Nota Editor:Kami kongsikan artikel hasil tulisan Yuzie Amir yang telah mengembara ke Jepun selama 12 hari dari 29 Nov hingga ke 10 Dec 2015. Beliau telah menghabiskan masa selama 6 hari di Tokyo, 3 hari di Sapporo dan 3 hari di Niskeo (ski resort). Menurut beliau, beliau sempat merasai bunga di Tokyo dan musim sejuk di Sapporo.


1.Airport Transfer

New Chitose Airport ialah international aiport di Hokkaido dan jaraknya agak jauh dari bandar Sapporo,macam KLIA ke KL. Jadi nak ke bandar Sapporo boleh naik kereta/taxi atau keretapi. Keretapi lagi cepat, di sini hanya ada JR sahaja. Ambil tiket menuju ke Sapporo JR station.

2.Waktu siang

Musim sejuk siang sgt pendek 1530 dah gelap dah masuk magrib. Isyak pun dlm 1645 macam tu. Kena rancang program betul-betul.

3.Pakaian

Pastikan baju yg dibawa bersesuaian untuk musim sejuk dan jaket mesti pilih yang tahan hingga suhu negatif. Semasa saya berada di sana -7ºC. Sejuk sangat dan salji turun hampir setiap hari.

4.Tempat Wajib Dilawati

kobito chocolate factory sapporo
Koibito Chocolate Factory

Antara tempat yang berbaloi dilawati dan wajib bila sampai Sapporo ialah Otaru canal, olimpic jump stadium, shinto shrine, sakanaya whole market dan Koibito park choc factory (masuk kena bayar).

5.Nak Makan King Crab?

king crab otaru

Kalau nak mkn king crab yang murah, pergi ke Otaru perjalanan lebih kurang 45 minit dengan keretapi.Hotel tempat saya menginap dekat dengan JR station jadi mudah nak ke mana-mana dengan train. King crab tu tidaklah murah sangat tapi kalau di Malaysia saya tak mampu, boleh beli tiket return ke Sapporo. jangan terkejut pula tengok harganya nanti.

6.Buah-buahan

Wajib makan jagung dan melon yang sedap didunia, di Sakanaya whole market murah sedikit. Yang sebenarnya di Sapporo ni selain fresh seafood, fruits dia pun memang heaven.

7.Pakej

Kalau mati kutu tak tahu mana nak tuju, boleh ambil pakej tour half day atau full day. Tapi mahal skit lah,halfday cost rm100+. Banyak tempat boleh cover tapi kalau macam saya ni rasa stress kalau ikuttour, sebab aku tak boleh nak lama-lama ambil gambar.

8.Tempat Lawatan Percuma

odori park sapporo

Banyak tempat boleh berjalan kaki dan free antaranya ialah odori park. Di situ ada light illumination festival dan dkt dgn Sapporo tv tower. Kalau datang bulan Februari ada snow festival. Tak jauh dari Odori park ada market yang jual barang-barang terpakai, Tanukikoji Market. Cuaca sejuk beku dan salji yang sentiasa turun tu kalau berjalan kena bertabahlah skit.

9.Tahukah anda?

Hokkaido ni bahagian Utara Japan yang paling dekat dengan Russia. Wakkanai adalah kawasan yan paling hampir dengan Russia dan dikatakan dari Wakkanai kita boleh nampak Sakhalin Island Russia. Tak dpt sampai Russia pun sekurang-kurangnya bolehlah rasa angin sejuk dari Siberia.

10.Tips Ski Di Sapporo

sledge at niseko

  • Tempat untuk main ski di Sopporo ni ialah Niseko, lebih kurang 2 jam perjalanan dengan bas.
  • Kalau nak main ski boleh ambil keretapi dari Sapporo dan turun di Kutchan,Niseko. Memang wajib pergi sini. Sini the best powder snow in the world. Nak overnight di Niseko ni pun boleh banyak hotel-hotel kecil tapi kena cari sendiri lah. Saya naik bus dari Sapporo ke Niseko sebab bawa beg besar dan dengan anak-anak, bas akan terus hantar ke dpn hotel/resort. Kalau naik keretapi hanya sampai Kutchan, pekan kecil di Niseko. Leceh nak cari pengangkutan lain pula melainkan hotel tu dekat dengan stesen keretapi. Saya menginap di Niseko Green Leaf, memang jauh dari stesen keretapi dan dia ada ski slope sendiri yg dekat sangat dengan resort.
  • Ski gears, ski jacket, snow pants, glove, goggle semua boleh disewa di tempat ski pilihan anda. Tapi mahal, kalau ada nak sewa ski or snowboard saja pun boleh. Tapi kebanyakan yang datang situ bawa ski gear n snowboard sendiri.
  • Kalau tak tahu main ski/snowboard main sledge tu pun ok. Boleh juga disewa tapi di resort saya dia bagi percuma kalau nak main.
  • Di resort tempat saya menginap ada ski school kalau tak tahu boleh la enroll minimum 2hrs. Tapi harga dia telan air liur juga. Kalau takde bajet korang belasah la main sendiri. Jatuh mmg takde sapa nak gelak pun.
  • Di Niseko ni mmg tempat main snow/ski semata-mata .Ada zoo di situ tapi saya tak pergi pun. Cuma berkubang kat snow sahaja. Stok makanan bawa lah banyak-banyak. Di pekan kutchan tu tiada apa sangat, souvenier pun tiada rasanya, kalau ada pun mahal.
VIAYuzie Amir
SHARE