Nota Editor:Frequent flyer biasanya sudah mengetahui suasana yang bakal mereka hadapi semasa berada dalam kapal terbang, lebih-lebih lagi perjalanan jarak jauh dan duduk di kelas ekonomi. Panduan tulisan saudara Muadz ini semestinya menjadi salah satu post wajib baca untuk anda yang bakal kali pertama menaiki kapal terbang ke destinasi percutian anda.


Nak share sedikit tips untuk travel samada dalam flight atau train atau bas. ini adalah contoh travel kit yang bagi saya ‘wajib’ di bawa setiap kali dalam perjalanan

1. Bag case untuk carry barang – barang

2. Earplug – untuk eliminate unnecessary noise. kadang-kadang kita ambil flight awal pagi/lewat malam, plan nak tidur. so earplug sangat membantu. baby menangis, orang sembang kuat, bunyi train bergerak, hon bas/kereta boleh kacau tidur kita. even kalau stay dalam dorm, boleh guna sebab kadang-kadang dorm mate berdengkur kalahkan mercun bola

3. Eye shade – kalau terang. even gelap pun saya pakai jugak. kalau mengantuk sangat, pakai eye shade, telinga cucuk earplug, terus tidur. setel.

4. Earphone/headphone – nak layan lagu/movie senang. juga tak kacau orang lain. saya rekemen jenis yang macam earplug tu, sumbat terus dalam telinga. kalau standard earphone, still boleh dengar bunyi bising dari luar.

5. ipod/mp3 player – layan lagu + elak gangguan bunyi. saya ada playlist khas untuk tidur, biasanya layan instrumental then set ipod untuk 15 minit sebelum mati sendiri. so jimat bateri. saya ni jenis kena dengar lagu sebelum tidur, especially kalau keliling bising.

6. Earphone jack – khusus untuk layan lagu/movie dalam flight. saya jarang guna headphone yang airline provide, bunyi tak best. hahah! dan ada sesetengah flight, ada entertaiment, tapi tak bagi headphone atau kena beli headphone. so jack ni sangat membantu.

7. Pen – nampak macam remeh, tapi penting. especially nak isi form bila ke negara orang. takdelah menggelabah nak pinjam orang sebelah punya pen.

8. Kindle/buku – dari buang masa melangut, better baca buku. lonely planet ke, atau apa-apa jelah. bergilir – gilir dengan tidur atau tengok movie, especially kalau tempoh perjalanan tu panjang. tidur, buku, movie, tidur, repeat. takdelah bosan perjalanan nanti.

9. Phone – untuk set alarm. perjalanan jauh dan merentas zon masa ni, kelam kabut juga nak jaga solat. jangan terlajak tidur pula sampai tertinggal solat. solat ni juga akan ‘jaga’ kita sepanjang perjalanan, insyaAlah.

10. Passport – ni sepatutnya goes without saying lah. always carry your own passport. kalau nak tidur, better simpan dalam poket dalaman jaket atau seluar. kalau boleh juga, jangan letak passport dalam beg lepas tu simpan dekat hatrack atau bawah kaki.

11. Boarding pass/tiket – simpan sebab kadang-kadang ada pegawai yang check tiket (train/bas), dan saya suka simpan buat kenangan.

Harap membantu. Bagi saya, nak selesa dalam perjalanan ni, tanggungjawab sendiri. Sebab kita share transport yang sama dengan orang lain. Kalau drive sendiri lainlah, itupun bergaduh nak dengar radio mana dengan member.

Kalau ada cadangan lain, bagitaulah ya. Thanks!

Update:Jika anda mahu membaca beberapa panduan lain yang ditulis oleh saudara Muadz boleh klik pada link di bawah.

Terpaksa Duduk Kelas Ekonomi Tetapi Ingin Lebih Selesa,Baca Panduan Ini