14 Panduan Memandu Dari Rawang Ke Krabi

Nota Editor:Pada minggu lepas post kami berkenaan 14 panduan memandu dari Rawang ke Krabi (rujuk post di atas) telah dibaca lebih daripada 25000 orang dan telah dikongsikan oleh 1000 orang pembaca. Jadi kami rasakan ramai pembaca yang berminat dengan roadtrip sama ada ke arah ke arah selatan atau utara.

Oleh itu, untuk hari ini kami siarkan itinerari perjalanan Mathin Jamaluddin bersama 10 orang rakan-rakannya ke Krabi, Phuket dan Hatyai dari Kuala Lumpur dengan menaiki van. Untuk yang bujang-bujang tu apa lagi, pack your bag and see the world-lah!


 

ITINERARI

Hari Pertama 18 Ogos 2015

  • 2300 bertolak dari KL

Hari Kedua 19 Ogos 2015

sewa motor krabi

  • 0500 Sampai border tapi belum buka lagi jadi kami lepak minum di warung berdekatan
  • 0530 Kedai buat insurans kereta paling awal buka. Caj RM25 untuk van.
  • 0600 Border buka
  • 0730 Baru selesai macasm-macam hal nk cop itu ini. Masa nak cop pasport kami selit RM2. Ceh tak guna betul corruption!!
  • 0730 Dari border ke Krabi kami sampai 1400 Dalam perjalanan mcm biasalah kawan nak berhenti minum-lah tandas-lah bawa slow-lah. Jalan di siam ni cantik tapi macam licin sikit, so beware guys. Paling best 7 Eleven dorang laa kan.
  • 1430 Check in hotel.
  • Sewa motor skuter 125cc 4 hari terus.1 hari 200baht, naik 2 org.
  • 1630 Pusing-pusing area Krabi dan mencuba makanan street food dorang. Murah je dalam THB50. Yang ni korang standby la bajet sendiri kan.
  • Malam lepak hotel je borak-borak. Ade yg bawa maggi, biasalah acah-acah bujang sangat.

Hari Ketiga 20 Ogos 2015

patong beach

  • 0930 Bertolak ke Phuket ( 3 Jam naik van )
  • 1230-1600 Kami makan tenghari dan pusing-pusing kawasan Phuket.
  • 1630-2300 Lepak area Patong Beach dan usha2 Bangla Road.
  • 2330 Balik ke Krabi
  • Di sini kami rugi 1 hari sewa motor sebab tak pakai pun.

Hari Keempat 21 Ogos 2015

blue pool emerald pool

  • 0930 Menunggang motosikal ke Emerald pool sejauh 80KM. Fees masuk kalau tak silap 200 baht untuk pelancong.
  • Kami mandi dan tengok-tengok Blue Pond kt atas sket. Jalan kaki naik bukit penatlah juga.
  • Di kawasan bawah Emerald Pool banyak jual makanan yg sedap-sedap
  • 1600 Balik ke Krabi.
  • Sepanjang ride mmg feel habis. Cuaca nyaman dan view menarik.

Hari Kelima 22 Ogos 2015

phi phi island hoping

  • 0800 Hoping Island. Memang kena awal sebab nanti driver datang jemput. Dapat naik yang macam lori sket tu.
  • Kami ambil ke Phi Phi Island terus, sorang 950 baht. Tu pn dh minta nego sikit. Pakej termasuk snorkeling dan makan tengahari. Atas speedboat pun dia akan bagi air dan makan buah-buahan.
  • Ini memang wajib sebab pulau-pulau dia bawa memang semua lawa-lawa. Maaflah nama pulau saya tak ingat.
  • 1600 Mendarat kemudian buatlah hal masing-masing sebab penat.

Hari Keenam 23 Ogos 2015

  • 0900 Hari terakhir di Krabi, check out hotel.
  • 1030 Bertolak ke Hatyai ( 4 Jam )
  • 1500 Round-round dan makan-makan. Tiada apa yang menarik sangat rasanya.
  • Paling best kawan-kawan semua borong air RED BULL di 7-eleven. Harga THB10 sahaja kan. Berkaton-katon dalam van tu.
  • 1800 Sampai border Malaysia tanah air ku

*Masa makan dan malam saya tak tulis dengan terperinci sebab tu sendiri boleh ejas kan. Nak perga urut ke nak pergi merayap ke kan.
*Sy hanya makan di gerai tepi jalan sebab lagi murah dan beli di 7-Eleven.

PERBELANJAAN

Perbelanjaan Asas

  1. Sewa van 5 hari : RM1300 ( naik van best bleh layan view )
  2. Minyak overall pusing-pusing pergi & balik : RM650 ( masani minyak mahal,sekarag dah murah)
  3. Tol pergi balik : RM250
  4. Hotel 4 malam di Aonang Miti Resort : RM1700 ( 5 bilik ). Hotel ni kira murah sebab 1 mlm RM80+, kongsi 2 orang seorang baru RM40+..Daripada duduk dorm atau guesthouse 1 malam RM50  tak berbaloi langsung..
  5. Jadi jumlah seorang untuk bende WAJIB ni : RM390.

Perbelanjaan Sampingan

  1. Emerald pool : 200baht
  2. Phi Phi Island : 950 baht
  3. Motor : 400 baht sorang ( 4 hari )
  4. Minyak motor overall : 400 baht sorang ( minyak siam mahal weh )

Perbelanjaan Peribadi

  1. Makan overall : 200 ( sy mkn byk sbb sedap woo )Shopping souveniers & lain2 : 200 ( ikut bajet sendiri )

Perbelanjaan Keseluruhan

Jumlah perbelanjaan : RM1050