Teine Ski Resort Sapporo Hokkaido

Gunung Teine Hokkaido antara tempat yang best untuk sukan ski setakat ni lepas Gala Yuzawa Tokyo yang aku cuba. Tak tau la kot anda ada cadangan lain yang lagi best yang boleh dikongsikan di ruang komen. Dengan kualiti snow powder dia yang confirm anda suka lepas tu track di lereng-lereng gunung boleh tgk pemandangan town skali (tapi kena control juga sebab tiada penghadang jadi boleh jatuh gaung tau langgar pokok kalau tak berhenti). Musim sejuk  antara bulan Nov – Mac. Sebab sekarang Air Asia ada buka penerbangan ke New Chitose jadi aku kongsi bagaimana nak ke sini.

transportation to Teine Ski Resort Sapporo Hokkaido Japan

Bagi yang menginap luar dari Sapporo station boleh gunakan Subway line ke Sapporo Station dulu. Lepas tu tukar ambil JR line (JR Hakodate) ke Teine.

Bila dh smpai boleh ambil exit yang ada simbol terminal bus. Jadi tunggu di situ smpai ada bus yg datang. Naik bus nombor 70 untuk ke Teine Highland Resort.

Bagi yg nak menyewa peralatan ski kena turun last stop. Yang dah ada peralatan ski boleh pilih mana-mana lokasi yang nak main sebab bus stop banyak spot. Aku syorkan ambil last stop sebab track dia best dengan permandangan bandar Sapporo dari puncak

Kadar Sewa Peralatan Ski
¥5100 = Pole + Boots + Ski (snowboard pn sama harga)

Tiket Lif
¥4900 = Full day (9am – 6pm)
¥4100 = Half day (6 hour)
¥3600 = 4 hour
(untuk sampai malam pun ada tapi aku tak pasti berapa kosnya)

city view from Teine Ski Resort Sapporo Hokkaido Japan

Tapi bagi sesiapa yang rasa nak jadikan sukan ski ni sukan tahunan boleh beli set ski atau snowboard di mana-mana kompleks barang-barang terpakai sekitar Sapporo (cari Jumble shop) sebab sini memang terkenal dengan barang-barang branded terpakai. Fikir-fikir balik sewa sahaja dah ¥5100. Kalau nilai tu di Sapporo dah boleh beli set terpakai complete tak sampai ¥4000 siap beg lagi. Habis main bawa balik ke Malaysia dan jual di mudah.my.

Sekitar Hokkaido ada lebih 50 lokasi untuk ski. Sesiapa yang ada maklumat tentang tempat-tempat ski yang menarik sekitar Sapporo boleh kongsikan di ruang komen sebab aku bercadang nak ulang lagi main ski tapi di lokasi yang lain.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di laman sesawang http://www.sapporo-teine.com/snow/lang