Nota editor:Pada bulan Februari 2016 kami telah kongsikan artikel tulisan Travphy tentang sindiket penipuan di India yang anda perlu tahu. Hari ini mereka (Travphy) telah berkongsi 6 lagi scam yang berlaku di India daripada pengalaman mereka sendiri. Kepada yang belum membaca artikel sebelum ini, anda boleh membacanya melalui pautan di bawah ini.

Untuk yang akan ke India, anda boleh ikuti facebook page Travphy yang penuh dengan tips dan informasi tentang pengembaraan mereka ke India.

5 Sindiket Penipuan Di India Yang Anda Perlu Tahu


 

1Ambil Gambar

Kadang kadang, orang India ni akan friendly semacam je dengan tourist. Alih alih dia suruh ambil gambar dia. Tiba tiba, dia minta tips pulak dah. Pertama kali kami kena, di Varanasi. Pada mulanya kami hanya jalan jalan, ambil gambar persekitaran di Sungai Ganges. Tiba tiba ada peniup serunai yang ada ular menari nari tu panggil kami. Mula mula kami hanya tengok dari jauh je.

Tiba tiba dia macam panggil panggil, suruh ambil gambar dia. Buat kenangan, katanya. Errr, serba salah pulak rasanya. Nak ambil ke tak ni? Kalau ambil gambar, rasa macam mesti ada apa apa dia nak mintak ni. Tapi masa tu, dia sangat friendly, macam tak boleh nak syak lebih lebih. Kalau tak ambil gambar pun rasa rugi pulak bagi kami yang suka street photography ni.

Ok lah, kami pun ambil lah sekeping dua. Lepas tu terus dia mintak tips! Dah agak. Mesti terkena ni. Kami pun bagi la sekupang dua kat mamat India tu. Kami perhatikan jugak, ada mat saleh yang terkena tipu helah macam tu. Apa yang dorang buat, dorang pun buat buat friendly balik dengan orang India tu, sembang sikit, sambil tepuk tepuk bahu bergurau senda dengan mamat India tu, akhir sekali cakap terima kasih dan terus pergi. Haaa jimat duit dorang! Korang try la macam tu jugak!

Back