Nota editor:Bermulalah sudah cuti persekolahan yang pertama untuk tahun 2016. Bagi anda yang mempunyai perancangan untuk membawa keluarga bercuti ke Pulau Langkawi dan bercadang membawa bersama kereta sendiri berikut adalah tips dan panduan yang dikongsikan oleh Siti Uraidah Udin.

Alhamdulillah pengalaman pertama naik feri ke Pulau Langkawi.

panorama feri pulau langkawi

Pengalaman 1jam 45minit yang memang tak memboringkan lagi-lagi bersama anak2. Dengan keluasan feri yang amat selesa, dek penumpang yang ber “aircond” , jika tidak mahu naik ke dek penumpang, boleh juga duduk didalam kereta dan juga boleh berlegar-legar di beranda luar. Bagi yang membawa keluarga, memang bawa kereta menaiki feri sangat menyenangkan. View sepanjang perjalanan mashaallah memang sangat menarik dan cantik.

Tips untuk kawan-kawan yang nak merasai pengalaman menaiki feri ke Langkawi dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Dermaga Tanjung Lembung. Dari Jeti Dermaga Tanjung Lembung ke Pekan Kuah dalam 15minit dan ke area Padang Mat Sirat dalam 30minit.

Senang dan mudah je bawa kereta menaiki feri ni:-

☑️- Terdapat dua syarikat pengangkutan yang menawarkan servis iaitu Langkawi Auto Ekspress dan Langkawi Roro. Saya pilih Langkawi Auto Ekspress sebab Langkawi Roro sudah sold out, maklumlah 3 hari sebelum pergi baru nak booking. In term of price both lebih kurang je. Harga based on CC kereta dan juga charge untuk penumpang. Untuk family kami 6 org dan kereta cc 2000, tambang dikenakan sebanyak RM450 untuk dua hala. Jika rajin boleh booking awal, ada promosi untuk early bird dan untuk musim cuti sekolah. Untuk yang inginkan keselesaan boleh juga tempah VIP seat. Ada bilik khas untuk VIP.

☑️- Perlu diingatkan yang korang tak boleh main terjah je tau, macam feri pulau pinang tu, just beratur bayar tiket dan jalan. Yang ini korang kena buat online booking at least sehari awal. Few things kena standby masa nak buat online booking (geran kereta, full name passengers yg naik kereta and credit cards details ataupun terus guna online banking). Saya gunakan maybank2u . Selepas berjaya booking, scan and email copy geran dan ic pemandu kepada pihak feri untuk dihantar kepada pihak kastam.

☑️- Jadi bila dah booking, makanya kena la plan perjalanan dari rumah ke Jeti Kuala Perlis. Korang kena check in atleast 1 jam setgh sebelum depart, nak selamat better bajet sampai jeti kuala perlis atleast 2-3 jam awal. Atleast tak lah terkejar-kejar masa. Boleh makan-makan juga disekitarnya. Saya gunakan waze sebagai panduan untuk bajet time dari rumah saya di USJ. Saya sampai awal so sempatlah lunch Daging Bakar dan makan-makan kt area sekitar. Kat area jeti terdapat byk kedai dan gerai-gerai

☑️- Prosedur check in sangat mudah. Print e-ticket then register di kaunter. Kaunter akan beri satu Kad then terus beratur masuk ke feri. Dah parking boleh naik dek penumpang, nak duduk kt dalam kereta pun boleh , nak duduk kt dek penumpang pun selesa ada aircond atau nak jalan-jalan sekitar dalam feri pun boleh. Pendek kata suka hati la nk buat apa asalkan tak masuk kawasan yang tak dibenarkan. Kantin pun ada untuk yang ingin beli makanan. Tapi makanan dan minumannya sangat terhad. Ataupun korang boleh bawa own food atau beli dulu makanan so boleh la mkn kt dek penumpang sambil menonton tv. Rata-rata bawa makanan sendiri, siap ada yang mcm berkelah pun ada di luar dek

☑️- Feri ni akan sampai ke Jeti Dermaga Tanjung Lembung bukan di Jeti Kuah Dataran Lang seperti feri biasa untuk penumpang sahaja dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Di Jeti Dermaga Tanjung Lembung ni hanya ada pejabat kastam dan shipping office. Untuk yang menaiki feri pulang ke Kuala Perlis, dinasihatkan siap-siap makan atau beli bekalan makanan dan minuman secukupnya. Jika nak makan atau nak beli air boleh ke kafeteria di blok B. Itu sahaka aktiviti yg boleh dibuat disitu. Dinasihatkan pada yang ingin pulang datang tepat waktu check in tak perlu datang awal, supaya tidak boring plus tidak sesuai untuk anak-anak berlari-larian. Paling lambat check in sejam sebelum berlepas. So pandai-pandai lah menguruskan masa.

contact feri pulau langkawi

☑️- Pesanan penaja,rata-rata saya tanya dari orang tempatan dan juga pengunjung-pengunjung, semua sepakat mengatakan yang berbaloi bawa masuk kereta sendiri jika stay di Langkawi lebih dari 3 hari. Maksudnya korang semua dinasihatkan supaya buat kos kira-kira perbandingan antara bawa masuk kereta atau just naik feri n sewa kereta di Langkawi. Jangan lupa masukkan kos minyak sekali

☑️- Di Jeti Kuala Perlis, anda dah boleh buat booking untuk aktiviti di Langkawi seperti mangrove tour, island hoping, sky trex, 3D muzium dan macam-macam lagi dengan harga diskaun. Cuba ke kedai Laksa di depan jeti , cari Abang Ikhmal. Insyaallah nnt dia tunjukkan pakej. Alhamdulillah byk jugak kami save booking melalui beliau.

Sekian dan harap bermanfaat pada semua.