Assalamuaikum, saja nak kongsikan tips trip umrah persendirian Februari lepas. Alhamdulillah perjalanan lancar. Nak cerita satu satu mcm terlalu panjang, jadi nak pendekkan cerita aku share cost dan cara cara sahaja. Umrah persendirian kena redha sikit lah, sebab visa bukan 100% dapat on time, flight delay, hotel tak terima book, masalah di Lapangan Terbang Jeddah (terminal Haji) dan lain-lain. Kena banyak berdoa sikit.

1.Itinerari

Perkuburan Baqi

Trip Kuala Lumpur – Mekah – Madinah 31 Januari 2016 hingga 13 Februari 2016. 7 malam di Mekah, 4 malam di Madinah dan 1 malam di Jeddah. Pergi dalam 13 orang (2 keluarga).

2.Tiket

AirAsia X to Jeddah

Beli tiket penerbangan KUL – JED pada Mac 2015. Masa tu airasia murah dalam RM1900 return siap baggages dan makanan untuk setiap penumpang

3.Penginapan Di Mekah

Menara jam Mekah

Book masa Jun 2015. Hotel Hilton Towers SR7194 untuk 7 malam tanpa sarapan, family room- 4 pax. Ada 4 katil dan 1 sofa panjang di balkoni. Ada stove untuk masak dan 2 tandas. Jarak dekat sangat dengan Masjidilharam. Turun je dah sampai. Walaupun bilik untuk 4 orang. Tapi pengurusan hotel di sana tak berapa nak kisah sangat dengan extra pax. Jadi dalam 7 orang juga tidur dalam bilik tu. Book hotel ni bayar terus kepada web Hilton sendiri.

4.Penginapan Di Madinah

Masjid Nabawi sunset

Book masa Jun 2015 di booking.com. Di madinah, kami tidur di Hotel Royal Inn . 100m dari masjid. Tilam ada 4 dan 1 tandas. Agak kecil jika dibandingkan dengan Hilton Mekah. SR3600 untuk 4 malam dengan sarapan.

5.Penginapan Di Jeddah

ohkembara.com_mekah-kaabah-2

Hotel apartment di Jeddah terletak di kawasan Souk Shatee, untuk satu malam SR250. Bilik besar sangat. Rehat satu malam di Jeddah sebab nak mengelakkan sebarang masalah semasa perjalanan balik dari Madinah ke lapangan terbang. Sebab last time pergi tayar meletup semasa nak balik ke airport.

6.Pengangkutan

JabalAl Nur

Untuk ground transportation pula, kami amik full package dari lapangan terbang ke Mekah + ziarah – Madinah + ziarah. Ambil van coaster boleh muat dalam 25 orang. Tapi 5 tempat duduk kena tolak sebab nak letak baggages. Jumlah semuanya dalam SR3300, tapi dibahagikan dengan 13 orang, kos setiap seorang ialah SR254.

Jadi bila dah sampai di Lapangan Terbang Jeddah memang akan confuse sikit. Tapi memandangkan kami dah ada nombor ejensi yang menguruskan transportation kitorang ni, kitorang mintak tolong orang arab di sana untuk call driver tu.

7.Visa Umrah

Starbucks Madinah

Visa umrah apply semasa sebulan sebelum tarikh berlepas. Dalam RM350 untuk seorang,  harga biasa untuk visa yang dimohon melalui ejen. Maaf, contact agent tak boleh dikkongsikan atas sebab sebab tertentu. Mungkin boleh ke ejensi pelancongan mana-mana tanya tentang visa umrah.


Masjid Nabawi

Jadi nak cakap backpack tak sangat lah. Tapi jika nak dibandingkan dengan ejensi pelancongan, bolehlah jimat sikit. Jumlah perbelanjaan setiap orang dalam RM1900 + RM350 + SR1614 (RM1750) = RM3864 tanpa sarapan, makan tenghari dan makan malam, semua kena beli sendiri. Jadi jumlah perbelanjaan termasuk makan shopping tips dalam ±RM4300. Makan di sana memang setiap hari benda yang sama. Portion pun banyak jadi bolehlah kongsi.

Semoga bermanfaat kepada semua.

VIAHaziq Ahmad
SHARE

8 COMMENTS

    • Waalaikumsalam, buat pengetahuan anda artikel ini ditulis oleh saudara Haziq Ahmad yang mana anda di dalam artikel ini beliau telah memberitahu untuk tidak berkongsi TA yang telah beliau gunakan. Jika anda perlukan maklumat tersebut kami cadangkan untuk anda untuk menghubungi beliau melalui link fb beliau yang kami letakkan pada akhir artikel ini.

  1. assalammuakaikum admin..pengalaman yg menarik membuat umrah persendirian.saya pun x seberani admin walaupun dah pergi 3x ke sana..jika tidak keberatan..boleh kongsikan contact no travel agent utk mohon visa. Terima kasih.

    • Waalaikumsalam, buat pengetahuan anda artikel ini ditulis oleh saudara Haziq Ahmad yang mana anda di dalam artikel ini beliau telah memberitahu untuk tidak berkongsi TA yang telah beliau gunakan. Jika anda perlukan maklumat tersebut kami cadangkan untuk anda untuk menghubungi beliau melalui link fb beliau yang kami letakkan pada akhir artikel ini.

  2. Assalammualaikum Admin,

    Satu penagalaman yang menarik dan saya juga plan untuk ke sana dalam bulan Nov depan. Tapi masih lagi mencari TA yang membuat visa sahaja. Kalau tak keberatan boleh tak share contact TA tuan admin tersebut untuk urusan visa umrah kami.
    Email: zaidim74@gmail.com

    Terima kasih,
    Zaidi.

    • Waalaikumsalam tuan,

      Seperti yang penulis nyatakan di dalam artikel di atas, beliau tidak berkongsi contact TA kepada umum atas sebab peribadi.Bagaimanapun, jika tuan benar-benar memerlukan contact number TA tersebut tuan boleh berhubung terus dengan penulis artikel ini melalui pautan pada akhir artikel di atas.