Nota Editor:Sejujurnya, kami telah meminta kebenaran dari penulis artikel ini untuk menyiarkan artikel beliau di ohkembara.com sebelum sempat kami habis membaca keseluruhan artikel yang bakal anda baca. Ini kerana kami merasakan artikel sebaik ini deserve more dan patut dibaca lebih ramai orang.

Bagi kami yang membesar pada era perang Bosnia berlaku, ianya bagai halwa mata dan telinga pada tahun-tahun itu. Walaupun pada masa itu internet belum digunakan dengan begitu meluas dan berita tidak cepat tersebar seperti sekarang tetapi mana-mana stesen TV ketika itu mempunyai slot khas untuk melaporkan berkenaan apa yang terjadi di Bosnia. Apa yang kami lihat dan dengar pada masa itu tidak kurang teruknya seperti yang anda lihat berlaku di Syria sekarang ini.

Jadi untuk anda yang memerlukan kickstart untuk memahami perang bosnia ini, kami kongsikan artikel tulisan saudara Mohd Yasim. Semoga selepas anda membaca artikel ini, anda tidak akan melihat Bosnia sebagai destinasi pelancongan yang indah sahaja tetapi sebagai bukti sejarah kekejaman tentera serbia.


 

SUNSET IN SARAJEVO

Bosnia & Herzegovina, asalnya salah sebuah Negara dalam gagasan Republic of Yugoslavia dan merupakan sebuah Negara multiethnic dengan tiga ethnic utama iaitu Bosniaks Muslim, Serbs Orthodox dan Croats Catholic.

Bosnian War (1992 – 1995) dianggap sebagai konflik terburuk di Eropah sejak zaman Nazi dalam Perang Dunia Kedua. Lebih daripada 100,000 korban dan dua juta rakyat yang hilang tempat tinggal, selain daripada mass rape keatas wanita Bosnia sebagai sebahagian daripada genocidal campaign oleh tentera Serbs and Croats, prison camps, pembunuhan beramai-ramai Bosnian Muslims dan perjanjian damai Dayton Accords yang mewujudkan sistem pentadbiran yang diluar kebiasaan dan complicated sebagai asas Bosnia and Herzegovina hari ini.

So, what’s triggered the Bosnian War 24 years ago? Sebenarnya, perang tersebut tercetus disebabkan pihak Serbs dan Croats mahu meluaskan kawasan jajahan mereka di Bosnia masing-masing untuk Serbia dan Croatia. Pemimpin Serbia ketika itu Slobodan Milosevic pushing Serbs agenda to build “Greater Serbia”. Justeru, Bosnian Croats dan Muslims, bimbang sekiranya Bosnia masih di bawah Yugoslavia, tanah mereka akan diambil oleh pihak Serbs. Maka, Bosnia diisytiharkan merdeka daripada Republic of Yugoslavia pada Februari 1992. Disitulah titik pemulaannya, apabila dua bulan kemudian Bosnian Serbs mula mengepung dan membedil Sarajevo iaitu capital city of Bosnia & Herzegovina.

Perang Bosnia berpanjangan selama 44 bulan dan merebak keseluruh pelusuk Bosnia & Herzegovina.

Kepungan ke atas Sarajevo adalah satu peristiwa yg cukup iconic dalam krisis selama tempoh tersebut. Bosnian di Sarajevo dibedil dan dibom oleh tentera Bosnian Serbs (Army of Republika Srpska) dan dianggarkan secara purata setiap hari terdapat 300 letusan bom daripada grenades dan mortars yang berlaku di Sarajevo dan telah mengorbankan seramai 12,000 mangsa sepanjang tempoh 44 bulan. Dari peristiwa tersebut, aku percaya yang bangsa Bosnia cukup berani dan kuat survivalnya. Walau ditekan sekeras manapun, mereka tetap bertahan dan hasilnya Serajevo tidak pernah ditawan oleh tentera Bosnian Serbs sepanjang tempoh kepungan.

Can you imagine the horror of a war? I just can’t, let alone understand how the victims deal with it, for me it’s unimaginable. They told me those stories of what happened during the war. Entire villages were destroyed and millions of them became refugees, held in detention camps, raped, tortured, deported, or killed. Even after two decades, it still haunted them as a bitter memories, a psychical scars and depression. So, it’s so vital for us to remember this period, but so many still want us to forget it because so many stories is unheard and so many pictures you don’t see of what really happened here.

Bosnian war is not a straight forward war which one side against another. It’s more complicated than that. I love when I’m traveling to some place new I can find something that triggered me to learn more.

Apa yang berlaku pada Julai 1995 di Serbrenica iaitu sebuah bandar kecil di Timur Bosnia & Herzegovina yang didiami oleh majoritinya Bosniak Muslim adalah pembunuhan penghapusan etnik yang terancang oleh tentera Bosnian Serbs. Peristiwa ini melibatkan pembunuhan secara kejam lebih 8000 orang Bosniak semasa cubaan mereka untuk meloloskan diri dari Serbenica ke wilayah Tuzla melalui kawasan bukit dan hutan dikenali sebagai ‘Death March’. Sebijik macam peristiwa Holocaust. Bezanya ialah Serbrenica diiktiraf sebagai ‘safe zone’ untuk Bosniak Muslim oleh pihak United Nothing, ehh United Nation laa bro. Tetapi akibat tekanan daripada pihak Bosnian Serbs, tentera pengaman yang terdiri daripada tentera Belanda ketika itu memilih untuk meninggalkan warga Bosniak di bawah lindungan mereka untuk dibunuh sorang demi sorang oleh tentera Bosnian Serbs.

Selepas peristiwa di Serbrenica berlaku, fasa perjalanan Perang Bosnia berubah dengan cepat dengan campurtangan pihak NATO dan Amerika Syarikat. Rundingan aman pertama antara pihak Bosniak, Serbs dan Croats bermula pada awal November 1995 bertempat di Dayton, Ohio dan The Dayton Accords ditanda tangani oleh tiga pihak tersebut pada pertengahan Disember berikutnya.

The Dayton Accords telah menghasilkan sistem pentadbiran dan politik Bosnia & Herzegovina yang ada hari ini. Sejujurnya ianya merupakan sistem pentadbiran yang paling rumit yang aku pernah jumpa. Hasil daripada The Dayton Accords membahagikan Negara tersebut kepada dua bahagian iaitu Federation of B&H (51 % – Bosniak & Croats) dan The Republika Srpska (49 % – Serbs) yang mana setiap satu wilayah tersebut masing-masing ada presiden, kerajaan pentadbiran, polis, tentera dan badan2 lain dalam pentadbiran dan 10 wilayah kecil yg ada pentabiran masing-masing. Ada tiga ahli presiden yang mentadbir Negara secara giliran setiap lapan bulan sekali iaitu masing-masing sorang dari etnik Bosniak, Serbs dan Croats. (aku dengar sambil berkerut dahi … haha). Dari pemahaman aku, sistem kerajaan yang diwujudkan melalui The Dayton Accords hanyalah satu helah mengiktiraf satu-satunya (bukan Negara Islam … tetapi … ) Negara Majoriti rakyatnya Islam di Eropah ketika itu. Tetapi merupakan sebuah Negara yang lemah disebabkan sistem Kerajaannya.

Hari ini selepas 2 dekad tamatnya perang, Bosnia & Herzegovina masih cuba pulih dari luka yang masih berbekas. Apabila aku berjalan di sepanjang jalan di dalam Bandar Sarajevo dan Mostar, tidak akan dapat aku hiraukan bekas letupan mortar dan lubang peluru di luar bangunan atau tapak pekebumian beramai-ramai syahid perang di banyak pelusuk bandar tersebut atau tugu-tugu peringatan setiap mimpi ngeri yang berlaku di sini. Hari ini, rakyat Bosnia cuba hidup dengan aman dalam masyarakat yang berbeza-beza ideologi dan kepercayaannya. Hakikatnya mereka tetap terbahagi dengan rasa pahit, marah dan kecewa dari kenangan yang lama. Rasa terbahagi itu lebih menebal kini berbanding sebelum dan selepas perang dahulu. Amat sukar untuk merombak sistem pentadbiran Negara ketika ini untuk mewujudkan Bosnia & Herzegovina yang lebih baik. Justeru apa yang mereka boleh buat sekarang ialah memandang ke hadapan, “life goes on” kata mereka dan cuba membina masa depan yang lebih baik untuk generasi seterusnya. Namun, mereka sekalipun tidak melupakan apa yang telah berlaku, kerana ianya telah menjadi sebahagian dari hidup mereka, hari ini dan selamanya.

” FORGIVE BUT NEVER FORGET”