Cara-cara Memohon Visa ke India

Aku nak bagitahu dan kongsikan dengan korang cara-cara untuk membuat permohonan visa untuk ke India. Nak mohon visa ke India ni tak susah sebenarnya cuma kalau salah sikit je terbang duit dan masa.

Hari ini aku ditugaskan untuk buat visa bos aku yang nak fly ke India Jumaat ni. Disebabkan bos aku baru je fly ke Filipina minggu lepas, so terpaksa apply visa a bit last minute sebab passport original dia bawak pergi sana. Aku ingat nak buat Visa India ni boleh wakilkan je mcm buat pasport pergi China, TAPI kena owner passport tu sendiri yang pergi buat sebab nak kena dapatkan cap jari. Wakil hanya dibenarkan untuk collect visa sahaja. So urusan aku hari ni ternyata membuang masa sahaja.

Actually ni bukan 1st time aku buat visa, sebelum ni aku pernah buatkan untuk aku masa nak pergi praktikal kat India dulu, tahun 2013. Definitely, aku dah lupa sbb dulu agent yang tolong. So untuk permohonan visa bos aku nie, aku tersalah isi borang. Aku pun tak sure sangat salah kat mana, tp dorang suruh aku tukar borang baru. Kalau nak dorang buatkan, kena charge RM20 exclude GST. Disebabkan aku malas nak balik office, so aku minta je dorang buatkan. Tengok-tengok kena beratur tunggu turn yang punya la teramat sangat lama sebab ramai orang.

Aku mengantuk giler nak tunggu, last-last kitorang bayar untuk Premium Services yang lagi cepat, pantas dan tangkas. Tapi kena bayar lagi RM50 seorang exclude GST. Since benda nie pon dah last minute, so terpaksa la bayar untuk cepatkan proses. Ternyata memang cepat. So disarankan bagi sape yang ade duit lebih dan malas nak menunggu, boleh bayar untuk Premium Lounge ni. Korang just tunggu je dalam Premium Lounge, nanti staff dorang akan datang kat korang untuk settlekan segala benda.

Cara-cara permohonan visa India (Regular Visa Application). 

1) Isi borang online kat sini https://indianvisaonline.gov.in/visa/
     ** make sure isi dengan betul
           i) Part nama tu selalunya ramai yang salah isi, contohnya yang betul :-
Bagi nama,contoh Ali bin Abu
Surname : Bin Abu
Given Name : Ali

(Make sure kat surname tu korang letak bin/binti bagi yang ade bin/binti. Kan tak pasal kena denda atau isi borang baru yang memerlukan korang bayar lebih)

**Yang last part dia ada mintak reference name in India, address la, no phone la. So if korang takde kenal sesiapa kat sana. Korang just masukan nama, no. telefon dan alamat hotel yang korang akan menginap tu. Dan penting jugak details hotel ni sebab sampai sana nanti korang kena isi arrival form yang perlukan details hotel tu juga.

2) Lepas dah isi borang, korang print borang tu dan bawak ke India Visa Centre yang beralamat di :-
G-01, Ground Floor, Bangunan Straits Trading,
No 2, Lebuh Pasar Besar,
50050 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel. No: 006 03 2692 2692
Fax: 006 03 2698 2692
E-Mail: kl@indiavisa.com.my
Laman web: www.indiavisa.com.my
 

Antara dokumen-dokumen yang korang kena bawa ialah:-

i- Satu (1) salinan borang yang dah diisi online tadi.
ii- Dua (2) gambar berlatarbelakang warna putih.
(Pergi kedai cakap je nak buat gambar visa ke India. Kalau tak xde buat je kat sana tapi charge RM20)
iii- Satu (1) salinan tiket penerbangan pergi balik.
iv- Passport Original
v- Satu (1) salinan pasport. (tak sure perlu ke tak tapi bawa je)
vi- Duit RM161.30 (Tak termasuk denda segala bagai, so  make sure isi betul-betul)

Dah cukupkan semua amik nombor, beratur dan tunggu no giliran di panggil. Kalau tak ada masalah, Alhamdulillah dan InshaAllah 3 hari dah boleh siap. Contohnya submit 1/9/2015, pukul 3.30 pm 3/9/2015 dah boleh pergi ambil kat tempat yang sama. Tapi ada certain type of visa kena ambil kat Mont Kiara, macam visa masa aku nak praktikal dulu. Tapi untuk tourist visa ni boleh ambil kat tempat yang sama je.