Nota Editor:

Menurut penulis,

Road trip adalah trip jenjalan yang menggunakan kereta sebagai mode transport yang utama. Tak, roadtrip tak guna sampan kat atas, flight, mahupun public transport. Ia adalah trip yang ko dan rakan ko yang sama gila macam ko plan, bila korang dua dah naik gila. Jadi senang korang nak menggila tanpa mengganggu spesis lain.

-Dila Rashid

Membaca entri penulis membuatkan kami teringat kembali roadtrip Singapura, Terengganu dan Pulau Pinang dengan Kancil 660 untuk eksperimen menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam. Memang giler!

Jadi kami biarkan entri ini AS-IS, untuk anda merasakan ‘kegilaan’ penulis setelah dirompak semasa roadtrip ke Phuket, minyak kereta hampir habis sedangkan perjalanan berbaki 400-500km lagi dan meter minyak naik sendiri dari kosong ke 6 bar macam ada magic.Enjoice!


13 tips untuk menjadikan roadtrip korang awesome dan tak menyedihkan macam#Entry2 (sila klik untuk masa depan yang lebih sejahtera )

1.Cek & servis kereta.

Hantar ke workshop ke, suruh jiran sebelah cek, google, buatlah apa pun asalkan kereta dalam keadaan yang normal dan stabil. Pastikan spare tayar function, minyak hitam cukup dan segalalah.  Korang mesti taknak kan kena berhempas pulas cari mekanik, tambah pulak non-english speaking country,nak nak musim perayaan yang semua kedai tutup, dorang cuti raya 2-3 hari, kalau 2-3 hari, kalau sebulan macam Malaysia? Hmmm.

2.Aktifkan panggilan international/dapatkan sim negara tersebut.

Kalau ko aktifkan international call, in case ada apa apa jadi kat ko, tayar pecah ke, kereta hilang ke, ko boleh direct call to your family kat Malaysia. Nak jimat, boleh beli sim satu share lah se kereta, tapi cari sim yang unlimited internet sebab kalau dah berlima, internet 3Gb je, memang cukup pun kan kalau sorang suka tengok Youtube, sorang dengar Spotify, sorang layan Instagram. Kalau anything happen, korang boleh call through Whatsapp, Skype, Facetime atau Viber jelah. Apa apa pun, pastikan korang stay connected tau melainkan ko pandai buat api sos tu huhu.

#Trick 1 :Sentiasa update dengan family/kenalan. Rajin rajinkan diri tu inform kita kat mana, nak gi mana kepada orang yang kita percayakan kat Malaysia. Kalau hilang pun, at least dorang tau last seen kita kat mana 🙁

#Trick 2 : Kurangkan penggunaan fon sebab thats what roadtrip for! Kalau nak main fon je, balik rumah lah.

3.Plan perjalanan, tapi takyah detail sangat

patong beach

Menurut definisi roadtrip ni jugak, ia adalah trip suka hati jadi  planning tu ala kadar je. Plan nak gerak dari mana ke mana. Jangan lah ko nak gi mana pun taktau huhu tawakal sangat tu. Pastikan perjalanan 8jam je sehari. Kalau ko nak yang adventure macam aku haritu, drive je sampai mana larat and stop mana mana. Korang boleh sewa hotel berhampiran, tapi kitorang prefer dalam kereta sebab free. Tapi kalau korang jenis particular sikit, ataupun nak dapatkan rehat yang cukup. Boleh plan next stop, contohnya ko dari Krabi, next stop ko Phuket. Jadi, ko boleh bajet berapa jam drive dan booking hotel. Kalau nak walk-in hotel pun boleh tapi pastikan korang sampai ke area yang banyak hotel lah. Kalau ko drive sampai area mana hala, tengah malam pulak, ada pulak hotel yang still bukak? Tsk.

4.Sediakan GPS/ mulut yang ringan bertanya

Pastikan ko ada Waze ke, Google Map, Internet connection untuk access GPS ni, ataupun peta kalau nak lebih classic. Kita berjalan kat negara orang, tempat asing bagi kita. Kalau nak turun tanya acik jual serangga goreng tepi jalan tu, ko seganlah, tak lalulah, tak reti nak cakaplah. Ko boleh guna gps sebagai alternatif. Waze ni pun sejenis GPS yang suka bagi jalan merepek gak. Kalau buntu sangat, tanya locals. Kalau dorang tak pandai cakap English pun, try cakap nama tempat. Nanti dorang akan bagi guide dengan tangan yang menyimpang nyiur tu. Harap engko boleh faham. The point is, ask the locals. They will help 🙂

5.Packing barang light light je

Ko roadtrip 3-4 orang sekereta, kalau sorang angkut 1 luggage, baik ko roadtrip atas luggage je. Pastikan sorang satu je beg, lagi kecil lagi bagus. Isi semua bag at the back of the car. Dalam kereta tu nantilah, nak ada Super Ring, Es Soda, Selimut, toto, bantal haa semualah. Tapi make sure bawa semua essentials. Aid kit, ubat semua yang penting pastikan bring along. Kita taktau apa nak jadi in future.

6.Bawa CD ala ala roadtrip playlist

karon beach

Before hit the road, pastikan burn CD yang ada full of favourite songs korang. Takpun, isi je lagu apa pun dalam tu sampai penuh memori dia. Trust me, kalau ko stuck dalam jammed, tapi roadtrip playlist ko ada 20 lagu je, percayalah ko akan ended up ulang the same songs more than 10 times! Masa tu, ko akan rasa bukak jelah radio negara tu even ko tak faham isk isk. Kalau nak guna Spotify boleh, makan data sikit lah. Tapi kalau 2-3 hari makan banyak jugak hmmm.

7.Bawa cash yang mencukupi/ aktifkan international akaun

Kalau ko dah research pasal tempat ko nak pergi, Thailand misalnya. Kat sana takda tol, tapi minyak terlampau mahal. Jadi, sediakan cash yang cukup untuk expenses korang. Lagi secure, aktifkan akaun bank korang untuk mudahkan korang withdraw duit kat negara orang. Kat Thailand ada banyak je atm CIMB, Maybank. Tapi nasib ko la labu kalau habis cash kat secluded area yang susah nak jumpa atm hihihi.

8.Isi minyak penuh di Malaysia dan berhati hatilah

Route yang boleh road trip dari Malaysia ni samada Malaysia-Thailand atau Malaysia-Singapore je. Sebelum kereta ko gerak keluar dari tanah air ko ni, pastikan isi minyak full tank! sebab kat negara orang, Thailand especially, minyak dia berganda ganda mahal. Nak tak nak minyak kereta ko akan habis. Ko still kena keluarkan duit untuk minyak dan lagi afdal ko isi full terus dari sini. Sokonglah buatan Malaysia.

#Trick 3 : Untuk mengelakkan penggunaan minyak yang banyak, korang boleh ;

1.Elakkan melalui traffik yang jammed ataupun berjalan semasa musim perayaan,kalau ko degil gak, ko boleh..

2.Kurangkan penggunaan air-cond, dan gunakan tingkap sepenuhnya. Nama pun roadtrip, come on buka tingkap dan be free!

3.Drive pada tahap yang effisyen.

9.Manfaatkan petrol station dan 7E/Speedmart

the big buddha

Disebakan ko takda tempat nak rely on, melainkan ko ada book hotel, petrol station akan jadi rumah kedua korang selepas kereta dalam sesebuah roadtrip. Kalau nak membuang, ko cari pump stesen, nak makan pun sini, mandi pun sini. Jadi berbuat baiklah kalian pada semua staff petrol pump hihi.

10.Bawa bekalan makanan

Kalau trip ko ni memang ada bajet untuk makan makanan sana, go ahead. Try makan those special foods yang ada kat negara orang, thats why you travel. Kalau ko gi US tapi still nak makan nasi lomak tiap hari, ado mak aih, ngengada lak ekau ni jang. However, pastikan ada bekalan makanan segera, maggi ke, Berahim ke, biskut Hup Seng ke sebab kalau ko terdesak sangat takdalah ko korbankan kawan ko sorang buat juadah berbuka.

#Trick 4 : Bawa alatan makan yang memadai. Kalau ko ada maggi, tapi ko takda pinggan atau mangkuk nak letak. Habis ko rasa ko power sangat nak letak air panas dan maggi atas tangan? Kalau terlupa sekali pun, pandai pandai la ikhtiar.

11.Bawa spare keys

Kadang bila kita tengah seronok sangat, kita lupa kunci kereta letak mana. Kalau ko drive Myvi dalam Thailand dan kunci kereta ko hilang ko rasa orang Siam ada Myvi ke?! Jadi beringatlah sebelum kena.

12.Ikut je direction kat billboard tepi jalan

promthep cape windmill

Untuk more fun, ikut je direction yang ada kat signboard tepi jalan. Mana tau it leads you to the wonderfull place kan? Takpun ikut je kata hati. Hey come on orang muda, be brave!

13.Sediakan some activities yang menarik sepanjang journey

Cuba main truth or dare dalam kereta. Mana tau kawan ko dare to tumpang kereta sebelah? Korang akan create banyak memori, lawak, seronok, suka, duka masa roadtrip. Janganlah ko main monopoly while driving pulak, ko nak roadtrip to hospital ke.

# Trick 5 ; Pilih kawan sekepala untuk trip. Roadtrip memang akan makan masa yang lama, kalau ko stick dalam a period of time yang lama dengan orang yang ko tak ngam, percayalah salah sorang akan kena balik sendiri huhu dan ia akan jadi tak fun langsung! Make sure this trip is the unforgettable one. Waktu gini lah ko boleh tengok mana satu kawan ko yang boleh harap, mana satu yang hampeh.

Apa tunggu lagi? Berjiwa kentallah dan redah! Jangan sesekali lupa Tuhan dan keluarga. Berdoa baik baik, berbuat baik. Semoga selamat pergi dan pulang. Berhave funlah kalian! Pack your things and go!

1 COMMENT