Nota Editor : Untuk yang pernah ke Indonesia pasti tidak terlepas untuk merasai suasana berada di atas jalanraya di sana. Jika berada di atas jalanraya di Malaysia sudah boleh dikategorikan dalam kelas kurang menyenangkan apatah lagi di Indonesia. 

Kepada pembaca yang mempunyai pengalaman berada di jalanraya negara-negara lain di luar Malaysia boleh berkongsi dengan kami di ruangan komen. Jika anda mahu cerita anda disiarkan di ohkembara.com boleh menghantar kisah anda ke email ohkembara@gmail.com atau berhubung dengan kami secara terus di page fb facebook.com/ohkembara.


Pengalaman di jalanraya Medan, Indonesia.

M.E.N.A.K.U.T.K.A.N.

Hampir semua pengguna jalanraya baik yang menaiki motor, kereta, van, lori atau basikal, jarang ada yang mematuhi lampu isyarat. Kadang-kadang polis berdiri kat tengah jalan pun buat tak tau, dengan rileknya lalu tepi polis tu.

Jalan yang asalnya terang-terangan 2 lane boleh jadi 5 lane. Sekejap masuk kiri sekejap masuk kanan.

Yang tu di bandar.

Di jalan-jalan kampung dari airport menuju ke Parapat, melalui pekan permatang siantar dan sebagainya, jalan berbukit, berliku-liku macam ular, kadang tu hanya muat satu kenderaan je satu masa.

Tapi pemandu masih menekan minyak tanpa rasa risau atau gayat, memotong bila-bila ada kesempatan walaupun di jalan yang sempit.

Komen saya? Pemandu di sana memang cekap. Sangat cekap. Macam supir yang bawakkami hari tu, Pak Darso namanya.

Mula-mula naik van 11 seater tu, saya hairan. Kenapa Pak Darso ni 24 jam dok tekan hon. Tak sabar sangat ke? Tapi bila dah lama-lama tu baru saya bleh ikut rentak Pak Darso.

Pak Darso selalunya akan membunyikan hon sebelum memotong mana-mana kenderaan. Sebagai isyarat “aku nak potong ni,tolong bagi laluan!” Dan part ni saya respek, selalunya bila hon Pak Darso berbunyi, pemandu di depan kami dan juga pemandu di jalan yang bertentangan akan memperlahankan kenderaan mereka dan memberi laluan utk Pak Darso memotong dgn selamat. Tak ada istilah saing.

Pak Darso juga akan membunyikan hon setiap kali tiba diselekoh tajam di jalan berbukit, sebagai isyarat “halooo.. kenderaan kat jalan bertentangan jgn laju sgt,aku dok mai ni”.

Memang respek sgt dgn isyarat hon n kerjasama dari pemandu-pemandu lain ni.

Jalan berbukit menuju Parapat, menuju Simarjarunjung, menuju Berastagi, memang menakutkan saya dan membuatkan tidur saya dalam van selalunya tak betul-betul lelap pun. Sekejap-kejap terjaga. Sebab risau.

Bayangkan jalan sempit dilereng bukit yang kalau kebiasaannya hanya boleh muat dua biji kereta pergi dan balik, dengan rileknya boleh je jalan berhimpit dgn bas dari arah bertentangan tanpa menekan brek. Saya yang brek dulu kat belakang.

Most of the time memnmg kecut perut bila ruang sewaktu berselisih dengan kenderaan bertentangan lebih kurang sebesar tapak tangan yg ditelangkupkan (7-10cm)!

Tapi saya tabik dengan Pak Darso, kerana berjaya membawa kami sekeluarga ke tempat yang dituju dengan selamat sepanjang 4 hari kami di Medan.

Pengalaman yang tak mungkin saya lupakan.

Terima kasih Pak Darso. Terima kasih cik Togie Man, tour yang sangat memuaskan hati, servis yang tiptop dengan harga ground pakej yang sangat murah di Medan (+Lake Toba +Berastagi). Anda juga pasti suka!