Berada Di Dalam MH001 Mengajar Wanita Ini Sesuatu Yang Penting

Nota editor:Pasti anda pernah terbaca pada awal bulan ini, pesawat Malaysia Airlines dengan kod penerbangan MH001 telah dilanda turbulence ketika dalam perjalanan pulang dari London ke Kuala Lumpur. Salah seorang penumpang dalam pesawat itu, Nadirah Baharuddin telah berkongsi pengalaman beliau sewaktu berada dalam penerbangan tersebut.


Hi assalam semua! Nad nak kongsikan kepada semua kaki-kaki traveler ni. Korang mesti selalu naik flight kan? Jadi bolehlah ambil pengajaran daripada pengalaman Nad semasa mengembara ke Eropah hari itu.

Pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Nad was on that flight MH001. Lepas cabin crew served our first meal yang mana Nad tak selera nak makan, selalu makanan atas flight memang Nad akan makan habis semua tapi kali ni memang tak selera jadi bagi suami je habiskan. Lepas makan je Nad terus tidur.

Selepas 8 jam tidur, Nad terbangun sebab Nad nak ke tandas. Pada awalnya Nad merancang untuk tidur sampai pesawat nak mendarat. Tapi bila periksa screen tengok dah tak lama cuma lagi 2 jam 45 minit. Jadipergi jelah toilet. Bila bangun Nad sedar yang Nad tak pasang seatbelt. Sebab selalu tidur dalam flight Nad wajib pakai seatbelt.

After returned from toilet, Nad pun duduk dan terus pakai seatbelt. Beberapa minit selepa itu, ada pengumuman suruh pakai seatbelt jadi Nad kejut husband suruh bangun dan pakai seatbelt. Kebetulan dia memang pakai tapi longgar habis. Jadi dia pun ketatkan.

Tak sampai 5 minit selepas pengumuman, tiba-tiba kapal terbang bergegar. Memang lain macam gegaran tu, kuat sangat. Jadi Nad dan suami memang dah bersedia dah pegang armrest di tepi.

Kapal terbang turun dengan tiba-tiba dan semua penumpang terangkat ke atas.


Nad duduk belakang seat yang khas untuk parents yang bawa baby. Nad betul-betul nampak 2 ibu depan Nad melambung tinggi. Nasib baik mereka pegang kuat-kuat baby tu. Yang sorang tu baru lepas keluar tandas nak tukar pampers, tak sempat nak pakai seatbelt. Di bahagian belakang kapal terbang dah ramai yg tercedera sampai terhantuk di siling.

Lepas dah reda sikit, krew tanya ada siapa-siapa doktor di dalam penerbangan itu. Kebetulan sebelah Nad ada sorang mat salleh ni doktor. Dia yang tolong rawat semua yang cedera di belakang.

Alhamdulillah semua keluarga Nad takde apa-apa. Cuma adik Nad, dia tengah tidur tak perasan pengumuman yang diberi. Bila terbangun, tengah duduk mamai tiba-tiba dia terus terpelanting ke atas. Bahu kena siling, lepas tu perut kena kerusi hadapan baru jatuh terduduk atas kerusi.

MasyaAllah, we were all scared and thought that that was our last day.
But alhamdulillah we are now safe and sound arrived at home.

Jadi lepas ni please be more conscious sentiasa pakai seatbelt dalam flight even the sign is on or off. We never know what could happen.

‪#‎syukuralhamdulillah‬ ‪#‎malaysiaairlines‬ ‪#‎mas‬ ‪#‎mh1‬ ‪#‎mh01‬ ‪#‎mh001‬‪#‎mh0001‬ ‪#‎kualalumpur‬ ‪#‎london‬ ‪#‎ramadhan‬

2 COMMENTS