Nota editor:Pakistan adalahh antara negara yang memerlukan visa untuk rakyat Malaysia masuk ke Pakistan. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan visa pelancong Pakistan ialah letter of invitation. Pada artikel kali ini, Erme Zulkifli berkongsi bagaimana menggunakan couchsurfing untuk mendapatkan visa pelancong ke Pakistan. Beliau juga menceritakan drama yang berlaku sewaktu berada di pejabat Konsulat Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur.


 

1.Isi Borang

Download form dekat website ni:http://dgip.gov.pk/Files/Visa%20Form.pdf


2.Letter Of Invitation

Dapatkan Letter Of Invitation dari sesiapa (orang pakistan, duduk pakistan). Dalam surat tu, akan ada copy ID orang tu. Jadi kalau nk tipu-tipu memang tak boleh, dan Konsulat Tinggi akan call org yang issue LOI tu untuk pengesahan.

Part nak dapatkan LOI ni leceh sikit. Boleh request dari hotel atau travel agent yang kat Pakistan, tapi mereka caj mahal gila (dalam 50 dollar-100dollar untuk 1 surat). Kalau travel agent tu nak bagi percuma pun, kena ambil pakej harga ribu-ribu ringgit (jadi TAK PAYAH tapi kalau kaya duit berkepuk-kepuk boleh je nak ambil).

Kalau korang ada kawan Pakistani, boleh cuba minta dekat mereka. Macam saya, saya hantar public request kt couchsurfing.com (Reference kena baik jugak penting utk kepercayaan)

3.Itinerari

Ada itinerari, tiket return (saya akan masuk Pakistan dari China, balik dari India, jadi saya bagi tiket ke China dan balik dari India)

4.Gambar Pasport

2 gambar pasport (tak ada cakap nk background putih ke biru, tapi saya beri yang putih)

5.Yuran

Duit RM30

6.Lokasi Konsulat Tinggi Pakistan

Pergi ke Konsulat Tinggi Pakistan,dekat Jalan Ampang. Berhadapan dengan MATIC (submission hour 9am-12am). Penuh orang tapi semua Pakistani la. Bagitahu je security cakap nk buat visa nanti dia bawa ke bilik lain. Saya sampai pukul 12 tepat, sebab tak tahu pun petang tak boleh submit. Tunggu tunggu dan tunggu baru lah ada orang attend, cek dokumen semua OK katanya, tapi kami kena tunggu Caunselor utk ditemuduga

7.Proses

Proses MENUNGGU. Dari pukul 12 smpi pukul 4.30pm kami tunggu dalam 1 bilik yang cuma ada CCTV dan magazine lama,siap tertidur tapi takda orang panggil pun. Lepas tu pukul 4.30 saya ketuk 1 pintu yang berkunci dari dalam.

Lepas tu orang dalam bilik tu buka pintu dan tanya kenapa kami di sini. Kami cakap nak buat visa, dia cakap submission sampai pukul 12 tghari saja. Lepas tu kami cakap lah kami dh datang, ada org dah tengok dokumen kami, dan disuruh tunggu sampai la ni takda orang panggil ke apa.

Lepas tu baru dia cakap, boleh jumpa kaunselor sekarang. Bilik kaunselor sebelah tu je rupenya, dan ada monitor CCTV besar gedabak dan nampak je bilik kami dalam cctv tu. Maknanya dia nampak je la kami tunggu, tapi awat tak panggil. Nasib baik  tak korek hidung.

8.Temuduga

Borak sikit-sikit dia tanya nak pergi mana, kenapa, masa ni saya up sket puji-puji pakistan lawo lawo lawo (hehe), borak dalam 2minit. Lepas tu dia tanya tempat mana menarik kat Malaysia ni. Saya pun promote la Pulau-pulau di pantai timur. Promote perhentian, redang hehe. Lepas tu borak-borak pasal malaysia. APPROVE!.

9.Bayar Lagi?

Bayar RM30. Yang ni kelakar. Kaunselor suruh kami bayar RM30 di pondok depan. Hmm pondok tu macam pondok security guard je. 2 org RM60, tapi kena byar RM70 (blur gak masa tu, bila org kt situ mintak extra RM10). Bila dh bagi RM10, dia etrus ambil resit Cash Deposit Machine (takda CDM pon kt situ), fotostet resit tu lepas tu bagi copy kt kami.

Lepas tu suruh kami bagi resit fotestet tu kat orang yang kami submit dokumen visa tu. Kira mcam bukti pembayaran kot. haha. Tak pasti RM10 tu untuk kos fotostet atau ke apa tapi redha je la.

10. Tunggu

2 hari processing. Lusa boleh ambil.

11. Drama Sebabak

BTW, Masa kalut-kalut tu, ada orang mengamuk dalam bilik lain. Siap kena pegang ramai-ramai. Dalam hati ingat ada orang nak bom ke,mati la aku kat sini, sebab dah teruk sangat mengamuknya. Kaunselor tu escort ke luar, dia cakap tak payah tengok, orang tu gila.

12. Tips Tambahan

Pengalaman, rasanya tak susah mana pon nak apply visa Pakistan ni. Kawan saya pergi submit 5 minit je, pastu balik. Interview by phone, cuma time kami pula kena tunggu berejam.

Tapi Pakistan ni mcm tak berapa nak promote Tourism je di konsulat tu. Penuh dengan phamplet pasal isu pergolakan Kashmir je. Kalau tak tahu apa-apa pasal pakistan mesti rasa macam nak cancel.

Utk solo traveller perempuan, kena ada surat kebenaran dari mahram. Saya pergi dengan suami, mereka mintak tengok kad kahwin. Kalau rasa tiada kad kahwin, fotostet je la surat nikah tu, in case mereka minta.

Jadi sekarang ni counting days nak ke sana, tak sabar!

5 COMMENTS

  1. Hello! 🙂 Saya pun plan untuk visit PK next year – tapi susah nak cari info, bila telefon High Comm berkali-kali tiada pula orang yang jawab 🙁

    Boleh saya tanya, masa submit tu kena pergi personally then kena interview hari yang sama? Sebab saya di Sabah, kalau jadi kena plan betul-betul untuk pegi apply in KL nanti. Tentang surat kebenaran untuk female solo traveller, adakah applicable untuk non-Muslim juga?

    Terima kasih, harap dapat info dari sini.