Nota editor:Kami pernah berkongsi pengalaman seorang pengembara yang telah dibayar RM500 kerana kelawatan penerbangan dan juga kami pernah menulis tentang bagaimana untuk membeli travel insurance pada bulan lepas(anda boleh rujuk kepada link artikel tersebut di bawah nota editor ini). Untuk artikel kali ini kami berkongsi ulasan dari seorang pengembara yang mengalami kerosakan beg ketika dalam penerbangan dan bagaimana travel insurance yang beliau ambil telah membantu beliau menggantikan semula beg yang telah rosak. Terima kasih kepada pemilik facebook page Travelogue Mr Backpacker kerana sudi berkongsi pengalaman dan panduan proses tuntutan kepada syarikat insurans.


 

Pengembara Ini Dibayar RM500 Oleh Syarikat Insuran Kerana Kelewatan Penerbangan

Bagaimana Membeli Travel Insurance

Pentingnya Travel insurance!

Even kita travel style backpackers dan nak jimat selalu perkara yang paling penting melebihi segala-galanya sebelum travel adalah beli polisi insurance. Bak kata pepatah melayu sediakan payung sebelum hujan, so if anything happen to us adalah backup kan.

Selalunya saya akan ambil insurance bergantung kepada tempat yang ingin ditujui sama ada dalam@luar negara, keadan negara yang ingin dilawati dan kadar wata wang negara tersebut.

Antara travel insurance yang saya pernah ambil adalah seperti:

1.Takaful ikhlas kembara (paling save dan budget mampu milik)
2.RHB travel insurance
3.Ace jerneh insurance
4.Expedia insurance
5.Chartis travel insurance
6.Axa travel insurance

Perlu di ingat setiap company menjual polisi insurance yang sama iaitu travel insurance,yang membezakan cuma faedah,skop perlindungan dan nilai pampasan yang ditanggung.

Sebagai backpackers yang bijak kita haruslah pilih travel insurance yang mampu melindungi kita dari saat kita keluar rumah,menaiki pesawat,kembara sepanjang destinasi dan sehingga la kita pulang ke rumah dengan selamat. Selain itu juga harga yang ditawarkan bagi setiap polisi insurance turut menjadi faktor utama.sebagai contoh harga di antara pakej International Emerald oleh Ace Jerneh dan VIP smart traveller oleh Axa travel insurance untuk destinasi Asia pacific bagi 6 hari perlindungan adalah lebih kurang sama.tapi saya akan pilih Axa kerana benefit yang saya dapat dan jumlah pampasan jika berlaku kematian adalah lebih tinggi berbanding Ace jernih.

Bagi mereka yang betul2 kaki backpackers tegar yang banyak berjalan within 1 year anda disarankan ubtuk ambik Annual pakej yang mana polisi insurance ini akan melindungi anda kemana-mana destinasi sepanjang tahun. Bagi mereka yang setahun sekali berjalan ataupun kadang-kadang sahaja anda digalakan untuk memilih pelan single trip iaitu ada tarikh pergi dan balik bagi setiap perjalanan,pelan single trip lebih murah berbanding annual trip dan dikira berdasarkan destinasi yang di kunjungi dan durasi hari perjalanan anda.

Disebabkan ini kali pertama saya menggunakan Axa travel insurance dan kali pertama juga saya membuat tuntutan untuk travel insurance saya untuk trip backpack ke Korea baru-baru ini dan kebetulan semasa pulang berlaku sedikit kerosakan pada luggage yang saya daftar masuk.(terpaksa beli lugagge sebab last minit shoping barang kosmetik yang kakak saya kirim) Kesimpulan yang saya boleh buat Axa travel insurance memang pantas dan terbaik !!!

Untuk case damage on baggage claim,disini saya ingin kongsikan maklumat dan bukti-bukti yang diperlukan untuk memudahkan proses tuntutan anda:

1.Claim form boleh download di website axa(claim form bergantung kepada jenis tuntutan yang ingin anda buat)
2.Property irregularity report(PIR) report dari airlines (kena mntk report ini di luggage office airlines sejurus anda mengesan kerosakan pada luggage anda sewaktu membuat tuntutan bagasi dibalai ketibaan)
3.Gambar berwarna luggage dan bahagian yang rosak(sebagai bahan bukti)
4.Resit membaiki luggage anda ataupun maklumat seperti Jenama,harga dan tarikh anda beli luggage/beg tersebut.

Harus diingat,proses claim boleh dibuat max sehingga 45 hari dari waktu ketibaan anda di tanah air.

Untuk kes saya proses tuntuan amat mudah selepas dokumen yang diperlukan dihantar ke pihak insurance,dalam masa 5 hari duit pampasan telah dikreditkan ke akaun bank saya dan paling best Axa travel insurance membuat pembayaran melebihi jumlah tuntutan yang saya minta berdasarkan range harga luggage saya.

Jika perkara remeh seperti ini dan kebanyakan backpackers jarang check in beg@lugagge mereka, cuba anda bayangkan (bukan meminta dan minta doa dijauhkan)jika anda ditimpa kemalangan dan dimasukan hospital,kematian,kehilangan barang pribadi dan sebagainya sudah tentu travel insurance dapat membantu meringankan beban kita@waris dan insurance yang mudah cepat dan tidak rumit seharusnya menjadi pilihan utama kita.