10 Cara Saya Menyusun Itinerari Untuk Pengembaraan 18 Hari Di Eropah

Vrsic pass and Socariver, Slovenia
Vrsic pass and Socariver, Slovenia

10 tips membuat itinerari sendiri (cara yang biasa saya guna sebagai amatur, orang lain mungkin berbeza) :

1. Buka peta dunia

Bentang depan mata. Google map pun boleh. Aim kawasan mana nak travel kali ni. Biasakan diri untuk kenal nama-nama tempat dan kedudukan geografi.

2. Buat anggaran bajet dan cuti berapa hari

Beli flight ticket. Cari tiket murah contohnya di skyscanner.com atau masa promosi. Nak beli tiket return airport yg sama atau open jaw/multi-city (airport lain)? Cuba banding harga dan masa. Berbaloi tak nak balik ikut airport yang sama, atau lebih baik balik dari tempat lain. Secara peribadi, saya lebih suka open jaw, tak perlu balik ke tempat sama semula. Dah beli tiket baru rasa semangat nak pergi.

dubrovnik croatia
Dubrovnik, Croatia

3. Buat research!

Cari tempat-tempat mana yang anda nak jelajah. Selain google, fb, tripadvisor, blog dan buku-buku travel, saya suka gunakan medium lain seperti instagram. Cari hashtag kawasan-kawasan yang anda nak pergi. Follow ig negara-negara atau kawasan-kawasan itu. Kadang-kadang boleh jumpa tempat yang agak ‘off beaten track’ dikongsi. Buka map balik, cari tempat-tempat tu. Baca sedikit sebanyak tentang sejarah, cara hidup, kestabilan politik dan mata wang negara-negara yang nak dituju. Baru nanti rasa ada makna sikit, bukan sekadar menambah koleksi selfie tapi tak tau asal usul cerita tempat yang dilawati.

4.Periksa dokumen

Passport, visa, permit etc! Sila pastikan dokumen-dokumen yang perlu ada untuk tempat-tempat yang ingin dituju. Ini bukan sebahagian itinerari, tapi memang penting.

Dolomites Italy
Dolomites, Italy

5.Rujuk

Ok, boleh tengok iti orang lain sbg rujukan dan tips-tips lagi.

6. Rancang route perjalanan

Peruntukkan berapa hari yang anda perlu untuk sesuatu tempat. Route perlu mengambil kira jenis transport yang anda akan guna (eg kereta sewa/bas/train), waktu perjalanan (siang/malam) dan paling penting kos. Survey harga tiket sama ada lagi murah beli online atau sama sahaja jika beli di kaunter.

7. Rancang aktiviti-aktiviti yang ingin/boleh dilakukan

Research lagi untuk ini, terutama untuk negara 4 musim. Sesetengah kemudahan (eg ski lift, mountain pass/road) akan tutup pada bulan-bulan tertentu.

8.Periksa kalendar

Tengok hari kelepasan am/public holiday dan peak/off season tempat-tempat tu. Sama ada anda perlu buat apa-apa tempahan/tiket/sewa tempat tinggal dengan segera atau tidak.

Sarajevo bosnia
Sarajevo, Bosnia

9.Cari tempat tinggal

Lepas tu baru cari tempat tinggal (accommodation). Carilah mengikut bajet, review penyewa-penyewa sebelum dan lokasi, contohnya hampir dengan tempat tujuan seperti train station atau park entrance jika menggunakan kenderaan awam.

10.Tambah tolak sesedap rasa

Kemudian susun jadual itinerari mengikut cara anda sendiri. Saya suka buat yang sangat simple, ada orang suka yang memang detail.

Tip-tip lain akan saya share kemudian jika difikirkan sesuai. Maaf penggunaan bahasa yang agak bercampur-campur.

Akhir kata, ‘If You Want To Go Fast, Go Alone. If You Want To Go Far, Go Together’.