4 Tempat Wajib Dilawati Jika Berkunjung ke Bled,Slovenia

ohkembara.com_Triglavski-Narodni-Park1. Triglavski Narodni Park, Bled

Tempat ni dulu tanah persendirian. Tapi di sebabkan tuan tanah tidak mempunyai anak, dia serahkan tanah ini kepada komuniti di Bled.

Entrance fee hanya €4 per person. Tapi kalau lebih dari 10 orang, boleh dapat group discount, jadi nya €3 per person.

Jambatan sepanjang 1.6 km dibina disepanjang sungai. Tempat ini sangat sesuai dikunjungi ketika musim panas.

ohkembara.com_Bled-Lake

2. Lake Bled

Cantik dalam setiap musim. Tips nak gambar cantik, boleh pegi hiking kat Ojstrica hills. Naik atas dalam 20min. Trail dia ala-ala macam kat Broga. InsyaAllah tak susah. Sambil hiking tu boleh la selfie.

Kat tepi Bled Lake pulak banyak travel agency yang menyediakan perkhidmatan sewa basikal, sewa bot, dan macam-macam lagi aktiviti outdoor.

Time summer, ramai yang mandi dan dive di Bled Lake.

ohkembara.com_Bled-Castle

3. Bled Castle

Entrance fee €10. Kalau ada student card, dapat discount €2. Dari castle ni boleh nampak view bandar Bled / Grad Village.

4. Water rafting di Emerald pool

Yang ni kitorang tak pegi sebab time ni sejuk lagi. Elok pegi time summer.

Walaupun tak banyak aktiviti yang boleh di buat di Bled, tapi tempat ni sangat awesome. Termenung tengok banjaran Alps berjam-jam pun tak bosan.

Info tambahan:

+ negara Slovenia ni part of EU. Jadinya dia pakai currency euro.

+ majoriti rakyat dorang pandai berbahasa inggeris.

+ makanan halal macam tak banyak di Bled. Tapi banyak di Ljubljana.

+ hostel dan apartment banyak. Boleh book secara online.