Fakta-fakta menarik tentang Geneva

1.Geneva merupakan bandar ketiga terbesar di Switzerland
2.Ia nya adalah satu bandar yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi di eropah. 3.Masyarakat disana bertutur dengan pelbagai bahasa antaranya Bahasa Inggeris, Perancis, German dan lain-lain lagi.

united nation building geneva switzerland4.Disini berdiri gahnya United Nation ( UN), WHO , Red Cross dan juga International Labour Organization

Antara tip-tip jika berkunjung ke Gevena

1.Masa yang sesuai

ohkembara.com_geneva-switzerland

  • Masa yang sesuai untuk berkunjung di Geneva adalah pada bulan Julai dan juga Ogos ( Musim panas) . Pada masa ini, anda bebas untuk berenang di dalam Tasik Geneva.
  • Jangan cuba berenang pada musim sejuk, kerana air nya seperti batu.

2.Pengangkutan

tram Geneva Switzerland

  • Jika menggunakan kapal terbang, Geneva international Airport terletak kira-kira 4 km dari pusat bandar. Dan boleh ke pusat bandar dengan menggunakan tram yang diberi secara percuma selama 80 minit.
  • Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan bas yang mengambil masa selama 30 minit berbanding 15 minit menggunakan tram.
  • Di pusat bandar terdapat tram dan juga bas. 1 jam pass berharga CHF2 atau sehari pass CHF7.
  • Jika mampu, bolehlah berjalan kaki kerana bandar Geneva tidak lah sebesar cuma lebih kurang 4 km sahaja.

3.Penginapan

Grand Hotel Kempinski Geneva Switzerland

  • Secara amnya, penginapan di Geneva boleh di katakan agak mahal.
  • Antara hostel yang dicadangkan adalah City Geneva Hostel Cuma CHF 25/ hari untuk bilik bertiga. Lokasi hotel ini amat strategik ,cuma 5 minit berjalan dari stesen keretapi dan disediakan juga kemudahan dapur di sana, petugas hotel ada menyediakan tiket tram/ bas secara percuma sehingga check out.
  • Disekitar bandar, terdapat banyak hostel-hostel yang boleh dihuni oleh backpacker. Jadi, tidak perlu terlalu risau.

4.Makanan

big chair geneva

  • Terdapat beberapa restoran makanan halal di sekitar geneva terutamanya kebab. Apa yang penting sediakan duit sekucupnya.
  • Sekali makan adalah berharga CHF 10 tetapi portion yang besar.
  • Disana, terdapat beberapa buah masjid.
  • Jika ingin memberli bahan mentah, terdapat beberapa buah kedai runcit yang menjualnya.
VIAKhairul Naeim Z
SHARE