Apa Kata Gadis Ini Selepas Mengembara Secara Solo Ke Iran Selama 14 Hari

Saya telah menjelajah Bumi Parsi secara solo selama 14 hari (21.5.16-3.6.16) dan meliputi kawasan Utara dan Selatan Iran: Tehran-Kashan-Esfahan-Shiraz-Bandar Abbas-Qeshm Island-Shahrekod-Gilan-Langrud dan akhir sekali kembali Teheran .

Zagros Mountains

Kenapa saya memilih Iran?

Iran mempunyai budaya yang tertua di dunia. Empayar Parsi berbentuk sejarah awal manusia. Terkenal dengan ketukangan, seni bina, kerja-kerja jubin, permaidani Parsi yang sukar ditandingi dan sastera untuk menamakan beberapa kawasan . Tidak hairanlah, pada masa kini mereka mempunyai tahap pendidikan yang begitu tinggi.

The bakhtiaris nomad

Adakah selamat untuk ke Iran?

Seperti selalu apabila kita bercakap berkenaan dengan rancangan untuk “travel”. Persoalan akan timbul, adalah berbahaya untuk “travel” ke sana ? Iran tidak terkecuali, tetapi sebaliknya! Iran mempunyai reputasi yang menyokong keganasan, tanah Ayatollah fanatik mana wanita terpaksa di bawah chador, apatah lagi liputan media yang tidak berkesudahan mengenai program nuklear Iran.

Saya tidak percaya satu minit pun bahawa Iran adalah satu tempat yang bahaya untuk “travel” dan apa yang boleh saya simpulkan bahawa Iran terbukti menjadi salah satu negara yang paling selamat yang telah saya jelajah setakat ini. Seperti biasa, fikiran kita dimanipulasi oleh diet harian kita media barat.

Saya percaya satu kata-kata bahawa “If you have prejudices about a country, then travel it”.

Qaeshm Island

Kod Pakaian

Semua pelancong perempuan dikehendaki memakai pakaian sopan seperti seluar longgar, baju yang labuh dan menutupi pinggul anda (di Iran dipanggil “Manto”) dan selendang. Sila patuhi kod pakaian yang betul kerana ianya merupakan undang-undang di Iran.

The stars valley

Masa terbaik untuk melawat Iran

Bulan 5-6 adakah masa terbaik untuk melawat utara Iran kerana pada bulan-bulan ini Iran mengalami “Spring”, manakala dikebanyakan tempat-tempat tinggi seperti gunung-gunung yang terletak di utara Iran masih kelihatan salji. Untuk pengetahuan semua, Iran merupakan negara 4 musim. Walaubagaimanapun, bagi selatan Iran masa yang sesuai untuk melawat adalah pada bulan 1-2, saya agak bernasib baik kerana suhu agak rendah berbanding biasa apabila saya melawat selatan Iran (Bandar Abbas-Qeshm Island).

memandu di iran

Matawang

Kemudahan kredit kad adalah terhad di Iran, jadi sila bawa “cash”. Bagi memudahkan urusan sila bawa matawang USD ke Iran kerana agak susah untuk terus membuat pertukaran RM ke Iranian Rial (IRR) di kaunter pertukaran wang di Malaysia. Jadi, bila sampai di Iran boleh terus buat pertukaran dari USD ke IRR.

Nota : masyarakat tempatan masih menggunakan mata wang “Toman” secara meluas untuk urusan harian di Iran, namun Toman adakah matawang yang tidak rasmi Iran. Matawang Rial merupakan matawang rasmi negara ini. Jadi jangan keliru, contoh untuk 10 rial adalah bersamaan dengan 1 Toman. Maka, 10,000 IRR pula bersamaan dengan lebih kurang RM1.35.

Makan Hafez

Perbezaan masa Iran dan Malaysia

Malaysia mendahului Iran sebanyak 3jam 30 minit berbanding Iran dari segi masa.

Nota : Rakyat Malaysia boleh melawat Iran bagi tempoh maksimum 14 hari tanpa visa.

the gate of all nations iran

Perbelanjaan di Iran

1.Penerbangan

Saya telah menaiki Iran Air dari KLIA ke Imam Khomeni Airport, Tehran dengan tiket penerbangan sebanyak RM1,765 (“return”). Walaubagaimanapun, saya telah membeli tiket Iran Air 2 bulan sebelum Air Asia mengumumkan bahawa mereka telah membuka kembali “route” ke Tehran dengan harga RM600+ untuk tiket penerbangan “return”. Jadi sebagai langkah penjimatan sesiapa yg berminat untuk melawat Iran boleh mempertimbangkan untuk menaiki Air Asia. Namun saya juga berpuas hati dengan perkhidmatan Iran Air memandangkan juruterbang Iran Air adalah antara yang terbaik di dunia (sangat cekap dan selamat). Makanan disediakan sebanyak 4 kali selama 8 jam penerbangan dari KL-Tehran.

2.Ground Cost

“Ground cost”(termasuk penginapan,makan,tour, membeli belah dan sebagainya) saya adalah RM2,600 (agak reasonable).

Untuk perempuan yang travel solo macam saya, saya cadangkan sesetengah tempat perlu ambil tour. Terutama kawasan-kawasan pedalaman dan kampung-kampung kerana kebanyakan masyarakat tempatan tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa english (jadi penting adanya tour di sini).

The Tabātabāei House Iran

Keselamatan

Isu keselamatan tiada masalah, bila masyakat tempatan tahu anda dari Malaysia dan muslim mereka akan jadi “over protective” terhadap anda dan akan jemput anda ke rumah mereka. Jadi terima jemputan mereka dengan hati terbuka dan dalam masa yang sama belajar kebudayaan mereka.

Isu Syiah Dan Sunni

Apa? Isu syiah dan sunni? Saya bernasib baik bahawa tidak dibunuh oleh masyarakat Syiah semasa di Iran (hehehe, just joking). Saya percaya bahawa hanya ada dua golongan di muka bumi ini, regardless of any religious beliefs, “There is only good and bad people in this world”. Ada seorang makcik Iran saya jumpa di tengah jalan siap peluk dan cium saya bila beliau dapat tahu saya ni muslim dari Malaysia, malunya sebab muka hitam dan berminyak masa tu..maklum lah, backpacking, hehehehe. So, kalau masih lagi nak concern pasal isu Syiah dan Sunni tu saya cadangkan baik duduk di rumah sahaja, tak perlu travel.

Akhir kata dari saya, “travel is fatal to prejudice, bigotry and narrow-mindedness”.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Inshaallah kalau ada kelapangan masa saya akan kongsi gambar-gambar semasa melawat Iran selama 14 hari. Kalau ada yang ingin info lebih lanjut boleh pm.