlekat di old city.
  • JANGAN LUPA BAGI TAHU UNTUK LUNCH MUSLIM FOOD. Tempahan berasingan akan dibuat untuk muslim.
  • Pakej yang di tawarkan:

1.HOT SPRING
2. WHITE TAMPLE
3.LONG NECK
4.GLODEN TRINGLE
5.MEKONG RIVER CRUISES
6.LAOS BORDER
7.LUNCH
8.ENTERING FEE INCLUDE.

  • Air Mineral – 8 BTH
    TOTAL= (8BHT) RM0.95

Hari Keenam
Chiang Mai – Bangkok (tapi berhenti di Ayuthhaya)

  • Aiskrim kelapa – 40BTH
  • Nasi Ayam – 35 BTH
  • Air Mineral – 60BTH
    TOTAL (135BTH) RM16

Hari Keenam
Ayuthhya / Nakhon Ratchahima / Bangkok

  • Tuk tuk – 125 BTH
  • Sarapan – 20BTH
  • Entrance fee untuk dua tempat – 100BTH
  • Tuk tuk dari stesen ke Khosan Road – 50BTH
  • Kebab – 60BTH
  • Air Mineral – 7BTH
  • Makan malam – 150BTH
  • Teksi ke airport – 250BTH
    TOTAL =(762BTH) RM90.60

Hari Ketujuh
Bangkok – Kuala Lumpur

5. Panduan Makanan Halal Di Thailand

HATYAI

Tiada masalah kerana banyak makana halal di gerai atau restoran muslim berada tempat tempat tumpuan pelancong seperti di LEE GARDEN PLAZA, TALAD SOD MARKET dan banyak lagi

BANGKOK

Paling hampir dengan stesen Bangkok di hadapan KFC station ada satu lorong street foods. Ada kedai muslim anak dia boleh berbahasa melayu.Khosan road pun banyak muslim berniaga.

LOPBURI

Berhadapan dengan LANDASAN keretapi (bukan depan stesen) anda akan ternampak apartment berwarna merah 3 tingkat, perlu melintasi landasan keretapi. Di bawah apartment tersebut ada kedai muslim. Pondok jaga di situ boleh menumpang mandi jika perlu.

CHIANG MAI

Di stesen ada kedai ala ala mamak . Keluar trafik light dari stesen pusing ke kiri 30 meter kurang lebih ada kedai nasi ayam muslim. Halal Street Hilal Town area night market pun banyak kedai muslim dan terdapat Masjid. Di ANUSARN MARKET night market juga terdapat banyak kedai muslim, paling best mee tarik dari kedai cina muslim.

AYUTHHAYA

Di sini saya jumpa di area 7-Eleven simpang nak ke WAT CHAIWATTHANARAM ada gerai muslim. Di 7-Eleven juga ada menjual roti yang terdapat tanda halal . Perhatikan betul betul sbb tandanya terlalu kecil.

Jika makan di gerai sila bertanya harga terlebih dahulu sebelum memesan takut dicaj lebih, tom yam + nasi putih harga lebih kurang 450BHT.