Nota Editor:Baru-baru ini Nabilla Azemi telah berkesempatan melawat Colosseum yang terletak di Rome,Itali. Berikut adalah perkongsian pengalaman dan beberapa keping gambar yang telah beliau ambil sewaktu berada di sana.


Sedikit perkongsian bagi yang belum berkesempatan utk sampai ke colossuem rome. Disini, saya kongsikan sedikit info dan gambaran keadaan colosseum rome yang merupakan salah satu 7 keajaiban dunia yang perlu dilawati.

colosseum rome facts
Beginilah keadaan didalam colosseum. Sejarah dunia yg menjadi tarikan pelancong.

Colosseum atau dalam bahasa Itali colosseo adalah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina oleh Empayar Rome.

Colosseum rome history
Pemandangan colosseum dari atas roman forum.

Colosseum pada zaman dahulu adalah tempat penyelenggaraan pertunjukan spektakuler seperti pertarungan antara binatang buas, pertarungan antara tahanan dengan binatang, pertarungan dalam air dengan cara memenuhi arena dengan air dan pertarungan antara gladiator atau tahanan perang.

colosseum rome
Serpihan bangunan yg tinggal teguh berdiri.

Colosseum mampu menampung 50,000 penonton. Manakala,tempat duduk di Colosseum terbahagi kepada 3 bahagian mengikut kelas golongan. Di aras pertama ada podium yang disediakan untuk para senator. Diaras kedua pulak diperuntukkan bagi para bangsawan dan ksatria. Dan tingkat yang ketiga diperuntukkan bagi para penduduk biasa. Tempat duduk diaras tiga ini dibezakan menjadi dua bahagian. Tempat yang dibawah adalah bagi penduduk kaya dan tempat dibarisan atas pulak bagi penduduk yang miskin.

Colosseum rome
Dari aras dua colosseum tempat golongan bangsawan dan ksatria.

Untuk pengetahuan semua bangunan ini mengalami kerosakkan yang teruk akibat terbakar disambar petir dan beberapa kali akibat gempa bumi yang berlaku di Itali. Kini, bahagian bangunan yang masih tinggal dan kekal sehingga sekarang menjadi salah satu keajaiban dunia dan merupakan daya tarikkan Rome yang popular dikalangan pelancong.

Colosseum rome
Diaras satu dimana tempat para senator menyaksikan pertarungan.

Tiket utk masuk ke dalam colosseum adalah sebanyak €12 valid untuk 2 hari dan dibenarkan guna untuk sekali masuk sahaja. Tiket yang sama juga boleh diguna untuk masuk ke Roman Forum dan Palatine hill. Waktu operasi adalah berbeza mengikut musim dan bulan. Sebagai contoh jika anda pergi april (spring time) waktu operasi bermula seawal 8:30 pagi sehingga 7:15 ptg. Manakala, Jika anda pergi pada bulan akhir october – february (winter time waktu siang lebh pendek) waktu operasi disingkatkan bermula jam 8:30 pagi – 4:30 petang. Untuk mengelakkan beratur yang panjang utk pembelian tiket anda boleh beli ticket secara online www.rome-museum.com. Sebaiknya pergi sebelah pagi kerana waktu petang terlalu ramai orang dan keadaan agak sesak. Semasa berada disini anda dinasihatkan sentiasa berwaspda dengan beg, camera, hp dan barang berharga yang lain. Ini adalah kerana tempat ini merupakan tumpuan ramai pelancong dan sudah tentulah terdapat ramai penyeluk saku yang berkeliaran dikawasan ini. Sentiasa beringat dan berwaspada supaya perkara tak diingini tidak berlaku.

Colosseum rome
Pemandangan dari aras 3 dimana disinilah golongan rakyat biasa akan duduk menyaksikan pertarungan.

Cara mudah untuk sampai ke colosseum, rome adalah dgn menaiki Metro. Dari Termini station (train central station) ambil line MB dan terus berhenti di Closseo station. Hanya 2 station sahaja dari central station. Harga tiket sehala €1.50.

Colosseum rome
Keadaan dibahagian bawah colosseum. disinilah tempat dimana gladiators bertarung pada zaman empayar rome.

Disini saya sertakan beberapa keping gambar yg sempt saya ambl di colosseum rome. Diharap info ini dapat membantu anda semua merancang dan travel dgn bijak dan mudah.