Nota Editor:Memang kental hati brader ni memandu myvi dari Rawang ke Krabi, bukan seorang tetapi bersama ahli keluarga yang lain. Jarak perjalanan yang mereka lalui yang kami kira dari googlemaps adalah lebih kurang 782km sehala yang mengambil masa 9 jam. Terima kasih kepada Che’ Pa kerana sudi berkongsi tips-tips untuk pemanduan jarak jauh dengan ohkembara.com. Jika anda mempunyai pengalaman memandu merentasi sempadan Malaysia dan mahu berkongsi pengalaman anda, boleh tinggalkan mesej anda di ruangan komen. Kami akan hubungi anda jika cerita anda boleh diterbitkan di website kami. Malaysia Boleh! Myvi Boleh!


Hari ini setahun yang lepas, aku, isteri dan Insyirah ke Krabi dengan Myvi 1.3 auto pinjam kereta adik ipar. Terima kasih adik ipar.

Aku nak share beberapa point ketika trip menaiki kereta dari Rawang ke Krabi Thailand yang aku kira penting untuk panduan atau rujukan pada masa akan datang. Untuk aku sendiri la. Kalau korang rasa bermanfaat untuk korang, ambik lah.

Entri ini entri panjang. Baca secara perlahan-lahan. Ulang baca jika perlu.

ohkembara.com_memandu-myvi-dari-rawang-ke-krabi-map

1. Menggunakan sepenuhnya laluan Plus Highway, dengan kelajuan sekitar 110 – 120km/h, satu hentian di Gunung Semanggol(tukar driver), jumlah masa perjalanan dari Rawang ke Changlun sekitar 6 jam.

Bertolak dari Rawang jam 9.30 malam dan tiba di Changlun jam 3.30 pagi.

2. Aku mendapat maklumat, Border di Bukit Kayu Hitam bukak jam 6 pagi. Sementara nak tunggu Subuh, kami park depan hotel(nama hotel lupa) tidur dalam kereta. Beli insurans kereta (rm15) di stesen minyak Caltex, penuhkan minyak kereta.

Nak cop passport dekat Imigresen Thailand kene turun dari kereta. Tak internasional langsung punya sistem. Kemudian, satu passport untuk dicop kena selit seringgit. Sudah lah tak internasional, korup pulak.

3. Selesai urusan di kaunter Imigresen, kami singgah di 7E Danok untuk beli simkad(internet) Thailand. Aku beli 1gb internet dengan harga 270 bath (ketika itu nilai tukaran lebih kurang rm28) termasuk dengan nilai panggilan sebanyak 100 bath dengan tempoh penggunaan selama 7 hari.

Internet di Thailand aku boleh katakan sebagai stedi. Untuk perbandingan, kelajuan internet Thailand ketika melalui kawasan hutan adalah lebih laju berbanding unifi di Pelabuhan Klang.

4. Dari Danok ke Krabi, perjalanan mengambil masa 5 jam dengan kelajuan sekitar 80 – 90 km/h. Kami singgah dulu di Emerald Pool.

Nak masuk Emerald Pool perlu berjalan kaki sejauh 800 meter. Pergi balik 1.6km. Kalau masuk lagi ke Blue Pool, tambah 600 meter(sehala).

1.5km berjalan, Insyirah aku dukung. Berat Insyirah ketika itu 10kg. Jadi kami tidak ke Blue Pool.

Tiba di Aonang minyak masih berbaki separuh.

5. Memandu di Thailand memerlukan kesabaran. Sebab pertama, sepanjang perjalanan ke Krabi tak ada tol yang mana korang tak boleh nak pura-pura tersalah bagi name card dekat makwe tol dengan harapan makwe tol tadi akan start wechat lepas habis syif.

Sebab kedua, kalau engkau rasa pemandu teksi dan pemandu DAP dekat Malaysia kurang hajo, engkau silap. Di Thailand, engkau memandu perlahan di lane kiri pun kena hi-beam.

6. Bab makan di Krabi engkau jangan risau. Makanan halal banyak dan mudah jumpa. Cuma harga sedikit mahal dari Malaysia. Dua tempat aku nak rekemen.

i) Restoran Bang Nara – Restoran ni dekat town Krabi. Nasi Kerabu dengan Nasi Dagang very marvelous.

ii) Restoran Salameyah – Yang ini pulak dekat Aonang. Berdepan dengan masjid. Dia jual nasi Briyani dengan nasi campur. Korang kalau pergi Aonang, wajib pegi kedai ni. Sedap ya amat. Bukak 7 pagi, tutup 3 petang.

7. Dalam tajuk kesedaran sivik di tempat awam, rakyat Thailand secara amnya sama seperti rakyat di negara dunia ketiga yang lain.

i) Merokok tanpa peduli keadaan sekeliling. Ibu mengandung, kanak-kanak, langsung tak memberi makna kepada perokok Thailand. Tak ubah seperti perokok di Malaysia.

ii) Membuang sampah dari dalam kereta.

iii) Meludah merata-rata. Eeeeww..

8. Di Krabi bekas makanan polistrin diharamkan. Ini perkara yang wajib kita laksanakan. Perkara baik jangan malu nak ikut.

9. Harga petrol(Februari 2015) di Thailand adalah seperti berikut:

i) ron91 28.86 bath

ii) ron95 32.90 bath

Harga petrol di setiap stesen minyak berbeza-beza. Kaedah untuk peniaga bersaing aku kira.

10. Hal pulau dekat Krabi dah ramai yang ulas. Korang boleh google untuk details. Aku punya nasihat, kalau korang nak tour island, ambil yang tour 2 pulau cukup. Kalau ambik pakej tour 4 pulau ni pada aku rushing. Tak sempat nak feel keindahan pulau, supir dah panggil suruh naik bot. Bergambar pun tak tenteram dibuatnya.

11. Rancang percutian anda. Elakkan pergi ketika musim hujan. Panas tak apa. Balik Malaysia telan Qu Puteh. Mujur ada Pamoga.

12. Bab hotel pun aku malas ulas. Korang semua dah besar, pandai-pandai la google sendiri mana yang power, mana yang murah. Kami tidur di hotel Haleva Sunshine. Sebab ada swimming pool.

13. Nightlife di Aonang pada aku jenis nightlife family. Pukul 12 majoriti kedai tutup. Pub dengan kedai massage aku tak pasti tutup pukul berapa sebab aku tak berpeluang nak singgah sebab sepanjang perjalanan isteri suruh pegang tangan. Takut kena culik agaknya.

Tapi massage ni benda wajib dekat sana. Siang hari badan lenguh lenguh bercanda di pantai, malam kita rileks kan urat yang tegang tadi dengan massage. Upah massage pulak murah. 25 ringgit je massage satu badan.

14. Secara kasarnya, total kos kami bertiga di Krabi selama 4 hari 3 malam adalah sebanyak rm800. All in.

Untuk yang berasa ragu-ragu dan takut untuk nak berkereta ke Krabi, buangkan perasaan tu. Jaga adab dan memandulah secara berhemah. InsyaAllah ok.

15. Oh! Satu lagi.

Jangan lupa bertakaful.

VIAChe' Pa
SHARE

16 COMMENTS

    • Tak perlu lesen memandu international.. Leh pakai lesen msia… Sila bwa geran kereta original or photostat pn tkpe.. Insurans wajib..

  1. Saya dh travel ngan kereta dr kuala lumpur hingga ke krabi bersama isteri dan anak2. Mmg best pengalaman nya. Hanya kena prepare tempat nk travel sbb kebanyakkan sign board nya dlm bahasa tthailand bahasa inggeris terhad. Klu ada gps lgi bagus x sesat.

  2. Nak tanya. Krabi ni lau dari hatyai nak belok ke mana di simpang empat tu?

    Satu lagi petrol tu naksebut dalam bahasa siam apa ye sebab sana kan pakai diesel

  3. Klu nk ge krabi elok ikut wang kelian jimat 1 jam perjlnan boleh tdo semlm kt pak bara and makan seafood fresh2… Blk singgah hatyai.. So perjlnan tidak la memenatkan…

  4. saya dr johor sis ke krabi..then, mmg redha dan redah aje!secara jujurnya, ke krabi mmg x msk dgn jiwa..hihi

  5. mggu lps saya sklrga ke krabi via sg kolok…singgah hatyai.keseluruhan ok..coz sblm ni feeling bercampur baur trutama mlui jln pattani n kwsn yg slalu bergolak tu..alhamdullilah selamat

    • Salam,
      Harap maaf, buat masa ini kami tidak mempunyai maklumat untuk soalan anda. Walau bagaimanapun anda boleh mendapatkan maklumat yang anda perlukan dengan menghubungi sendiri penulis artikel ini melalui pautan ke laman fb penulis di akhir artikel ini. Terima kasih.

    • Salam,
      Harap maaf, buat masa ini kami tidak mempunyai maklumat untuk soalan anda. Walau bagaimanapun anda boleh mendapatkan maklumat yang anda perlukan dengan menghubungi sendiri penulis artikel ini melalui pautan ke laman fb penulis di akhir artikel ini. Terima kasih.

    • Salam,
      Harap maaf, buat masa ini kami tidak mempunyai maklumat untuk soalan anda. Walau bagaimanapun anda boleh mendapatkan maklumat yang anda perlukan dengan menghubungi sendiri penulis artikel ini melalui pautan ke laman fb penulis di akhir artikel ini. Terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here