Nota Editor:Jika anda belum membaca pengalaman dan itinerari oleh Zahira Hanafi mengembara mengelilingi Iceland, anda boleh membacanya melalui pautan berikut http://www.ohkembara.com/2016/03/itinerari-13-hari-mengelilingi-iceland. Kali ini beliau berkongsi 20 Tips Sebelum dan Semasa Berada di Iceland.

1.Tempahan Penginapan

Elok book semua tempat penginapan siap-siap. Cari apartment atau room dengan kitchenette, dan laundry room jika ada. Jadi boleh basuh baju, usah bawa banyak sangat. Baju memang diulang pakai.

2.Bawa Makanan Dari Rumah

Bawa segala makanan dari rumah. Serunding, makanan tin, ramen, sambal tempe etc. Suhu sejuk menjamin makanan tidak basi.

3.Smuggle the breakfast

Jika tinggal di hotel yang menghidangkan breakfast, smuggle some breads and spreads! Icelandic breads are so yummy. Jadi boleh makan di sepanjang perjalanan. Jimat!

4.Memandu Di Iceland

Memandu sendiri adalah kami galakkan daripada ikut tour. Pastikan ada international license (RM150 setahun) kerana Iceland bukan Negara commonwealth. Additional driver perlukan insuran tambahan (macam second driver di sini lah). Book awal dari rumah.

5.Kredit Kad

Mengisi minyak menggunakan credit card memerlukan pin nombor. Dapatkan drp bank anda sebelum bertolak.

Boleh bayar segala benda menggunakan credit card. Kami jumpa tandas awam di Thingvellir yang perlukan credit card to enter. Tiada caj minimum. Lagi senang berbanding menukar matawang dari RM ke USD/Euro then ke ISK krona.

6.Tandas

Isu toilet break tiada masalah walaupun di Iceland tiada R&R. Boleh masuk café atau di tourist shop. Free aje.

7.Tukar Duit

Tak jumpa pengurup wang. Kami tukar sedikit wang di bank. Lagi senang di ATM sebab di kaunter ada yang kena bayar exchange fee.

8.Air minuman

Air sejuk dari air paip selamat untuk di minum. Tak perlu beli air mineral. Mahal. Bawa tumbler dan isi air paip penuh2 sebab musim sejuk anda tak perasan terdehidrasi.

9.Air Panas

Air panas yang adakalanya berbau kuat (rooten egg shower, as they say) ialah berunsur sulfuric sesuai untuk mandi dan basuh baju. Tahan saja bau nya sebab ianya semulajadi dari geothermal.

10.Jangan Lupa Pelindung Kulit

Jangan lupa sunblock, moisturizer, lipbalm and a good UV block sunglasses. Walaupon sejuk, sinaran matahari di sini ibarat ia berada hanya 5meter dari anda. Terik. Kulit kering, pecah memang biasa berlaku.

11.Pakaian Yang Sesuai

Layering adalah penting di musim winter. Pastikan ada base layer, thermal layer, t-shirt or sweater, then parka or down feather jacket. Kasut trekking yang baik. Boleh beli waterproof spray can (RM15) dan sembur kasut untuk menghalang air salji meresap masuk membasahi stoking. Pakai thermal socks and gloves yang sesuai to protect your extremities.

12.Cara Menuntut VAT

Claim VAT dan pilih untuk dikredit ke dalam kredit card. Kalau ambil cash kena bayar fee. Lagi pun tak guna sebab nak kena tukar balik ke USD.

13.Cuba Icelandic Chocolate

Icelandic chocolates memang sedap. Kami suka Sirius Noi. Beli semua di airport, sehingga RM7 lebih murah drp di luar.

14.Bawa Barang Berkenaan Dari Malaysia

Kalau melayu sangat, bawa paket2 cili sos, ketchup, sushi soy sauce. Di Iceland, memanglah tak ada sos kita, tapi sos lain spt honey mustard, tar tar, salsa semua dicaj. Ada kedai yang bagi free sauce (like fast food restaurant), tapi kita nak makan sendiri di hotel jadi kenalah bawa juga.

15.Bahasa

Semua Icelanders boleh bercakap English dengan fasih. Tak kira umur.

16.Simkad Telefon

Kami menukar ke simcard Siminn. Very good coverage dari hulu kampung hingga ke puncak bukit sekali pun (Maxis you should be ashamed of yourself. Don’t blame the rainforest, in town pun you sucks). Ambil 1G Data Only plan berharga lebih kurang RM60. Tak habis pakai pun sebab semua tempat persinggahan ada wifi yang laju. Data penting untuk Whatsapp (call), Waze dan meng-Google tempat menarik secara impromptu (cth Foursquare).

17.Tips Memanjangkan Hayat Bateri Pada Suhu Sejuk

Bateri alatan elektronik seperti cepat habis di musim winter kerana suhu sejuk melampau. Jangan risau, hangatkan bateri berdekatan badan dan ia akan hidup semula. Paling elok bawa bateri spare sementara satu lagi tengah ‘reheat’.

18.Internet Data

Satu lagi kenapa data penting ialah kerana kita perlu sentiasa periksa cuaca dan road conditions. Setiap hari. Accu weather dan httpa//www.road.is/:::www.road.is is a must. Periksa map dan laluan anda dan jika ada jalan ditutup, nasiblah.

19.Group Management

Jika ingin berpecah dari kumpulan, tetapkan masa untuk berjumpa semula di lokasi yang ditetapkan.

20.Pastikan Perancangan Masa Anda Fleksibel

Sepanjang perjalanan mesti nak stop berkali-kali. Jadi jadual jangan terlalu padat. Luangkan masa bermain salji di tepi jalan contohnya, atau bergambar beribu-ribu lemon kerana seluruh Iceland adalah sangat cantik. Seriously you cant resist it!

21.Snorkle In Winter?

Snorkle/Scuba diving di Silfra memanglah sejuk, near freezing 0C-2C in winter. Tetapi semua yang melakukannya memang takkan menyesal. Hot chocolate with marshmallow and choc chip cookies after that is so tasty.

22.Masa Pemanduan

Kami hanya memandu waktu siang dan mengelak untuk terlewat sehingga malam. Sentiasa berjaga2 dengan cuaca dan kondisi jalan.