Nota editor:Antara perkara yang harus anda cuba sewaktu melancong ke luar negara adalah mencuba makanan-makanan tempatan di sana. Antara negara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia adalah Korea Selatan yang mempunyai pelbagai jenis makanan berbeza dengan selera kita di rantau Asean ini.

Mashitah Yashah telah ke Korea Selatan baru-baru ini dan telah mencuba lebih 31 jenis makanan berbeza sewaktu di sana. Disertakan juga harga bagi makanan terpilih.


banana uyu korea

1.Banana Uyu-KRW1500

The very well known Banana Uyu (milk). Kalau tak minum ni, bermakna belum sampai Korea😄. Sedap! Flavors lain pun sedap. Ada hijau (melon), biru (vanilla), coklat (coffee) dan pink (strawberry).

myeong dong korea street kebab

2.Myeong Dong Street Kebab-KRW5000

Pakcik Kashmir ni seorang je depan Zara. Kebab ayam dia awesome sebab banyak isi ayam. Sila mintak sos lebih ya. Pakcik ni layan je. Kebab daging/lamb ok gak tapi banyak sayur je.

soft shell crab goreng tepung

3.Soft Shell Crab Goreng Tepung-KRW5000

Soft shell crab goreng tepung Myeong Dong Street. Sedap makan panas-panas bubuh sos cili.

egg bun korea

4.Egg Bun-KRW2000

The signature egg bun. Memang banyak jumpa ni kat Korea. Mostly boleh makan sebab ada telur dan kacang je. Tapi hati-hati, kalau jumpa yang versi ada bacon tu tak payah la cuba.

paris baguette korea

5.Paris Baguette-KRW3500

Di Korea, ada banyak cawangan Paris Baguette. Antara cafe popular juga. Macaron ice cream ni paling sedap. Ada perisa blueberry (gambar), coffee, mango dan cookies (coklat). Drinks pun sedap kat Paris Baguette. Menu macam typical cafe.

halal pizza itaewon

6.Pizza halal Itaewon-KRW12000

Kedai ni baru mula beroperasi tahun lepas. Berhati-hati jika request spicy sebab diorang akan bubuh pepper banyak! Portion wise pula, small mereka=medium kita. Medium mereka=large kita. Kenyang baqhang!

sotong goreng tepung myeong dong street

7.Sotong goreng tepung Myeong Dong Street-KRW5000

Kegemaran kitorang! Taktau apsal sedap sangat. Rempah tepung dia special kut. Pastu makan panas-panas time sejuk berangin. Siap letak sos cili. Memang best!

makanan korea

8.Pastry
9.Cotton candy bear
10.Oyster cheese
11.Buah Berangan

Gambar ikut arah jam :
1) Pastry berinti cheese atau red bean. Rasa dia oklah. Tak hype sangat.
2) Cotton candy besar. Cantik untuk props ambil gambar je. Rasa? Macam gula kapas lah.
3) Oyster cheese. Peminat oysters boleh cuba ni. Cheese on top dibakar dengan blow torch. Cair & rangup!
4) Buah berangan bakar.

cheese bakar rice cake korea

12.Cheese bakar-KRW3000

Cheese bakar + tteokboki (rice cake) + susu pekat manis sebagai sos. Sedap dimakan panas-panas sementara cheese cair meleleh. Be careful juga bila nak beli sebab ada yang jual cheese + sausage. Yang itu tak boleh makan yer.

korean food side dish

13.Seaweed goreng
14.Kimchi
15.Taugeh cili
16.Odeng

Bottomless side dishes. Setiap kali makan di restoran, side dishes akan dihidang terlebih dahulu.
Gambar ikut arah jam:
1) Seaweed goreng + gula. Well, manis dan rangup. Kids suka!
2) Kimchi. No explanation needed. Kahkah!
3) Taugeh cili. Not a fan😝
4) Odeng (fish cakes) & ikan bilis goreng. Sedap je makan dengan nasi panas.

gula tarik myeong dong street

17.Gula tarik
18.Dalchi
19.Pisang goreng
20.Lemonade

Gambar ikut arah jam :
1) Gula tarik kat Myeong Dong Street. Pernah famous video dia cakap Melayu sambil tarik gula. Memang meriah, banyak bahasa dia boleh cakap.
2) Dalchi. Macam Mochi tapi dalam dia ada strawberry sebijik.
3) Pisang goreng. Diorang belum ada pisang goreng cheese lagi. Hahaha
4) Lemonade. Pressed lemon sebiji + sprite. No explanation needed.

ssiat hotteok korea food

21.Ssiat hotteok-KRW1200

Ssiat hotteok ni specialty kat Busan. Jalan-jalan di BIFF Square senang jumpa. Pancake ada inti gula perang & kekacang. Kalau di Myeong Dong Street Seoul ada gula perang je dalamnya. Both pun rasa not bad.

nanta pizza jeju island

22.Nanta Pizza-KRW5000

Nanta Pizza Jeju. 5000 won utk pizza yang besar. Boleh makan cheese/vegetarian pizza je okeh.

limau jeju

23.Limau-KRW10000 untuk 6 biji

Limau Jeju. Kulit nipis senang kopek. Ada Jeju punya signature limau nama dia Hallabong. Rupa lain sikit mcm ada topi kat atas limau (gambar atas). Tapi masam kelat. Kitorang prefer limau yg bulat. Manis & tiada biji.

sotong bakar jeju

24.Sotong bakar-KRW5000

Sotong bakar Jeju. Sotong dibakar atas batu panas dan tabur mozzarella cheese. Rasa dia ikut preference. Kitorang tak prefer.

namdaemun grandma's toast

25.Namdaemun Grandma’s Toast-KRW2000

Namdaemun Grandma’s Toast ialah roti telur + sayur. Makan satu pun kenyang dah. Jadi lagi sedap sebab makan panas-panas time sejuk. Ada odeng jugak. Nak beli odeng kena make sure jangan ada sundae (cow/pig intestines) terendam sekali ye.

indian food bombay spice busan korea

26.Indian food

Indian food di Bombay Spices, Busan. Sangat dekat dengan Gwaebeop Renecite Station. Jalan sikit je sebelah EMart. Berdekatan restoran ni ada Asia Mart yang jual bahan untuk masak yang halal.

asam pedas ayam myeong dong street

27.Asam pedas ayam

Asam pedas ayam di Myeong Dong Street Seoul. Kedai ni terletak di lorong kecil. Macamana nak jumpa? Landmark dia lorong tu berhadapan dengan ABCMart. Masuk sikit je terus jumpa dah. Ahjumma kat sini memang suka kalau kita makan sampai habis makanan dia. Sekejap-sekejap akan check tanya OK ke tak.

nutella crepe korean food

28.Nutella Crepe-KRW4000

Nutella Crepe ni mudah dijumpai di Myeong Dong Street Seoul sebab gerai dia paling hadapan dekat dengan Uniqlo. Apa yang special dengan dessert ni ialah crepe panas + nutella cair + pisang + cornflakes. Hmmm macam boleh buat sendiri di rumah guna kulit popiah, mungkin?

seafood jeju island

29.Seafood

Di Jeju, makanan laut agak murah. Kami makan set ikan bakar (gambar kanan) dengan hanya 10000won, portion cukup untuk 2 orang sebab ikannya besar! Jimat sikit disitu. Asam pedas (gambar kiri) pula portion untuk 4 orang makan berharga 25000won. Mahal sikitlah. Tapi kenyang sungguh!

halal food nami island

30.Makanan halal di Nami Island

Di Nami Island, tak susah untuk Muslim mencari makanan halal. Ada nasi goncang(dosirak), pau kacang merah dan lain2. Kami lunch di Asian Family Restaurant Dongmoon di Nami Centre Plaza, bersebelahan dengan musolla. Ambience dalam restoran memang cantik dan tenang. Kami order beef stew (gambar atas), beef udon (gambar bawah kanan) dan bibimbap with kimchi (gambar bawah kiri). Sangat comforting makan sup panas dalam cuaca sejuk!

itaewon korea halal food

31.Makanan halal di Itaewon

Restoran di Itaewon ini paling popular dikalangan pelancong dari Malaysia, kalau datang mesti terserempak dengan orang Malaysia. Mana tak popular, nama pun restoran MAKAN. Ada sijil halal daripada KMF (Korea Muslim Federation). Owner restoran seorang Korean muallaf pun ramah. Waiter pun Muslim Malaysian student.

Disini kami makan nasi daging dan juga sotong grill pedas. Side dish dan air kosong bottomless tau, ada kami ceritakan mengenai bottomless side dish ini di gambar lain. Selesai makan bolehlah singgah di Masjid Itaewon untuk solat, dalam beberapa puluh meter jer)