Nota editor:Pada bulan Februari 2016 kami telah kongsikan artikel tulisan Travphy tentang sindiket penipuan di India yang anda perlu tahu. Hari ini mereka (Travphy) telah berkongsi 6 lagi scam yang berlaku di India daripada pengalaman mereka sendiri. Kepada yang belum membaca artikel sebelum ini, anda boleh membacanya melalui pautan di bawah ini.

Untuk yang akan ke India, anda boleh ikuti facebook page Travphy yang penuh dengan tips dan informasi tentang pengembaraan mereka ke India.

5 Sindiket Penipuan Di India Yang Anda Perlu Tahu


 

2As you wish

As you wish ni ayat favourite orang India. Make sure korang pegang kata kata ni dan tahu hak korang. Di Srinagar, kami cuba aturkan kereta sewa dan driver untuk bawa kami ke Gulmarg. Kos yang di charge untuk satu kereta adalah Rs. 1800. Sebelum setuju dengan perjanjian tu, berkali kali kami confirmkan sama ada dia betul betul akan bawa kami sampai ke Gulmarg gondola point tu. Jawapan yang sama keluar dari mulut mereka setiap kali kami buat deal, “as you wish, sir”.

Alih alih esok harinya, driver hotel tu turunkan kami di Tanmarg je! Di Tanmarg tu pula akan ada gangster gangster Kashmir yang akan paksa korang naik private sumo diorang dengan harga full, yakni Rs. 2000 one way. Gila kentang! Nego pun tak bagi. Driver tu siap komplot suruh kami naik sumo tu, tapi kami refused.

Kami pun berlegar legar buang masa di Tanmarg tu demi mencari public sumo yang murah yang boleh bawa kami naik. Agaknya driver kami tu kesian tengok kami ulang alik dan nekad tanya locals kat situ, tapi tak ada orang pun yang nak tolong tunjukkan jalan yang benar, akhirnya driver tu sorok sorok pergi kat kami, bagitau lokasi public sumo untuk naik ke Gulmarg tu. Malam tu, balik ke Srinagar, kami pergi marah owner hotel tu sebab driver dia tak hantar pun kami sampai ke Gulmarg. Kami siap mintak refund untuk sumo yang kami bayar untuk naik ke Gulmarg tu. Haaa, as you wish sangat kan!