Nota editor:Bukan senang nak cari keluarga yang keluar melancong ramai-ramai secara backpack, kebanyakan yang kita tengok hari ni ramai yang buat backpack dengan kawan-kawan atau secara solo. Lebih-lebih lagi ke negara matahari terbit yang kita tahu semuanya cepat dan pantas,sesak dan padat.

Jika anda tercari-cari formula nak bawa mak ayah,saudara mara atau sepupu sepapat melancong secara backpack bersama, boleh rujuk itinerari di bawah ini.


Alhamdulillah bermula 13-19 mac lepas kami sekeluarga 10 orang direzekikan bagpacking ke Jepun. Ini sebenarnya kunjungan ke 3 saya ke sini tapi sebelum ni datang sorang-sorang. Dalam family saya ni ada 3 orang warga emas, mak saya dan pakcik makcik saya sendiri, serta 2 orang kanak-kanak berusia 5 dan 3 tahun dan yg lain sepupu-sepupu saya.

Berikut saya kongsikan sedikit itinerari dan bajet sepanjang kami sekeluarga bagpacking disana:

Hari Pertama

  • Kansai international Airport, terus ke homestay di Matsuo-Taisha, Arashiyama, Kyoto (Airbnb).
  • Malam jalan2 di sekitar kawasan rumah.
  • Perbelanjaan
    • ¥1550 airport limousine bus ke umeda
    • ¥1200 2 days Hankyu Tourist Pass.

Hari Kedua

  • Jogging pagi ke Togetsukyo Bridge – walking distance dari rumah.
  • Ke Kobe- Masjid Kobe, kemudian Ikuta Road’
  • Kemudian ambil train ke Umeda, untuk jalan-jalan di Osaka.
  • Sightseeing di Shinsaibashi.
  • Perbelanjaan=Tiada. Sebab guna 2 days pass.

Hari Ketiga

  • Round Hutan buluh, Saga Arashiyama.
  • Naik Sagano Romantic Train untuk sightseeing.
  • Dari Saga Arashiyama ke Stesen Kameoka. Kemudian ke Stesen JR Umahori dengan walking distance. Sambil-sambil tu menikmati pemandangan sawah padi dan gunung ganang yang indah.
  • Dari JR Umahori kami ke kyoto dan ke tokyo untuk pengembaraan seterusnya ☺️
  • Perbelanjaan
    • ¥620 Sagano Romantic Train
    • ¥320 JR Umahori-Kyoto
    • ¥13600 Kyoto-Tokyo (Shinkansen)
    • ¥340 Tokyo-Keisei Hikifune(homestay kami di tokyo)

Hari Keempat

  • Ada ahli keluarga saya berehat sebab masing-masing ada yang letih, maklumlah ada warga emas dan kanak-kanak. Tapi beberapa yg lain lagi pergi sightseeing di Shinjuku
  • Perbelanjaan ¥760

Hari Kelima

  • Whole day Fuji Tour guna Hakone Free Pass. Beli siap2 di JTB jalan Imbi. Pass ini boleh digunakan bermula dari shinjuku 😁, dan ia round trip utk odakyu line. Tapi untuk area hakone, semua transport boleh guna unlimited. Selama 2 hari.
  • Perbelanjaan
    • ¥5140 Hakone free pass
    • ¥760 Dari homestay ke shinjuku (return)

Hari Keenam

  • Jalan-jalan disekitar bandar tokyo.
    • Pagi: Tsukiji Fish Market
    • Tengahari: Masjid Tokyo, solat Jumaat di Yoyogi Uehara
    • Petang: Istana Maharaja, turun Otemachi. Kemudian ke Akihabara.
    • Petang-malam: Asakusa, jalan2 di sensoji temple, beli souvenir, makan di ippin restaurant.
  • Perbelanjaan
    • ¥290 (return, sebab homestay takde metro, pakai line keisei) +
    • ¥600 (tokyo metro pass)

Hari Ketujuh

  • Hiking di Mount Takao (40 km dari shinjuku)
  • Perbelanjaan
    • ¥140 (keisei)
    • ¥240 (metro)
    • ¥370 (keio line, dari shinjuku turun stesen takaosanguchi).
    • ¥1500 Kali 2 untuk return
  • Malam: 7pm, bergerak ke Haneda Airport. Nak balik dah.
    • Perbelanjaan ¥760

Perbelanjaan Penginapan

Untuk kos penginapann (kami sewa satu rumah muat 10 orang, selesa lengkap dengan dapur semuaa)

  • 13-15 mac di Kyoto: RM 1860
  • 15-19 mac di Tokyo: RM 2789.72

Bahagi 10 orang: RM 464.97/pax.
Sehari kos penginapan untuk seorang: RM 66.42 sen sahaja 😁

Perbelanjaan Makanan

Kami masak dan bawa bento (bekal). Cuma ada satu hari je kami makan luar; di ippin asakusa. Hari hari biasa kami beli air gedegang/biskut kos dalam 100-200 yen sahaja.

Tips Travel Ke Jepun

1. Guna hyperdia.
2. Guna tourist pass sebanyak yang boleh.
3. Bajet makanan buat ¥700-800 sehari. Buat saje. Walau kita tak makan luar pun, ia akan jadi duit simpanan untuk makan besar pada satu hari yang tertentu. Ada lebih boleh shopping.
4. Lebihkan 10% dari keseluruhan bajet untuk kecemasan.
5. RM 500 seorang utk shopping souvenir/apa-apa (ikut orang)
6. Kalau ada bawa vulnerable age group/org yang ada komplikasi penyakit, beli travel insurance. Even bawak budak kecil sekalipun. Kos hospital di Jepun tinggi. Ada insuran lega sikit.
7. Dekat Jepun, transport untuk kanak-kanak bawah 6 tahun adalah percuma. Pass-pass tu pun kanak-kanak tak perlu pakai.

Jumlah Perbelanjaan

  • ¥27120
  • ¥1880 souvenir
  • ¥140×3 air gedegang
  • ¥1110 makan di ippin
  • 30530 (RM 1129.61)

RM 1129.61 + RM 464.97 (penginapan) = RM 1594.58

Kami sekeluarga cover:
Osaka-Kyoto-Kobe-Tokyo-Hakone-Takao Hachioji. Puas hati.

Tiket flight mahal sikit sebab kami terpaksa beli waktu peak cuti sekolah. Ada 2 orang cikgu dalam keluarga kami.

Saya sebenarnya nak bawak mereka ke Takao-Kiyotaki Trail di Kyoto, tapi tak sempat. Memang cantik dan rare tempat ni. Tahun lepas berkesempatan pergi. Saya ada sertakan sekali gambar.