Nota editor:Bagi yang sukakan gabungan alam semula jadi dan haiwan, mungkin anda patut memilih ke taman safari sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya. Mengikut tinjauan kami percutian ke taman safari jarang-jarang sekali menjadi pilihan rakyat Malaysia berbanding elemen semula jadi yang lain seperti percutian ke gunung ganang atau lautan . Mencari artikel ditulis dalam bahasa melayu berkenaan percutian ke taman safari juga bukan mudah.

Kami bernasib baik kerana penulis ini bersetuju untuk berkongsi pengalaman beliau sewaktu ke taman safari di Tanzania melalui penulisan artikel ini. Pada pandangan kami artikel ini boleh menjadi titik mula rujukan untuk mereka yang berminat dengan percutian ke taman safari. Semoga bermanfaat untuk semua dan jika anda mempunyai pengalaman ke taman safari yang lain, anda boleh kongsikan pengalaman anda di ruang komen.

P/s:Gambar terakhir di dalam artikel ini amat menarik bagi kami.


 

1. Memilih negara untuk bersafari

ohkembara.com_safari-Ngorongoro-Crater-Serengeti (4)

Benua Afrika memiliki landskap dan bentuk geografi yang pelbagai dengan hidupan liar yang berbeza. Setiap negara menawarkan pengalaman berbeza. Selain itu, harus diperhatikan juga pada bulan berapa hendak ke tempat yang dipilih kerana boleh jadi haiwan2 yang ingin kita lihat sudah pun berhijrah ke taman negara-negara jiran!

  • South Africa
    • Kruger National Park
      • -Big 5
  • Kenya
    • Masai Mara
      • -Big 5
      • -Great Migration
  • Tanzania
    • Ngorongoro Crater, Serengeti
      • -Big 5
        • -Great Migration
          Migrasi wildebeest dan zebra untuk mencari makanan dan air. Penghijrahan mamalia terbesar kerana haiwan2 lain juga akan mengikut kumpulan ini.
  • Uganda & Rwanda
    • Gorillas
  • Zimbabwe
    • Hwange National Parks- Gajah

Kami telah memilih untuk ke Tanzania pada bulan Jun semasa The Great Migration

2. Memilih Safari Agency

ohkembara.com_safari-Ngorongoro-Crater-Serengeti (6)

Saya menggunakan TripAdvisor sebagai rujukan untuk melihat ‘rating’ syarikat-syarikat tour.

Safari.com adalah laman yang menyediakan maklumat syarikat-syarikat, pakej-pakej yang disediakan, dan kita boleh membuat booking melalui laman ini.

Terdapat juga kemudahan di mana kita boleh menghubungi klien-klien yang meninggalkan review secara private mesej atau email. Saya gunakan kemudahan ini untuk memastikan reliability syarikat-syarikat yang saya shortlist dari list tripadvisor

GoAfrica.about.com travel guide yang menyenaraikan syarikat-syarikat safari yang berdaftar. Senarai yang ada di laman sesawang ini lebih banyak dari di Safari.com. Boleh gunakan ini untuk menghubungi syarikat-syarikat yang tidak dipromosikan di laman web lain yang mungkin memberikan harga pakej yang lebih rendah.

Cons: tiada review diberikan untuk kualiti servis syarikat.

Saya telah menghubungi 12 syarikat untuk mendapatkan harga pakej untuk private dan group tour. Saya telah menyenarai pendekkan 5 pakej dengan harga terendah, dan telah menghubungi klien-klien syarikat-syarikat tersebut untuk mendapatkan pandangan serta tips. Akhirnya kami memilih Lindo travel and tours

3. Private tour vs. Group tour

ohkembara.com_safari-Ngorongoro-Crater-Serengeti (1)

Private tour lebih mahal harganya tapi ia menjanjikan pengalaman yang lebih selesa.
Group tour selalunya terdiri daripada 6-8 orang bergantung kepada jenis jeep yang digunakan.

Di Tanzania kami bersafari bersama pemandu yang juga merupakan guide kami dan seorang tukang masak. Jeep dilengkapi plug untuk mengecas alat elektronik dan bumbung jeep boleh dibuka untuk meninjau binatang. Bayangkan, dalam group tour semua kemudahan harus dikongsikan dan kita terpaksa berasak2 dan berebut untuk mendapatkan port yang paling best untuk melihat haiwan2.

Jadi saya prefer private tour.

4. Camping vs. Lodge

ohkembara.com_safari-Ngorongoro-Crater-Serengeti (7)

Lodge memang pilihan yang paling selesa tapi semuanya jenis mewah. Harga sekitar RM800-RM2000 semalam (semasa kadar tukaran USD 1=RM 2.61, bayangkan harga nya sekarang..)

Kami memilih untuk Camping. Kemudahan tandas dan bilik mandi di semua taman yang kami lawati sangat bersih dan selesa. Dewan makan dan dapur juga disediakan.

Pada malam terakhir, ada gajah-gajah berkeliaran d tapak perkhemahan. Tapi mereka baik, kita tidak akan dipijak!

5. Book online vs. walk-in

ohkembara.com_safari-Ngorongoro-Crater-Serengeti (5)

Sebenarnya banyak syarikat kecil yang menawarkan safari pada harga yang lebih rendah. Banyak yang menawarkan pakej kepada kami  semasa kami berada di Airport Daressalam. Tapi dari bacaan kmi sebelum ke sana, ramai blogger mengatakan “expect to get what you pay..”

Jadi biarlah kami bayar lebih sedikit untuk pengalaman yang memuaskan. Lebih baik hubungi sendiri syarikat-syarikat tersebut terlebih dahulu dan negotiate harga mengikut bajet kita dan mereka bole ubah itinerary mengikut bajet kita.

Kalau menggunakan servis seperti safari.com harga yang diberikan adalah harga tetap dan mungkin ada hidden charge juga.

6. Vaccination Yellow Fever

ohkembara.com_safari-Ngorongoro-Crater-Serengeti (3)

Vaksin ini merupakan requirement untuk memasuki negara-negara di Afrika. Jika lihat di laman imigresen Tanzania, vaksinasi tidak wajib untuk pelancong dari Malaysia. Tapi dari pengalaman kami, kami diminta menunjukkan buku vaksin di setiap point of entry seperti airport dan pelabuhan. Jadi untuk selamat pastikan anda di vaksinasi sebelum ke Tanzania.

7. Bus vs domestic flight

ohkembara.com_safari-Ngorongoro-Crater-Serengeti (2)

Safari di Tanzania bermula di Arusha. 10 jam perjalanan dengan bas atau 1 jam penerbangan. Untuk jimat pastilah dengan menaiki bas dan menurut blogger-blogger pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik.

Kami membeli tiket penerbangan fastjet pada harga RM300 pergi balik. Tapi pembelian hanya dibuka kira-kira 2 bulan sebelum tarikh penerbangan dan ini merupakan harga promosi ketika itu.

1 COMMENT