Nak kongsikan sedikit info mengenai public transport di Medan untuk laluan Medan – Parapat – Samosir – Berastagi. InsyaAllah up to date.

1.Airport Kualanamu ke Amplas (terminal bus di bandar Medan)

  • Keluar saja dari airport,ada bus di sebelah kanan. Naik bus tujuan ke Amplas.
  • RP15,000

2.Amplas ke Parapat

bas dari amplas ke parapat

  • Naik bas sejahtera. Bayarnya di atas bas. Jangan di kaunter tiket or dengan ulat tiket.
  • Perjalanan 5-6jam. Turun di terminal feri Tiga Raja. Boleh beritahu kepada konduktor bas. Nanti dia akan beritahu jika sudah sampai ke destinasi.
  • RP40,000

3.Parapat (terminal feri Tiga Raja) ke pulau Samosir

feri dari tiga raja ke samosir

  • Naik feri warna hijau.
  • Jadual feri setiap sejam. 0730 0830 0930 dan seterusnya. Feri paling lewat pukul 1930
  • RP15,000 (turun terminal feri di samosir) atau
  • RP20,000 turun di hotel yang anda tempah.

4.Parapat ke Berastagi

  • Naik tourist bus. Paling lewat pkul 0930 di terminal feri Tiga Raja.
  • RP150,000

5.Berastagi ke Medan

  • Naik bus mini yang design agak meriah. Tunggu di kawasan petro station di pasar buah. (Kene jalan depan sikit dekat simpang 4/5)
  • Akan berhenti di simpang pos. (Ini perhentian terakhir)
  • RP10,000

6.Simpang pos ke Masjid Raya

angkut di medan

  • Naik Angkut 71
  • RP5000

Untuk berjalan di berastagi,medan. Lebih baik naik angkut. RP3000-RP5000 sahaja. Becak pun okay. Tidak banyak menipu. Tak macam vietnam.