Panduan Untuk Membeli Tiket Penerbangan Dengan Online Travel Agent (Expedia,Tripsta,GotoGate etc).

Kebelakangan ini banyak Online Travel Agent (OTA) menawarkan harga tiket flight yang sangat murah untuk ke Eropah.Paris serendah RM 1300++. Istanbul serendah RM 1200++..

Ada yang bertanya adakah selamat membeli tiket dengan OTA ini semua? Berikut saya kongsikan beberapa perkara untuk info anda.

1.Kenali Online Travel Agent (OTA)

ohkembara.com_online-travel-agent

Saya pernah membeli tiket dengan airtickets24,Tripsta dan GotoGate. Alhamdulilah semua tiket yang dibooking tiada masalah.Contoh OTA seperti airtickets24,Tripsta,Budgetair,Expedia etc. Kadang-kadang harga yang ditawar oleh OTA lebih murah berbanding dengan website airlines.

2.Transit Vs Direct

ohkembara.com_penang-to-istanbul-flight-ticket

Kebanyakan tiket yang dijual OTA adalah long journey(19jam++) dan transit hour yang lama. Inilah yang dikatakan kita perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan tiket yang murah. Anda perlukan korbankan masa anda sekitar 20jam untuk harga tiket sekitar RM 1300++ berbanding 14jam direct flight dengan harga RM 2900++. Jika anda mempunya transit hour yang agak lama gunakanlah kesempatan tersebut untuk keluar berjalan-jalan di negara tersebut.

3.Masa Tempahan

Jika anda sudah yakin untuk membeli tiket dengan OTA,silalah isi butiran dengan jelas tanpa ada kesilapan. Selesai membuat bayaran,tunggu confirmation ticket dan eticket dari OTA.Selepas dapat booking number,pergi ke website airlines dan cari manage booking.Masukan booking number dan last name. Pastikan tiket berstatus Confirmed. Atau cara mudah tweet sahaja official airlines,suruh mereke send e- ticket.

4. Check-In

Jika anda menempah tiket Penang-Kuala Lumpur –Doha-Istanbul,dengan 1 nombor booking anda wajib check in di Penang dan tidak boleh sama sekali skip segment Penang-KUL.Jika anda skip 1st segment,maka seluruh tiket anda akan terbatal. Semasa pulang,contoh Istanbul-Doha-KuL-Penang,anda mungkin bole meminta untuk check in sehingga KUL sahaja. Semasa check in di kaunter beritahu atau bertanya bolekah saya check in sehingga KUL sahaja. Untuk check in baggage pula,anda hanya perlu collect bag anda di destinasi terakhir.

5.Service Fee

Setiap OTA mempunyai service fee. Untuk penukaran tarikh,pembatalan tiket ada sejumlah fee yang dikenakan. Sebagai contah jika anda membeli tiket dan membayar dengan mengunakan Credit Card ada sejumlah service fee yang dikenakan. Ada juga OTA yang menawarkan free service fee for payment. Contoh Tripsta,dengan mengunakaan mastercard credit card tiada service fee yang dikenakan.

6.Term and Condition

ohkembara.com_qatar-airways-twitter
Term and condition.Pihak airlines tidak lagi berkuasa terhadap tiket anda

Baca dan fahami. Jika anda membeli tiket dari OTA,maka automatic tiket anda anda dikawal selia oleh OTA. Sebarang pertukaran tarikh atau pembatalan tiket perlu dibuat melalui OTA. Pihak airlines tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat perubahan terhadap tiket anda.

7.Travel Insurance

Membeli tiket dari OTA adalah satu risiko yang SANGAT tinggi. Untuk mengelakkan kerugian yang besar,amatlah wajar untuk membeli travel insurance/takaful untuk mendapatkan perlindungan sewajarnya.

Ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Bukanlah saya mengalakan anda membeli dengan OTA,cuma saya sekadar berkongsi bagaimana saya terbang dengan harga yang murah.